Posts

Showing posts from December, 2024
  Episod : Keterpaksaan Pabila kita harus menerimanya kerna keterpaksaan pedihnya terasa hingga kini. Keterpaksaan menerima pemergian dan keterpaksaan menerima kepulangan. Begitulah takdir yang sudah tertulis. Kembali mengingati kisah silam membuatkan hati menanggung pilu. Kau pergi tanpa meninggalkan pesan dan tanpa khabar sekian lama. Aku menjadi separuh gila mencarimu namun harapan itu sedikit demi sedikit terhakis. Lama juga ruang hati ini terbiar kekosongan . Aku cuba melupakan segala kenangan indah itu namun amat sukar bagiku. Saban waktu aku mencarimu. Kemesraan yang kita cipta terhapus begitu sahaja. Namun , rindu tetap teguh di dalam diri ini. Sebenarnya , aku mengejar bayang-bayangmu yang tidak tercapai oleh tanganku. Akhirnya, kutemui teman yang sudi menerima diriku yang serba kekurangan ini. Kemesraan terjalin dan cinta kembali berputik. Hari demi hari, kasih semakin erat dan janji diikat. Beberapa tahun telah berlalu dan janji akan menjadi suatu kenyataan. Tiba-tiba, k...
  Episod : Jalan Pulang Setiap permulaan ada pengakhiran. Setiap perjalanan ada perhentian . Jalan pulang akan membawa bekalan. Sedikit , banyak atau tiada apa-apa yang akan dibawa pulang bergantung kepada empunya jasad yang akan pulang. Jalan pulang yang lurus tentunya membahagiakan . Jalan pulang yang tiada halangan juga rintangan. Perjalanan yang akan sangat pantas umpama kilat. Semuanya akan berasa mudah di jalan pulang yang lurus. Andainya jalan pulang berbengkang-bengkok pastinya ada bahaya sedang memerhati. Berhadapan dengan selekoh tajam . Acap kali diuji sepanjang perjalanan. Ada jalan pulang yang sangat berliku-liku. Tika ini, tiada jaminan tidak akan terkandas di sepanjang jalan pulang. Tambahan pula, jalan pulang yang berliku-liku hanya membawa sedikit bekalan akan berasa cemas. Mereka yang sedang membuat persiapan untuk jalan pulang sudah mempunyai pilihan sama ada jalan pulang yang lurus atau jalan pulang yang berliku-liku. Semuanya ini adalah pilihan. Meskipun mer...
  Episod : Sengsara Ini Milikku Secara tiba-tiba , dia mula terlupa itu dan ini. Mungkin kerana saban hari berdua jadi perubahan yang terjadi tidak kusedari hinggalah pada suatu hari seorang rakan bertanya kepadaku. Sejak itu, aku sentiasa memerhatikan tingkah laku dan memang benar dia kini sudah berubah. Tanpa berlengah, aku segera merujuk kesnya kepada doktor pakar yang pernah merawatku dulu. Setelah melalui beberapa ujian kesihatan akhirnya doktor mengesahkan bahawa dia sedang sakit. Kata doktor tiada ubat untuk menyembuhkannya bagi kes seumpama ini. Harapanku turut berkecai untuk melihatnya sihat sedia kala. Aku tidak mahu berputus asa selagi ada hayat akan kucuba sedaya upayaku. Aku merujuknya kepada beberapa orang yang pakar dalam perubatan Islam. Namun, jawapan yang aku terima berbeza-beza antara satu dengan yang lain. Gangguan iblis dan terkena buatan orang. Setelah kedua-dua usaha itu dilakukan aku membuat keputusan untuk menjaganya sebaik mungkin. Kajian pakar mengatakan ...
  Episod : Masuk Universiti Sewaktu aku melangkahkan kaki ke menara gading , Universiti Putra Malaysia (UPM) usiaku sudah menjangkau 37 tahun . Kemasukanku ke sana juga tidak dirancang dan tidak terfikir olehku. Pada hari itu, aku diajak oleh rakanku Cikgu Shan untuk menghantarnya mendaftar di UPM. Jadi, selepas makan tengah hari kami berdua ke UPM dan aku memandu kereta Toyota UNSER yang berwarna kelabu. Setibanya di perkarangan bangunan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) , Cikgu Shan masuk beratur untuk melaporkan diri kepada urus setia. Manakala, aku hanya duduk tercongok di atas tangga bangunan fakulti. Di dalam hatiku, hanya Tuhan yang tahu betapa pedihnya rasa hatiku kerana peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti adalah cita-citaku. Kali ini takdir Allah menyebelahiku. Aku berasa gembira melihat bakal-bakal mahasiswa dan mahasiswi sedang beratur sambil berbual-bual sesama mereka. Tertulis di benak fikiranku sebuah puisi " Andainya Aku Mahasiswa ". Te...