Posts

Showing posts from March, 2021
Image
  Episod:Dulu dan sekarang. Tiada dulu tiada sekarang . Dalam bab berpakaian aku paling 'simple' . Tidak begitu memilih. Kalau dulu, aku membeli pakaian baju dan seluar di Great Wall. Agak mudah hendak mencari saiz seluar kerana ketika itu sauz pinggang aku hanya 23. Di Great Wall ada baju seluar mahal digantung dan ada yang murah dilonggok di dalam bakul. Pakaian longgok lebih murah dan jimat. Yang pasti , pakaian longgok tiada jenama seperti John Master , Arrow , Durban dan Allen Dilon. Aku tidak terlalu kisah dengan jenama. Pada aku , selesa dan kemas sudah cukup. Lagipun , pakaian dibeli hanya untuk guna ke tempat kerja. Mula-mula bekerja dulu, aku memakai baju kemeja lengan panjang ayahku. Kebetulan saiz sama . Aku pakai saja apabila disuruh oleh ibuku. Aku bukan jenis cerewet bab pakaian . Zaman 'dating-berdating' pun , pakaian aku simple saja . Kasut sport yang aku beli tahun 1982 masih aku pakai tahun 1986. Seluar jeans biru harga RM17.90 itulah yang silih t...
Image
  Episod :Aku dan Hobi Setiap orang mempunyai hobi seperti memancing , melukis, menunggang basikal dan mematahkan dahan pokok hiasan rumah jiran ( masalah jiran aku ). Aku juga mempunyai hobi selain membaca dan menulis . Semasa sekolah , aku minat melukis . Hobi melukis bermula sejak sekolah rendah hingga tingkatan 3. Apabila naik tingkatan 4, aliran sains aku sudah kurang melukis. Dulu, di pasar malam Pelabuhan Klang ada seorang peniaga menjual alat melukis pantas. Alat tersebut berupa kayu yang boleh digerakkan mengikut tangan kita. Di hujung kayu itu ada sebatang kayu lidi yang menjadi alat pengukur dan hujung satu lagi pensel. Kalau kita melukis potret sangat sesuai kerana bentuk wajah yang kita lukis sangat tepat . Apa yang penting kita mesti pandai menacap ton warna supaya lukisan nampak asli. Sewaktu berkasih-kasihan, aku dan isteri sering mengunjungi Balai Seni Lukis Negara. Berjam-jam aku melayan lukisan-lukisan cantik yang mempesonakan . Isteriku bukan peminat lukisan . ...
  Episod: Aku dan buku Seingat aku , bahan bacaan ilmiah pertama aku ialah surat khabar. Aku tidak pernah menghadiri pra-sekolah kerana pada zaman awal 70-an , tadika untuk golongan yang berkemampuan. Masa aku belajar membaca dibantu oleh arwah ibuku yang tamat sekolah darjah enam. Kalau tidak kerana dilarang oleh Che , arwah ibuku menjadi seorang guru sekolah pada zaman 60-an . Setiap hari , ayahku akan pulang dari kerja dengan senaskhah surat khabar Utusan Malaysia. Ayahku memberitahu datuk saudaraku ialah pengarang Utusan Melayu di Singapura. Pada masa itu, aku tidak begitu tahu tentang nama-nama besar dalam dunia persuratan Melayu. Meskipun , ayahku seorang buta huruf namun pelajaran anak-anak menjadi keutamaannya manakala ibuku mengajar aku dan adik-adik mengaji Muqaddam. Apabila naik Al-Quran barulah aku dan adik -adikku dihantar menuntut ilmu Al-Quran di rumah tok guru . Ketika itu , kaedah membaca Al-Quran lebih kepada kaedah Talaqi. Aku juga menonton televisyen dari situ a...
Image
  Episod : Sebentuk Cincin Sebiji batu cincin pemberian makcikku yang tinggal di Kampung Palekbang, Tumpat. Siapa tak kenal Che Yam @Jimmy @ Mariam @Awang Kechik. Mereka yang berasal dari Kampung Palekbang sangat mengenalinya. Makcikku ini menyimpan 1001 cerita suka duka pahit manis. Sejak kecil makcikku suka berpakaian lelaki tetapi berperawakan wanita dengan lenggang lenggoknya. Sekarang usianya sudah mencapai lebih 80 tahun. Sejak belakangan ini , aku kerap menziarahi Che Yam apabila pulang ke kampungku. Semasa muda Che Yam berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris. Namun , jodoh mereka tidak panjang kerana mereka berpisah dan membawa haluan masing-masing. Che Yam sangat tangkas semasa muda atau gelaran orang sana "gedebe" . Aku paling suka pulang ke kampung seawal tahun 70-an kerana Che Yam akan membawa aku dan adik-adikku bermandi-manda di tali air. Manakala, arwah tok aku yang dipanggil 'Che' menarik lembu dan menambat lembu di pokok kelapa di hadapan rumah kayu....
