Kisah benar.
Episod :Bunuh Diri (3)
Kes ini melibatkan bekas muridku.Z bertugas di satu daerah di Perak sebagai anggota polis. Z sering menelefon aku kerana zaman itu masih menggunakan SMS. Kebiasaanya, Z akan menghubungi aku pada larut malam.Aku memberitahunya supaya tidak kerap menelefon aku kerana kadang-kadang aku juga memerlukan masa untuk berehat.
Pada satu malam, Z menelefon aku dan memberitahu ingin berjumpa aku kerana Z akan bercuti di Shah Alam. Z sangat teruja untuk berjumpa dengan aku. Aku berkunjung ke rumah Z untuk memenuhi undangan sambutan perayaan yang disambutnya bersama-sama keluarga. Z samgat menghormati aku begitu juga keluarga Z. Bapa Z sangat terhutang budi denganku kerana anaknya berjaya menjadi anggota polis seperti mana harapannya.
Selang seminggu, Z pulang ke Perak untuk menjalankan tugas hakikinya. Seperti biasa, Z akan menelefonku lewat malam. Z menganggap aku lebih daripada seorang guru. Aku seperti abang kandungnya. Aku tidak kisah pun kalau Z menganggap aku seperti abang kandungku. Z selalu berpesan kepadaku agar memberitahunya jika aku dalam kesulitan seperti kewangan.Z sanggup menolongku dengan apa cara sekalipun.
Bulan berganti bulan , dan Z terus-menerus menghubungi aku. Z memberitahu aku dia sudah mempunyai teman wanita. Aku menyuruh Z mendirikan rumah tangga tapi Z memberitahuku belum masanya lagi. Z tidak mahu apabila dia berkahwin hubungannya dengan aku akan berjauhan. Z mengatakan dia sangat sayang akan aku dan mengajak aku datang melawatnya di Perak.
Z berulang kali memberitahu bahawa dia tertekan dengan beban kerjanya. Z sukar mendapat cuti dan kurang rehat. Z menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja tetapi aku memintanya agar terus berkhidmat.Aku memberikannya cadangan supaya memohon pertukaran ke negeri Selangor.
Seperti malam-malam sebelumnya, Z tetap menelefon aku seakan sudah menjadi rutin. Z akan bertanya khabar dan menyatakan peraasan sayang kepadaku. Aku berasa pelik kerana kami sesama jantina dan ungkapan 'sayang' itu agak 'menyeramkan" aku. Bukan itu sahaja , kata-kata rindu juga meniti di bibir Z.
Selepas beberapa bulan , Z kurang menghubungi aku. Hanya satu malam , Z mengucapkan terima kasih kepada aku kerana sudi menjadi kawannya. Z juga memohon maaf kepadaku dan mengucapkan selamat tinggal dan meminta aku menjaga diri dan kesihatan dengan baik. Aku berasa bimbang ada perkara buruk bakal berlaku kepada Z. Aku mengajak Z berbual-bual tapi Z seakan kurang berminat tetapi Z tetap menyatakan perasaan sayangnya kepadaku.
Selang sehari , hari aku singgah di stesen minyak untuk mengisi minyak motosikal dan membeli senaskhah surat khabar. Sesampai di sekolah, aku menyelak halaman surat khabar dan terbaca satu berita tragis .."seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di rumah sewa..pihak polis yakin tiada perbuatan khianat atau jenayah.." Aku terbaca nama Z. Hampir menitis air mataku. Aku menghubungi bekas muridku untuk mendapatkan kepastian. Memang benarlah berita tentang Z di dalam surat khabar itu.
(Bersambung....Episod : Ditembak)
Comments
Post a Comment