Posts

Showing posts from March, 2023
       Episod : Pelangi Pelangi indah menghiasi dada awan setelah hujan turun. Aku berlari-lari anak ke stesen bas yang tidak sunyi dengan manusia. Di situ , aku terpandang seorang gadis yang sedang duduk bersendirian. Aku mengambil buku kecil di dalam poket yang sentiasa kubawa ke mana-mana untuk mencatatkan kata-kata puitis. "Gadis Itu" Ingin kubisikkan hasrat hati kepadanya namun jauh di sudut hati kutakut akhirnya kita saling membenci.. Puisi itu kusimpan kemas di dalam lembaran buku kecilku. Bunyi hon bas bersahut-sahutan memanggil penumpang yang hendak ke destinasi masing-masing. Gadis itu menoleh kepadaku dan kubalas dengan senyuman. Tiada kata-kata hendak diungkapkan. Aku tidak pernah melihatnya sebelum ini walaupun stesen bas itu umpama rumah keduaku. Hujan kembali renyai-renyai. Beberapa orang berlari-lari anak mencari tempat berteduh. Aku tersenyum melihat seorang wanita yang membuka sekaki payung tetapi payungnya terbalik. Seorang lelaki yang berpakaian ...
  TETAMU Kau hadir lagi Membawa khabar gembira dan Nikmat yang berlipat ganda Saat dan ketika telah mempertemukan kita Aku yang menantimu penuh sabar dan debar Melafazkan kalimah syukur Namun kali ini kurasakan amat berlainan Kerna mungkinkah kita akan dipertemukan Hanya Engkau penentu Andainya aku bertemu-Mu Sebagai tetamu di dunia yang satu. Nukilan Che Mi Bandar Bukit Tinggi Klang Selangor 25 Mac 2023
  Episod : Dingiri Dingaale Sekitar tahun 1970-an , aku sudah berpindah ke Flat LPK . Flat yang dibina untuk pekerja-pekerja Lembaga Pelabuhan Klang ( LPK). Pada masa itu, ayahku sudah mempunyai gaji tetap tetapi aku masih bersekolah rendah dan tidak berapa pasti berapakah pendapatannya sebagai pekerja LPK .Ayahku seorang pemandu forklift di dermaga Pelabuhan Utara. Aku hanya mengetahui pekerjaan ayahku apabila mengisi borang atau surat daripada pihak sekolah. Walaupun umurku 9 tahun atau darjah 3 di MBS ( Methodist Boys School) tetapi aku sudah tahu membaca dan menulis hasil tunjuk ajar ibuku. Bukan hendak memuji diri sendiri tetapi minat ibuku membaca surat khabar Utusan Malaysia mempengaruhi aku turut membaca surat khabar. Setiap hari. Ayahku membeli sebuah peti televisyen yang berkaki kayu dan badannya pun kayu. Peti televisyen itu mempunyai pintu yang boleh tutup dan buka. Butang-butang pada televisyen itu digunakan untuk membuka, menutup atau menguat atau memperlahankan suara...
Image
       Episod : Kondangan Perkataan kondangan ini aku dengar selepas berkahwin dengan isteriku yang berketurunan Jawa. Dalam masyarakat Melayu pula dikenali dengan kenduri kahwin. Kedua-dua kata istilah yangsama maksud dan membawa hajat yang satu , iaitu 'membina masjid'. Beza dulu dengan sekarang sangat ketara. Dimulai dengan 'mesyuarat' sesama ahli keluarga dan 'sedulur' untuk memberitahu hajat besar tuan rumah. Diikuti 'tahilan' ringkas untuk arwah ahli keluarga dan jamuan makan. Ada soto, nasi ambeng , goreng-gorengan, kuih-muih dan minuman. Aku mula 'menerima' masakan Jawa secara 'alon-alon' kerana tekak orang Melayu sudah biasa dengan masakan gulai. Suasana sangat meriah dengan diiringi perbualan sesama 'sedulur'. "Ajemi, mangan la," seru ibu mentuaku. "Ya, mak, " jawabku sambil tersenyum. Usai makan dan minum , semua yang hadir bersalam-salaman sambil mengucapkan 'podo-podo' tanda kasih-sayang ya...
  Episod : Wanita ( Sempena Hari Wanita Sedunia 8 Mac ) Setiap orang mempunyai wanita di dalam hidupnya kerana wanitalah dia dilahirkan di atas muka bumi yang fana ini. Wanita ini dipanggil ibu, emak, mummy, mama , ummi dan beberapa nama panggilan lain. Aku juga mempunyai wanita yang cukup istimewa sehinggalah umurku 51 tahun , aku kehilangannya. Ibuku telah kembali kepada pencipta-Nya buat selama-lamanya. Tika ibuku menghembuskan nafasnya yang terakhir, aku berada di sisinya dan kubisikkan ke telinga ibuku ," Orang minta maaf atas kesalahan orang kepada mok dan orang maafkan Mok ." Usai kata-kata itu ibuku telah kembali kerahmatullah dengan tenang dan bibirnya seakan-akan tersenyum. Aku reda dengan pemergiannya setelah menanggung derita beberapa hari akibat terjatuh dan tulang pahanya patah. Disebabkan faktor usianya yang sudah lanjut, doktor tidak bercadang untuk melakukan pembedahan kerana risiko yang amat tinggi. Jangkitan kuman tidak dapat menyelamatkan nyawa ibuku . Sem...