Image
EPISOD : MARUAH   EPISOD : MARUAH  Sebagai guru disiplin, saya mempunyai akses untuk mendapat maklumat detail setiap murid di sekolah saya. Faham-fahamlah, murid yang sambung belajar di sekolah swasta datang daripada pelbagai latar. Seorang muridku beberapa kali ditangkap pengawas kerana merokok di kawasan sekolah. Beberapa kali amaran telah diberikan. Rotan sudah puas aku libas sedikitpun tidak berbaloi. Lantaran itu, aku membuat keputusan untuk melawat keluarga muridku. Setibanya aku di rumahnya, aku disambut oleh bapa muridku masuk. Bapa muridku melabuhkan punggungnya di atas sofa dan aku ? Aku turut melabuhkan punggung di atas sofa tapi bapa muridku melarang aku duduk di atas sofa sebaliknya aku disuruh duduk di atas lantai simen sambil si bapa menghisap rokok di depanku. Bapa muridku sudah tahu tujuan aku datang kerana anaknya digantung persekolahan. Katanya, aku seperti tidak faham sifat lelaki memang nakal dan tanpa rasa segan berkata dia berkongsi rokok dengan ana...
Image
Episod : HUKUM KARMA  Satu peristiwa yang ingin aku kongsi dan tidak mungkin aku lupakan sampai hujung nyawaku. Hari itu aku bertugas menjaga peperiksaan SPM di SK Klang sebelah pejabat ibu sawat Telekom depan bukit mahkamah Klang. Oleh sebab , sekolah tempat aku mengajar sekolah swasta, jadi murid-murid SPM akan menumpang di sekolah kerajaan seperti mana arahan PPD Klang Pagi-pagi, aku sudah bersedia untuk ke sekolah dengan menunggang motosikal RC80 Suzuki. Setibanya di sekolah, aku telah meminta murid-muridku beratur sebelum masuk ke bilik darjah. Walaupun kami dari sekolah swasta, disiplin wajib diutamakan. Guru-guru dari sekolah kerajaan berasa kami banyak membantu memudahkan tugas mereka . Selaku guru disiplin, ketegasan aku sememangnya sudah dimaklumi murid-muridku. Namun begitu, masih ada muridku yang datang ke sekolah hanya berselipar Jepun. Aku sudah menyediakan kasut 'spare' . Mereka mesti gunakan kasut 'spare' untuk masuk ke dewan sekolah .Imej sekolah mesti ...
Image
  Episod :  Antara Dua Darjat.. Aku berhenti menjadi guru di sekolah swasta pada tahun 2005. 2 tahun sebelum itu , aku sudah 'established' dalam perniagaan tuisyen dan 2 tahun terakhir itu juga aku tidak bergantung kepada gaji kerja hakiki sebagai guru . Bermakna , aku tidak menggunakan gaji yang dibayar oleh pihak pengurusan sekolah dan atas situasi itulah juga aku yakin aku boleh berdirikari. Langkah pertama yang mesti aku lakukan ialah 'marketing' .Pengalaman bekerja 'part time' menjual mesin fotostat sedikit sebanyak membantu aku dalam mempromosikan PUSAT TUISYEN SISWA. Aku melawat dan berjumpa Pengetua sekolah untuk mendapatkan kebenaran mengedarkan 'flyers' kepada murid-murid. Sebagai balasan kerjasama pihak sekolah, aku menyampaikan 'talk' tentang motivasi. Semua plan berjalan lancar sehinggalah di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Klang baru timbul masalah. Aku berjumpa dengan seorang guru wanita bertudung labuh selaku Penolong Kanan ...
Image
  Episod : Pili Berdarah Kisah ini berlaku sekitar tahun 90-an . Aku tidak pasti tahun sebenar kisah ini terjadi. Pada malam itu, rumah Pak Mentuaku didatangi sekumpulan anggota bomba dari balai bomba Shah Alam. Kedatangan mereka disambut oleh Pak Mentuaku dengan ramah. Aku duduk di tepi pintu kalau Pak Mentuaku meminta sesuatu disediakan. Daripada cerita yang disampaikan oleh salah seorang anggota bomba , rakan mereka mengalami gangguan misteri. Setiap kali pulang ke kuaters kelamin, kejadian aneh berlaku. Pili air dibuka akan mengeluarkan darah. Semua pili di bilik air , sinki dapur malah di dalam tandas juga mengalami kejadian yang sama , Aku hanya menumpang dengar cerita anggota bomba tersebut. Kejadian misteri itu ada berkaitan isu kenaikan pangkat anggota yang mengalami gangguan aneh. Barang kali , ada perasaan iri hati menyebabkan anggota tersebut sekeluarga hidup dalam dilema dan ketakutan. Anggota-anggota bomba yang datang dalam kumpulan itu mengunjungi Pak Mentuaku untuk ...
  Episod : TENAT Aku diangkat dengan berhat-hati di atas stretcher . Beberapa orang pembantu hospital KPJ sudah sedia menunggu di pintu kecemasan. Pembantu ambulans St.John terlebih dahulu menghubungi pihak Jabatan Kecemasan KPJ bahawa mereka dalam perjalanan dari Hospital Shah Alam. Hujan turun sangat lebat. Aku hanya berserah kepada Allah jika ditakdirkan ajalku pada hari itu memandangkan kecederaan kaki akibat kemalangan motosikal amat parah. Kakiku hampir putus ! Aku disorong dengan segera ke bilik Zon Merah memandangkan bacaan tekanan darahku sudah mencecah 220 dan terus naik. Ada dua kebimbangan doktor , iaitu serangan   jantung dan stroke secara tiba-tiba. Segala jenis wayar pelbagai warna dan saiz di pasang pada badan aku. Pasukan jururawat seramai empat orang segera mengambil alih tugas pegawai ambulans yang sudah menjalankan tugas mereka dengan baik. Walaupun , kadang-kadang aku menunjukkan reaksi tidak selesa sepanjang perjalanan meredah hujan lebat yang menggi...