Episod : Mengejar Pelangi 24 April 2025 keputusan SPM 2024 diumumkan di seluruh negara. Ada tangisan dan sorak-sorai tatkala menerima slip keputusan masing-masing. Aku dapat membayangkan suasana itu yang masih segar dalam ingatanku meskipun 41 tahun sudah berlalu . Keputusan SRP pada tahun 1982 telah melayakkan aku terpilih ke Tingkatan 4 Aliran Sains. Tidak ramai pelajar Melayu yang ditawarkan ke aliran Sains dan sedikit 'paksaan' dikenakan terhadap pelajar-pelajar Melayu yang rata-rata lebih berminat dalam aliiran Sastera dan Perakaunan. Aku mulai berasa tekanan yang sangat berat dengan beberapa subjek sukar seperti Kimia, Biologi, Fizik dan Matematik Tambahan. Permohonan aku untuk berpindah ke aliran Sastera tidak dilayan oleh guru-guru. Mahu tak mahu, aku meneruskan juga pembelajaran dengan perasaan terpaksa dan duka. Usai pemeriksaan SPM, aku bekerja sebagai buruh kasar di Pelabuhan Utara . Tugas rutin harianku memunggah kayu-kayu beluti sebesar lengan aku dan papan-pap...
Posts
Showing posts from April, 2025
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Derita Ini Milikku Tiada sesiapa pun di atas muka bumi ini mendambakan penderitaan . Namun , sebagai hamba Tuhan kita tidak dapat menolaknya andai itulah takdir. Sejak 2023, aku berhadapan dengan cabaran yang amat berat apabila isteriku disahkan menghidap gejala Damethia @ Alzheimer pada usia yang bukan kebiasaannya berlaku. Hanya sesetengah kes pesakit yang mengalami gejala ini berumur kurang 50 tahun. Mahu tidak mahu , aku perlu menghadapinya dengan hati yang sabar dan tabah. Bukan mudah. Aku berasa inilah episod hidupku yang paling mencabar hati dan perasaanku. Bermula dengan hilang ingatan dan habit baharu yang tidak pernah berlaku selama ini. Kuharap perkongsian kisah ini untuk sama-sama direnungi sebagai suatu ikhtibar yang berguna pada masa akan datang. Puncanya ? Aku juga telah ditemu bual oleh doktor pakar neurologi di sebuah hospital swasta semasa mula-mula aku merujuk kes isteriku kepadanya. " Apakah pekerjaan isteri Encik Azmi ?," tanya doktor . " ...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : TEWAS Sejak 4 April 2025 yang lalu aku mengalami demam panas dan batuk-batuk pada sebelah petang. Mata dan mulut berasa panas. Batuk bukan sekali dua tapi berterusan. Aku mengambil 2 biji Panadol namun tidak berkesan . Kebetulan , pada hari itu tiada kelas tuisyen jadi aku membersihkan taman dan menyapu sampah untuk mengeluarkan peluh. Tidurku malam itu sangat tidak lena. Aku kerap terjaga dan membuang air kecil berulang-ulang kali. Sehinggalah menjelang Subuh. Niat di hati hendak ke masjid Subuh itu tapi aku khuatir tiba-tiba rebah. Aku bersolat di rumah saja. Sekali lagi ,aku mengambil 2 biji Panadol.Sekejap saja demam rasa kebah tapi kemudian panas semula. Aku bersiap-siap untuk ke kelas personal di bandar Klang pukul 9.00 pagi. Aku gagahkan diri memandu kereta dan usai mengajar aku terus pulang ke rumah kerana tuisyen 'online' bermula pukul 11.00 pagi. Rasa mengantuk dan penat bersilih ganti Usai tuisyen 'online' aku berbaring di sofa. Tapi badanku berpe...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Menjelang Syawal Terkenang zaman 90-an dulu. Tiga orang puteriku sudah menanti kepulanganku di muka pintu. Semalam aku sudah berjanji untuk membawa mereka membeli pakaian dan kasut baharu. Mereka masih belum mengerti apa-apa. Di dalam kocek seluar aku hanya ada seratus dua. Wang gaji yang kuterima daripada majikan. Tiada bonus raya hanya sehelai kain pelikat sebagai cenderamata. Mereka yang ketika itu berumur antara 2-5 tahun melompat-lompat gembira melihat aku turun dari bas awam yang berhenti tidak jauh dari rumah sewaku. Isteriku turut tersenyum melihat gelagat anak-anakku. Belum sempat aku menanggalkan kasut, mereka sudah menuntut janjiku semalam. " Ayah bawa pergi beli baju raya," jawabku apabila puteriku yang sulung meminta kepastian. Wajah mereka berseri-seri kerana hari itu mereka akan membeli baju raya. Selepas bersiap-siap, kami menunggu bas di tepi jalan untuk ke Pasaraya Great Wall, Klang. Pasaraya yang terkenal di bandar Klang terletak di atas perhe...