Akan Tiba Akan tiba Suatu masa Jasad dibaringkan Sejuk dan kaku Kematian. AKAN TIBA.. Akan tiba Suatu masa Jasad dibaringkan Sejuk dan kaku Kematian Akan tiba Suatu ketika Roh dikejutkan Cemas dan takut Kebangkitan. Akan tiba Suatu waktu Kita dihimpunkan Dosa dan pahala Pembalasan. Akan tiba Suatu saat Syurga atau neraka Kediaman kita. 20 April 2017 Bukit Tinggi 2 Klang.
Posts
Showing posts from April, 2022
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : BAZAR PAKISTAN Semalam 16 Ramadan 1443 Hijrah, aku mengajak isteriku ke Seksyen 7 Shah Alam untuk membeli pakaiannya sebagai persiapan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Jalan raya mulai sesak di hadapan bangunan Jakel yang terang - berderang dengan lampu berwarna-warni. Kereta berderetan memenuhi ruang parkir dan tepi jalan yang sibuk. Dua orang anggota RELA menjalankan tugas mengawal lalu lintas yang padat dengan kenderaan keluar masuk. Sebuah khemah besar Jakel sedang riuh-rendah dengan suara penjula melalui pembesar suara melelong baju raya dan karpet sehingga 90%. Aku masih tercari-cari ruang parkir dan aku agak bernasib baik kerana tidak lama menunggu sebuah Estima putih dengan anak-beranak berjalan menuju ke kereta. "Ah, ruang parkir untuk OKU!," getus hatiku. Aku tidak tergamak untuk merebut parkir OKU apatah lagi anak-beranak yang menaiki kereta Estima putih semuanya sihat walafiat. Tidak pastilah kalau mereka pekak atau bisu. Aku meneruskan penca...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : BAZAR KUALA Setiap kali tiba bulan Ramadan suasana di pekan kecil Pelabuhan Klang sangat meriah. Bukan sahaja di Flat LPK riuh-rendah dengan budak-budak flat bermain mercun dan bunga api tetapi pasar besar Pelabuhan Klang juga sibuk dengan orang ramai membeli bahan-bahan untuk memasak berbuka puasa. Biasanya aku akan berjalan kaki dari flat ke pasar besar yang masih wujud sehingga hari ini. Malahan , peniaga-peniaga yang sama masih ada dan telah tua. Cincau yang dijual di pasar besar dipotong empat segi sebesar buku roti. Ais dibeli di kedai Mek Som di blok C tingkat bawah. Di hadapan pasar besar ada bazar Ramadan .Peniaga-peniaga makanan dan minuman ini juga penduduk flat dan penduduk sekitar Pelabuhan Klang. Pada zaman 80-an , makanan di bazar ialah makanan yang biasa dimasak di rumah seperti mi goreng, mi hoon goreng dan kuih-muih tradisional. Tiada nasi Arab. Tiada masakan ‘ Western’. Tiada air balang ‘koir’. Makanan dan minuman juga dibungkus mengguna...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod: Nasi Goreng USA Malam itu selepas pulang dari bekerja aku mengajak isteriku mencari makan di luar. Kebiasaannnya kami tidak terus pulang ke rumah selepas menutup pusat tuisyen. Tekak berasa hendak makan nasi. Aku memandu kereta ke sebuah restoran yang agak popular di Kampung Jawa Klang. Restoran ini terletak di seberang tanah perkuburan orang Islam. Kami memilih tempat duduk di bahagian tengah restoran. Kebanyakan meja sudah ada pelanggan yang menjamu selera bersama-sama kawan atau keluarga masing-masing. Masakan di restoran ini memang sedap. Ini bukanlah kali pertama aku datang ke restoran ini. Kadang-kadang aku membawa anak-anakku bersama-sama makan malam di restoran ini. Sebaik sahaja kami melabuhkan punggung, seorang pelayan restoran menghampiri meja kami untuk mengambil pesanan. Selepas membelek buku menu aku memilih nasi goreng USA. Sebelum ini aku tidak pernah makan nasi goreng USA. "Agak-agaknya macamanalah rupa nasi goreng USA," detik hati kecilku. Minuman ...