Kisah benar.

Episod : Dadah
Suasana pagi itu seperti biasa. Murid-murid di dalam kelas masing-masing. Aku di bilik guru menyiapkan tugas menyemak buku-buku latihan murid-murid. Sebagai guru Bahasa Melayu, hampir semua murid di sekolah itu ialah muridku kerana aku mengajar di semua kelas dari kelas SRP, SPM, STPM, tuisyen sesi petang dan kelas malam.
Apabila tiba waktu rehat, murid-murid menuju ke restoran berdekatan kawasan sekolah kerana tiada kemudahan kantin disediakan dan ada juga yang melepak di tepi jalan atau di parkir motosikal. Aku sudah beberapa kali berpesan kepada pengawas-pengawas supaya tidak membenarkan murid-murid melepak di kawasan parkir motosikal . Sekolahku ini menyewa bangunan dan sudah tentu kawasan parkir dikongsi dengan orang awam. Namun , mereka memang jenis tak makan saman.
"Selamat pagi , Cikgu, " ucap seorang pengawas.
"Ada apa?," tanyaku .
"Ada budak nampak student kita ambil benda macam dadah," kata pengawas itu. Aku terdongak memandang pengawas itu.
"Eh, betul ke ni?," aku berasa sangsi kerana kes dadah tak pernah wujud di sekolah ini.
"Awak bawa murid itu jumpa saya," arahku kepada pengawas itu. Otakku berputar ligat.
"Saya , Cikgu." Murid itu berdiri di depanku. Dua tiga orang pengawas lelaki di belakangnya.
"Awak keluarkan barang-barang dalam poket awak," arahku kepada murid itu. Dia mengeluarkan semua barang di dalam poketnya dan terjumpa satu tiub straw berisi serbuk putih. Aku sendiri tidak pernah melihat dadah kecuali yang ada dalam drama atau filem di televisyen.
"Ini apa?," tanyaku dengan wajah serius. Murid itu diam.
"Saya tak tau cikgu. Saya jumpa tadi," jawab murid itu.
" Macamana benda ini awak kata jumpa?," aku cuba mendesak seperti cerita drama 'Roda-roda Kuala Lumpur' Yusof Haslam.
Muridku diam tidak menjawab.
"Siapa lagi tau benda ni?," tanyaku lagi.
"Kawan-kawan," jawabnya. Mukanya selamba.
"Siapa lagi tau hal ini?," aku memandang muka pengawas.
"Saya dah beritahu Pengetua," jawab pengawas itu.
"Mmm..," aku mengeluh.
"Susahlah macam ni, " bisik hati kecilku. Nampaknya, aku tak dapat 'cover' kes ini dah sampai kepada pihak atas.
Aku mengenali keluarga murid ini kerana semasa kecil mereka ialah jiranku di Pelabuhan Klang tapi murid ini tidak kenal aku kerana bukan sezaman generasi aku dulu. Pihak sekolah menghubungi keluarga murid ini. Aku jadi cuak hendak berjumpa keluarga murid ini dan mereka juga tahu aku mengajar di situ.
"Cikgu tak boleh tolong ke?," tanya ibu bapa murid itu kepada aku. Aku diam saja. Kami di dalam bilik Pengetua dan beberapa guru lain pun ada sama.
"Makcik pakcik, murid ini bawa barang terlarang. Kita pihak sekolah terpaksa berhentikan dia," kata Pengetua dengan tegas.
"Cikgu, saya minta maaflah bagi pihak anak saya. Barang tu bukan dia punya. Dia jumpa di atas motosikal. Saya tau anak saya ni," rayu bapa murid itu.
"Sir, give him once chance, " pintaku seperti merayu kepada Pengetua. Pengetua memandang aku atas bawah. Walaupun aku
sebagai guru disiplin dan "Head Internal Exam Officer " di sekolah itu tetapi keputusan penting di tangan Pengetua.
"Cannot, Cikgu," jawab Pengetua tanpa sebarang rayuan lagi.
"This is serious matter, Cikgu," sambung Pengetua.
Akhirnya, murid itu yang bakal mengambil SPM pada tahun itu dibuang sekolah. Sejak itu juga, keluarga itu berkecil hati dan bermasam muka denganku hingga sekarang apabila berjumpa di majlis tertentu. Itulah asam garam menjadi guru disiplin. Diluah mati emak ditelan mati bapa !
Kes ini berlaku di sekolah swasta lain tempat aku mengajar selepas berhenti di sekolah lama .Sekolah ini merupakan subsidiary kepada SEGi College. Jadi, sebarang keputusan penting perlu dirujuk dengan pihak pengurusan atasan di ibu pejabat. Di sekolah ini aku mengajar hampir selama 15 tahun. Akhirnya , aku mengambil keputusan berhenti mengajar sepenuh masa kerana ingin memberikan tumpuan kepada perniagaan pusat tuisyen aku yang pada masa itu telah mempunyai murid hampir 400 orang dan adalah menjadi pelanggaran polisi kontrak antara pekerja dengan pihak SEGi. Pekerja dilarang menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan pernigaan syarikat. Aku juga menjual semula saham syarikat yang aku ada pada masa itu. Aku telah meletakkan jawatan di sekolah ini dengan jawatan terakhir sebagai HOD (Head Off Deparment @ Pengetua )
(Bersambung ...Episod : Bunuh Diri )

Comments

Popular posts from this blog