Kisah benar.
Episod : Dikejar
Polis.
Kurang seminggu sambutan Hari Guru akan diadakan di sebuah hotel
berdekatan sekolah. Murid-murid sibuk membuat persiapan dan latihan
persembahan. Mereka keluar masuk sekolah untuk membeli barang-barang keperluan
untuk persembahan Hari Guru nanti. Aku telah memberikan peringatan agar
murid-murid tidak keluar sekolah tanpa kebenaran bagi mengelakkan kejadian
tidak diingini.
Dalam keghairahan hendak menyambut Hari Guru itu, ada antara kalangan
muridku yang membawa kenderaan mereka ke sekolah bertujuan untuk memudahkan
pembelian barangan persiapan sambutan nanti. Semasa waktu rehat, dari bilik
atas aku melihat sekumpulan muridku lebih kurang enam orang menaiki sebuah
kereta dipandu sendiri . Aku sendiri telah mengingatkan mereka supaya
mendapatkan keizinan dariku sebelum keluar dari kawasan sekolah.
Lumrah bekerja berpasukan, dalam kalangan kawan sekerja ada yang hendak
menjadi popular dan hal itu telah lama aku sedari. Aku memang kurang popular
dalam kalangan murid bermasalah bak bapa tiri mereka tapi mereka akan mengadu
atau memintas aku dengan 'ibu kesayangan' mereka di sekolah. Akhirnya, aku juga
turun padang apabila timbul sesuatu masalah.
Aku menanyakan hal tentang murid-murid yang keluar dari kawasan sekolah
beramai-ramai dengan menaiki sebuah kereta. Jawapan yang aku terima memang
menyebabkan aku naik darah. 'Back up" yang kuat dari 'ibu kesayangan'
tanpa memikirkan risiko yang mungkin berlaku . Kemalangan atau ditahan polis,
itulah andaianku.
Aku terdengar bunyi siren MPV polis sangat dekat dengan bangunan sekolah
dan bunyi tayar seperti minyak ditekan habis. Murid-murid berlari-larian ke
tingkap untuk melihat adegan kejar-mengejar MPV dengan sebuah kereta. Sekilas
aku melihat kereta itu aku sudah dapat meneka siapa di dalam kereta itu.
Kedua-dua kenderaan itu seperti kejar-mengejar menuju ke jalan besar.
Aku mula naik angin satu badan . 'Ibu kesayangan ' mula panik dan aku
memandangnya macam singa lapar.
" Cikgu, ada call, " kata kerani kepadaku yang sedang berdiri
di depan pejabat.
"Waialaikumsalam, " jawabku di hujung talian setelah mendengar
suara memberikan salam. Kerani-kerani buat-buat sibuk kerana mereka tahu aku
sedang naik angin. Pernah aku menghalau seorang kerani kerana membawa cerita
bukan-bukan kerana hendak melaga-lagakan kerani-kerani di pejabat, Semua ini
hal politik di pejabat .
"Saya Inspektor ......dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.
Ini kami ada menahan sekumpulan murid sekolah Cikgu. Boleh Cikgu datang ke
balai?," kata suara dalam talian.
"Baik, saya akan datang sebentar lagi, " kataku lalu
meletakkan gagang telefon. Murid-murid lain berlegar-legar di ruang hadapan
pejabat untuk mendengar berita tentang rakan-rakan mereka yang dikejar polis.
Sebaik aku, berpusing semua lari lintang-pukang masuk ke bilik darjah.
Aku memaklumkan kepada Pengetua tentang hal tersebut. Pengetua
memberitahuku bahawa dia akan menemani aku ke balai polis. Aku terpaksa
membatalkan kelas untuk bergegas ke ibu pejabat polis . Inilah akibat kalau
kita memandai-mandai membuat sesuatu perkara tanpa memikirkan risiko. Kes ini
bukan pertama kali berkaitan memandai-mandai. Pernah sekali berlaku apabila
seorang eksekutif pemasaran sekolah yang juga rakan sekerja aku meminta aku
menjemput murid-murid sekolah lain bagi menghadiri program anjuran pihak SEGi
di sebuah hotel. Setelah beratus-ratus murid datang ke hotel yang kononnya
mereka akan diberikan set makanan ala bufet selepas program rupa-rupanya '
habuk ' .