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod : KENA KEJAR Petang semalam aku berbuka di Masjid Bandar Diraja Klang, Ini kali kedua aku ke sana untuk merasai suasana berbuka bersama-sama ‘musafir’ jalanan. Rata-rata yang berbuka di sana warga asing yang datang bersendirian atau berkeluarga. Hanya beberapa orang termasuk aku, imam, bilal dan pengawal keselamatan orang tempatan . Sebelum berbuka, aku singgah di sebuah bank di hadapan Galeri Diraja Klang. Banyak kenderaan di kiri kanan kerana masyarakat India membeli-belah di Jalan Tengku Kelana. Dari jauh kulihat seorang perempuan sedang berjalan laju menuju kea rah keretaku. Aku pun cepat-cepat keluar dari kereta dan masuk ke dalam bank. Usai giliran aku menggunakan mesin ATM bank, aku melihat perempuan itu masih berdiri-diri berdekatan keretaku. Aku mengesyaki perempuan itu hendak meminta sesuatu daripada aku berdasarkan gelagatnay yang tertinjau-tinjau ke sana dan ke sini. Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 petang dan tidak lama lagi waktu berbuka puasa bagi bandar Kla...
- Get link
- X
- Other Apps
EPISOD : SUARA Kisah ini dikongsi oleh seseorang kepadaku semasa dia mengerjakan umrah di tanah suci Mekah. Sebenarnya, bermacam-macam cerita yang pernah aku baca di dalam sebuah majalah popular sekitar tahun 1990-an dulu, iaitu MASTIKA. Banyak cerita aneh ditulis oleh penulis-penulis sama ada pengalaman penulis sendiri atau pun diceritakan orang. Dia memulakan penceritaannya tentang kegembiraannya dapat menjejakkan kaki di bumi barakah, Mekah Al-Mukaramah. Keseronokan ketika berada di hadapan Kaabah. Sesiapapun ingin menjejakkan kakinya ke sana namun semua ini adalah urusan Allah. Bagi yang berwang belum tentu akan dijemput Allah ke sana dan bagi yang tidak berwang barang kali akan dijemput ke sana melalui pelbagai cara. Kegusaran mulai melanda apabila dia memasuki hotel penginapan. Suasana di dalam hotel itu amat sunyi walaupun semua bilik di hotel itu penuh dengan Jemaah umrah. Dia mulai berasa hairan kerana tiada kedengaran suara orang yang bercakap atau keluar masuk bilik se...
- Get link
- X
- Other Apps
Episod: PETUA Cerita ini aku kongsi daripada seorang kawan aku yang juga sama-sama mengajar tuisyen. Dia juga seorang guru di sekolah menengah kerajaan. Setiap minggu , aku akan berjumpa dengannya untuk bersembang sambil minum teh. Kawanku ini telah beristeri dua. Setakat yang aku tahu. Isterinya mudanya juga seorang guru yang mengajar di sekolah yang sama. Kiranya, aku ini saksi hidup perjalanan kawanku dan kisah percintaannya sehingga menjadi suri rumah tangganya. Kadang-kadang kami melepak di sebuah bilik seperti setor di sekolah tempat kawanku mengajar. Cikgu perempuan ini kerap pula datang ke setor mengambil barang-barang seperti buku dan alat tulis. Jadi, adalah adegan usik-mengusik kawanku ini membuatkan cikgu perempuan ini tersipu-sipu malu. Sampailah suatu masa, semasa aku menunggu kawanku ini di sebuah restoran mamak , dia turun dari kereta sambil ditemani cikgu perempuan itu. Aku tidaklah bertanya terus tetapi aku melihat cara kawanku ini lain mac...