Kisah benar.

Episod : Briefcase
Aku dan Pengetua dimaklumkan bahawa pihak polis akan merakamkan keterangan kami untuk membantu kes kematian seorang murid di sekolah yang ditembak polis. Salah seorang pegawai yang bersama-sama di dalam bilik mesyuarat membuka sebuah briefcase hitam . Aku menjenguk di dalam beg itu terdapat dua buah pita perakam yang bersaiz pinggan. Kedua-dua pita perakam itu berputar ikut arah jam serentak.
Mula-mula Pengetua diambil keterangan dulu. Aku disuruh menunggu di pejabat dan akan dipanggil apabila keterangan Pengetua selesai diambil. Hampir 30 minit selepas itu , giliran aku diminta masuk ke bilik mesyuarat untuk dirakam keterangan. Aku dimaklumkan bahawa keterangan aku akan dijadikan bahan bukti jika perlu dalam kes tersebut.
Aku ditanya oleh ketua kumpulan penyiasat tentang maklumat diri dan perjawatan aku di sekolah itu. Aku ditanya berbagai-bagai soalan oleh beberapa orang pegawai polis secara bergilir-gilir. Soalan-soalan ditanya seperti sudah disusun satu persatu. Beberapa soalan berkaitan perwatakan mendiang juga ditanya. Aku menjawab semua dengan tenang dan setiap percakapan aku sedang dirakam. Pegawai yang merakam percakapan aku langsung tidak tersenyum wajahnya serius. Pegawai yang mula-mula memperkenalkan aku kepada pegawai-pegawai tadi agak agresif bertanya dan suaranya agak keras . Soalan yang berulang aku jawab dengan jawapan sama. Tekak berasa dahaga kerana hari itu di dalam bulan Ramadhan.
Sesi rakaman percakapan selesai secara total lebih kurang 2 jam. Selepas itu, kami bersalam-salaman dan aku menghantar mereka ke kereta yang sudah sedia menunggu di bawah. Ketua kumpulan penyiasat mengucapkan terima kasih kepada aku dan layanan baik yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Sebuah MPV di hadapan dan diikuti sebuah kenderaan lain yang di dalamnya dua orang SB yang mula-mula datang ke pejabat sekolah sebelum itu.
Aku masih teringat tentang seseorang yang duduk di tangga pintu belakang yang dikosongkan . Hampir setiap hari selama seminggu lelaki itu duduk di situ dan laluan itu untuk ke tingkat atas tetapi murid-muridku dilarang menggunakan laluan tersebut. Setiap kali, aku melalui laluan itu , kami hanya saling berpandangan dan tiada komunikasi sesama kami. Selepas kejadian tersebut, aku tidak lagi melihat lelaki itu di tangga belakang.
Kes saman itu tiada kedengaran sehingga hari ini.
(Bersambung....Episod : Hantu Raya )

Comments

Popular posts from this blog