Episod : Kembara di bumi Serambi Mekah (Kelantan) Akhir Hari terakhir di bumi Kelantan tanah tumpah asal usul keturunanku. Aku menyelak langsir bilik hotel yang terletak bersebelahan Pasar Siti Khadijah . Suasana lengang tidak seperti dulu kenderaan yang bertali arus dan peniaga-peniaga menolak troli keluar masuk pasar. Pasar raya PARKSON sebelah Pasar Siti Khadijah sudah lama ditutup. Keadaan kini sangat berubah. Jam di tangan menunjukkan pukul 8.00 pagi. "Barang kali bukan musim cuti sekolah atau hari perayaan," bisik hati kecilku. Aku bersiap-siap untuk bersarapan di pasar. Di atas Pasar Siti Khadijah terdapat 'food court' yang menjual pelbagai jenis makanan tradisional masyarakat Kelantan. Aku memesan nasi kerabu dan laksam . Isteriku berkongsi laksam denganku dan Mukriz sudah tentu makanan 'favorite' dia nasi dagang. Aku sempat berbual-bual dengan peniaga air minuman. " Sekarang ini kurang pengunjung datang ke pasar . Kalau cuti sekolah ada juga or...
Posts
Showing posts from August, 2024
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Kembara di bumi Serambi Mekah ( Kelantan ) 2 Sebaik sahaja pesawat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa , tiba-tiba hatiku berasa sayu. Banyak perkara yang berlegar di fikiranku. Pemergian makcikku minggu lepas dan pakcik sepupu sebelah arwah bapaku pada bulan Julai yang lalu amat memberikan kesan mendalam. Terbayang juga arwah ibu bapaku yang berasal dari Kelantan sewaktu kecil membawa aku dan adik-beradik pulang ke kampung menaiki kereta api mel dan kemudian menaiki bot penambang ke Kampung Palekbang. Tidur berbumbungkan langit di taman Tambatan D' Raja sementara menunggu hari siang untuk menaiki bot penambang. Selain itu, rancanganku untuk melawat keluarga pakcik sepupuku di Pasir Tumbuh dan menyampaikan penghargaan kami kepada tim Tok Penghulu Kampung Palekbang yang menguruskan makcikku sewaktu dia masih ada sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Setelah turun dari pesawat suasana lapangan terbang yang baharu nampak berb...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : Kembara di bumi Serambi Mekah (Kelantan) Rancangan pulang ke kampungku, Palekbang, Tumpat sepatutnya pada 25 - 27 Ogos 2024 untuk menziarahi makcikku yang sedang sakit tenat. Namun makcikku telah terlebih dahulu menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tengku Zainab menemui pencipta-Nya pada 7 OGOS 2024 yang lalu . Hanya doa kutitipkan untuk makcikku (Mek Yam) @ Mariam Bt Awang Kechik. Segala urusan pengkebumian diuruskan oleh Tok Penghulu Kampung Palekbang sambil dibantu Tok Penghulu Negeri dan orang-orang kampung memandangkan tiada waris terdekat di Kampung Palekbang pada hari kematian makcikku. Jadi Tok Penghulu menjadi wakil keluarga untuk menuntut jenazah dan urusan pengkebumian. Aku , isteri dan anakanda Mukriz bergerak ke Jenderam Hilir, rumah anak menantu untuk bermalam pada 17 Ogos 2024. Kami sampai di sana kira-kira jam 12.00 pagi setelah aku selesai mengajar pada malam itu hingga 10.00 malam. Segala pakaian dan barang keperluan sudah siap disusun pada petan...