Posts

Showing posts from September, 2022
Image
  Episod : Ipoh Badan berasa sangat letih selepas beberapa hari penuh aktiviti. Selesai solat Subuh , aku berbaring-baring sementara menunggu siang. Kira-kira jam 11.00 pagi, kami bersiap-siap untuk 'check out' hotel. Destinasi kami seterusnya mencari sarapan di Geeai Ipoh-Ipoh Aje bersebelahan stesen bas. Sesampai di sana, kedai pula tutup. Kami bergerak ke bandar dan makan tengah hari nasi ganja. Kenapa ganja? Semasa di Hat Yai minuman 'Canabis Water' dijual secara terbuka. Di pasar malam juga, ganja dijual di tepi jalan kerana kerajaan Thailand mengizinkan penjualan ganja. Selepas makan, kami bersiar-siar di sekitar bandar merakam memori sebagai kenang-kenangan. Kami bergambar di 'Art Street' tetapi kawasan itu kurang terjaga kebersihan dan lukisan-lukisan juga telah luntur warnanya. Kami ke Jalan Bijeh Timah kerana di situ terdapat jualan barang-barang cenderamata, minuman, pakaian dan kraf tangan. Harga boleh tahan mahal. Jam menunjukkan pukul 2.00 petang. ...
Image
  Episod : Hat Yai (5) Hari ini hari terakhir kami bercuti di Hat Yai sejak Jumaat yang lepas. Kami 'check out' hotel pada pukul 11.00 pagi waktu tempatan lebih kurang 10.00 pagi waktu di Malaysia. Selesai menyerahkan kunci tiga buah bilik, kami bergambar kenang-kenangan di hadapan Hotel Hop Inn. Kemudian, kami menuju ke kedai 7E yang terbesar di situ. Aku membeli alat pengecas telefon bimbit kerana alat tersebut di dalam kereta telah rosak dan juga wayar pengecas. Kami bersarapan di 7E dengan burger dan roti yang HALAL. Setelah itu, kami terus menuju ke pintu sempadan di Danok. Perjalanan kira-kira 2 jam kerana banyak kenderaan bergerak keluar dari Hat Yai. Setiba di pekan Danok, kami singgah membeli makanan ringan untuk menghabiskan baki mata wang bath. Aku menyimpan sekeping wang 100b sebagai kenang-kenangan. Bas-bas persiaran berpusu-pusu bergerak keluar di pintu sempadan Malaysia -Thai. Urusan pasport dan surat pelepasan kenderaan selesai diperiksa oleh pegawai imigresen. ...
Image
  Episod :Hat Yai (4) Pagi ini, kami berjalan-jalan di Hat Yai Clock Tower. Di sini juga terdapat pasar pagi yang menjual pelbagai jenis barang seperti pakaian, makanan dan barang basah. Di mana-mana di Hat Yai, orang Malaysia berpusu-pusu. Tawar-menawar harga barang-barang tidak perlu bersusah payah kerana peniaga di sini boleh dibawa berbincang sehingga kedua-dua pihak berpuas hati. Selepas berlegar-legar di kawasan ini, kami menuju ke Masjid Songkla yang jauh perjalanan lebih kurang sejam melalui jalan kampung. Selama berada di Hat Yai kami sangat bergantung kepada 'waze' atau 'google map' . Masjid Songkla sangat besar dan kawasannya sangat luas. Di hadapan tangga pintu masuk utama terdapat sebuah kolam besar. Di seberang masjid juga terdapat kolam sebesar padang bola sepak dan bukit-bukau yang menghijau. Bas-bas persiaran dari Malaysia juga menjadikan masjid ini sebagai lokasi pelancongan yang popular. Kami bersolat jamak di masjid ini kerana kami akan ke restoran ...
Image
  Episod: Hat Yai (3) Malam ini, kami akan ke Asean Night Bazaar. Dari hotel kami menaiki kenderaan awam seperti teksi dinamakan Tuk Tuk yang boleh dinaiki 10 hingga 15 orang mengikut saiz kenderaan. Setiap penumpang dewasa dikenakan tambang 20b atau RM2.45 dan kanak-kanak percuma. Tuk Tuk tidak mempunyai dinding hanya tempat duduk seperti pangkin, kipas dan lebih spesial dipasang sistem audio berlampu Bunyi muzik umpama disko bergerak. Tuk Tuk meluncur laju membelah bandar Hat Yai yang sibuk pada waktu malam. Bas-bas persiaran dari Malaysia berhenti parkir di tepi jalan. Walaupun Tuk Tuk dipandu laju tetapi aku yakin selamat kerana penguna-pengguna jalan raya di sini amat berhati-hati ketika memandu. Kenderaan tidak diparkir sesuka hati kerana anggota polis bermotosikal sentiasa meronda. Kami sampai di Asean Night Bazaar kira-kira 10 minit dari hotel penginapan. Suasana sesak oleh kehadiran pelancong-pelancong dari Malaysia. Bangunan dua tingkat itu dibahagi kepada bahagian menjua...