EPISOD : REZEKI Kali ini aku ingin bercerita tentang beberapa orang penduduk Flat LPK yang berniaga sam ada secara harian , mingguan atau bermusim. Mereka berniaga untuk menambahkan pendapatan keluarga kerana tahun 70-an dan 80-an kebanyakannya bergaji rendah. Ditambah lagi anak ramai dan keperluan asas sekolah memerlukan perbelanjaan agak besar. Salah seorang peniaga di Flat LPK ialah makcik Saadiah. Orangnya rendah , berbadan gempal dan berkulit cerah . Makcik Saadiah terkenal dengan nasi lemak. Ada juga kuih-muih yang dijual selain nasi lemak. Nasi lemaknya masih panas dan aromanya menggoncang selera. Ada telur rebus sebiji dipotong empat, timun, kacang goreng , ikan bilis goreng dan sambalnya yang istimewa. Nasi lemak dibungkus dengan daun pisang di dalam dan kertas surat khabar di luar. Kebiasaanya, aku membeli 4-5 bungkus dengan berbekalkan wang RM3. Apabila dibuka tudung bekas nasi lemak terasa wangiannya. Setiap pagi ,sebelum pergi ke sekolah aku sud...
Posts
Showing posts from June, 2021
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : AYOH Aku menerima panggilan telefon sekitar jam 8.30 pagi. Ketika itu aku berada di dalam bilik darjah. “Tok! Tok! Tok!” Kedengaran pintu bilik darjah diketuk berulang kali. Aku segera membuka pintu. “Cikgu, emak cikgu telefon . Ayah cikgu pengsan,” kata Bib (Habibah) ,kerani pejabat menyampaikan pesanan. Aku terkejut dan segera ke pejabat. Pada masa itu, Pengetua dan HEM sudah menunggu aku di pejabat . Mereka telah mendapat berita terlebih dahulu dimaklumkan oleh kerani. “Cikgu terus balik. Uruskan keluarga , Cikgu dulu,” kata Pengetua, Mr. Bala. Tanpa melengah-lengahkan masa, aku menghubungi adikku yang bekerja di Bandar Baru Klang. “Ayoh pengsan, “ kataku sebaik sahaja panggilanku dijawab. “Aku datang sekarang, “ kataku. Aku segera ke tempat parkir di hadapan Maybank , Jalan Kepayang , Klang lalu memecut ke arah Bandar baru Klang. Sesampai di hadapan pejabat, adikku sudah menunggu dengan wajah cemas. Aku segera memecut kereta menuju ke P...
- Get link
- X
- Other Apps
SEBENTUK CINCIN DI JARI Karya : CHE AZMI CHE WIL Aku hanyalah seorang gadis biasa yang berasal dari kampung. Aku dibesarkan oleh emak dan ayahku dengan penuh tanggungjawab serta kasih sayang yang tidak pernah luak. Aku dididik oleh mereka supaya menghormati orang tua lebih daripada segala-galanya. Setiap tindakan dan keputusan adalah di tangan emak dan ayah aku. Aku hanya mampu mendapat keputusan sederhana dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) di sekolah. Kegagalan aku mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM adalah kerana kelalaian aku sendiri . Aku akui aku kurang memberikan tumpuan dalam pelajaran . Emak dan ayahku telah memberikan aku peluang untuk belajar kerana mereka amat mementingkan pelajaran kepada aku dan abang serta kakakku. Aku bukanlah dikategorikan sebagai pelajar pandai. Selepas SPM , aku telah bekerja di sebuah kilang yang terletak tidak jauh dari rumahku. Bermula dari situlah , aku mula mengenali...