Kisah benar.

Episod : Bunuh Diri (2)


Y seorang murid perempuan Tingkatan 6 (STPM). Muridku ini sangat komited dengan pelajarannya dan bercita-cita tinggi. Setiap kali aku mengajar , Y akan menujukkan minat dan memberikan sepenuh tumpuan . Setiap tugasan yang aku berikan pasti akan sampai di mejaku. 


Namun, Y sangat terbeban dengan harapan tinggi keluarganya untuk melihat kejayaan cemerlangnya, bak kata peribahasa ,'berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya'. Aku perasan hal itu kerana Y sangat sibuk dengan pelajaran dan masa terluang diisi dengan ulang kaji dan menyiapkan latihan. 


"Saya tengok awak terlalu sibuk," tanyaku suatu hari ketika aku sedang menyemak latihannya. 

"Tak ada ,Cikgu. Saya hendak masuk universiti," katanya bersemangat. 

"Awak boleh masuk universiti. Murid-murid saya yang biasa pun berjaya masuk universiti," kataku memberikan keyakinan. 

"Nanti semasa 'report card day' saya nak jumpa famili awak," kataku. 

"Kenapa,Cikgu," tanya Y. Wajahnya cemas. 

"Tak, saya nak beritahu ibu bapa kamu. Kamu murid yang rajin dan boleh berjaya," kataku . Wajahnya kembali berseri-seri. 


Tiba hari perjumpaan ibu bapa , aku berbincang dengan famili Y. Mereka berasa bangga mempunyai Y, anak yang baik dan rajin belajar. Nampak sangat mereka berasa bangga dengan Y. Wajah Y tersenyum sepanjang masa. 


Aku terdengar komen rakan sekerjaku semasa ibu bapa Y menemui kawanku. Suaranya agak tinggi. Walaupun aku mendengar puji-pujiannya tentang Y tetapi dia mahu Y berusaha lebih gigih dan Yvakan gagal jika Y tidak berusaha lebih gigih. Aku menoleh ke arah kawanku itu kerana aku kurang setuju kawanku meminta Y melipat gandakan usahanya untuk cemerlang. Janganlah menambahkan tekanan lagi. Cukuplah dengan tekanan yang sedia ada. Itu pendapat aku. 


Wajah Y muram . Ibu bapa Y memeluk bahu Y dan menepuk-nepuk bahu Y. Pada aku, bahu Y sudah cukup berat untuk memikul harapan tinggi ibu bapanya dan membuktikan dirinya mampu berjaya. 

Hari berlalu dengan pantas.Tidak lama lagi, peperiksaan STPM akan berlangsung. Murid-muridku sudah menunjukkan usaha berlipat ganda untuk mencipta kejayaan luar biasa. 


Pagi itu, aku sampai di sekolah awal. Biasanya ,aku akan turun ke bawah untuk bersarapan di warung tepi jalan selepas 'punch card'. Aku melihat beberapa orang murid perempuan sedang menangis di tangga bawah dan ada yang berpelukan sambil menangis. Aku melambai seorang pengawas perempuan.

"Kenapa?," tanyaku.

"Y sudah meninggal dunia di rumahnya," kata pengawas itu sambil.menangis. Hari itu , kebanyakan guru dan murid menziarahi mendiang di rumahnya. Aku teringat akan kata-kata kawanku agar Y melipat gandakan usahanya lagi .Namun itu adakah bebanan yang Y terpaksa pikul.

Comments

Popular posts from this blog