Namun , selepas berakhir program, murid-murid yang datang berjalan kaki
dari beberapa buah sekolah hanya disediakan secawan teh dan seketul kuih. Aku '
dibelasah' Pengetua pengetua sekolah lain kerana kononnya aku menipu mereka dan
memperdayakan mereka supaya membenarkan murid-murid sekolah mereka menghadiri
program tersebut. Semasa aku menghulurkan jemputan kepada sekolah, aku berjanji
kepada mereka bahawa murid-murid yang hadir akan disediakan makan minum ala
bufet rupa-rupanya tiada peruntukan . Bayangkan, keadaan ketika aku' dibelasah'
Pengetua-pengetua sekolah. Merah telinga. Merah padam muka aku. Eksekutif
buat-buat bodoh.
Semasa mesyuarat dengan pihak atasan berkaitan marketing syarikat, aku
melepaskan kemarahan aku kepada semua yang hadir. Aku tidak peduli sama ada
mereka itu COO atau CEO aku pulak ' ganyang' mereka secukup-cukupnyanya. Tiada
seorang pun berani angkat muka. Walaupun aku hanya seorang guru disiplin di
sekolah itu tetapi aku satu-satunya staff Melayu di dalam syarikat itu yang
diberikan kuasa. Semua urusan dengan Kementerian Pendidikan, Lembaga
Peperiksaan, jabatan Pendidikan dan Pejabat Pendidikan daerah di bawah arahan
aku. Bukan aku suka-suka buat semua itu. Bukan aku semata-mata mengharapkan
elaun khas. Aku sebenarnya sedang menjalinkan 'networking' dengan
pegawai-pegawai Kementerian , Jabatan dan PPD , bak kata orang 'sambil menyelam
minum air'. Aku mempunyai perancangan jauh kerana tidak selamanya aku akan
bekerja makan gaji.
Ekoran ' networking' itulah , permohonan aku untuk mendapatkan lesen
Kementerian Pendidikan membuka pusat tuisyen tidak mengambil masa lama hanya
dalam tempoh 3 hari semua urusan selesai daripada tempoh kebiasaannya enam
bulan !. Betullah kata orang dalam perniagaan yang penting ialah ' Who You
Know'.
Aku dan Pengetua sampai di balai polis selepas 30 minit selepas
panggilan yang aku terima tadi. Murid-muridku ditempatkan di sebuah bilik soal
siasat CID di tingkat bawah bercermin gelap. Malu pun ada seolah-olah pihak
sekolah tidak tahu menjaga disiplin murid-murid. Seorang DSP mendekati aku dan
kami sebenarnya sudah saling mengenali sebelum itu kerana pernah beberapa kali
terlibat dalam program kaunseling bersama-sama.
"Tuan , belasah je budak-budak tu, " kataku . Tuan DSP
tersenyum mendengar kata-kataku. Aku masuk ke bilik cermin gelap dan beberapa
orang CID turut sama di dalam bilik itu. Salah seorang CID itu bekas muridku
yang pernah mengambil kelas malam. Kami bersalaman dan membalas senyuman.
"Cikgu, budak-budak ni bila MPV suruh berhenti tadi dia pecut lari
, " kata CID.
"Nasib baik tak jadi apa-apa," kata Tuan DSP.
"Nak buat apa dengan budak-budak ni?," tanya DSP yang tidak
ditujukan pertanyaan itu kepada sesiapa.
"Sesah dengan paip baru dia orang rasa, " kataku dengan wajah
ketat.
"Terpulang kepada Tuan nak buat apa," kataku menyerahkan kes
itu bulat-bulat kepada pihak polis.
"Sarjan, telefon ibu bapa budak-budak ini suruh datang balai,
" kata Tuan DSP.
"Tolonglah Tuan. Jangan panggil ibu bapa kami , Tuan, " mereka
merayu dengan wajah sedih. Aku tersenyum kepada CID dan Tuan DSP.
Aku meninggalkan perkarangan sekolah ketika hari sudah lewat petang. Buang
masa aku dan buang tenaga aku. Semua kerja aku hari itu telah terbengkalai. Aku
berselisih dengan beberapa ibu bapa muridku yang ditahan di bilik CID dan
mereka meminta aku menolongnya melepaskan anak-anak mereka. Aku menyuruh mereka
sendiri merayu kepada pihak polis kerana aku tiada kuasa untuk melepaskan
mereka. Walaupun tadi , pihak polis meminta pendapat aku tapi aku lebih suka
kalau mereka dikurung saja di situ.
( Bersambung .......Episod : Paip Keluar Darah )
Comments
Post a Comment