Episod : JUAL
RUMAH
Setiap orang mengimpikan kebebasan kewangan. Hidup
tanpa hutang-piutang. Bekerja dijadikan hobi. Kalaupun kos sara hidup hanyalah
makan minum dan bil air serta elektrik.
Apabila mengenangkan situasi seumpama itu rasanya akulah manusia paling
bahagia. Bahagia bukan kerana banyak wang atau harta tetapi bahagia kebebasan
kewangan dan masa. Hendak ke mana-mana pada bila-bila masa. Hendak beli apa-apa
ikutkan saja kehendak hati.
Pada tahun 2019 sebelum bermula Perintah Kawalan
Pergerakan atau PKP, aku sudah mula merancang untuk menjual rumah yang aku
duduki sekarang. Walaupun berat hati tetapi aku inginkan keselesaan dan
kebebasan. Sudah separuh abad usia ini . Seakan sudah terasa lelahnya mengejar
dunia yang semakin ligat berputar siang dan malam sehingga suatu detik nanti matahari
pasti terbit dari barat, iaitu Kiamat.
Aku dihubungi oleh beberapa orang ejen menjual rumah.
Pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India. Masing-masing mempunyai strategi sendiri
untuk mendapatkan ‘buyer’ bagi rumahku ini. Harga bermula dari RM1.2 juta namun
kata sebahagian besar ejen harga itu sukar untuk mendapatkan ‘ buyer’ . Pada
aku cepat atau lambat bukan isunya tetapi harga yang berbaloi.
Gelagat bakal ‘buyer’ bermacam-macam ragam. Ada yang
datang melihat-lihat kawasan rumah di luar dan di dalam tanpa berkata apa-apa
dan terus balik. Ada juga yang agak ‘brutal’ terus masuk ke dalam rumah tanpa
meminta izinku dan membuka pintu-pintu bilik serta almari kabinet.
“Kalau RM600k saya setuju,” kata lelaki itu. Ejen
memandang mukaku dan aku menggeleng tanda tidak setuju.
“Awak cari rumah lain,” kataku membuat keputusan.
Mungkin lelaki itu menyangka aku sudah terdesak sangat untuk menjual rumahku.
Aku mempunyai perancangan untuk membina rumah dan beberapa buah rumah untuk
dijadikan rumah inap desa atau ‘homestay’. Aku juga merancang untuk membeli
sebuah rumah teres atau ‘apartment’ di bandar supaya aku dapat memberikan fokus
kepada pekerjaan harianku.
Selama beberapa minggu, bakal ‘buyer’ dan ejen datang
mengunjungi rumahku untuk melihat sendiri keadaan persekitaran rumahku.
Rata-rata, tidak memberikan jawapan dan kata ejen harga yang aku minta terlalu
tinggi. Aku telah menjelaskan kepada mereka supaya mencari ‘buyer’ yang
benar-benar serius bukan sekadar jalan makan angina keluar masuk. Tanah seluas
suku ekar sudah siap ditambak sejak lima tahun lalu dan memerlukan sedikit
penambakan apabila tiba masa untuk mendirikan rumah.
Jika perancangan ini menjadi kenyataan , aku juga
merancang untuk membeli hartanah di kampungku, Kelantan supaya anak cucuku tahu
asal usul mereka dari sana. Pelbagai pelan telah disusun malah kontraktor yang
akan menjalankan projek pembinaan rumah dan ‘homestay’ dengan landskap yang
menarik juga sudah diaturkan dengan rapi termasuk kos. Pembinaan ini sudah dirancang
lama tetapi terhalang oleh beberapa isu berbangkit.
Selepas dua tahun tiada ‘buyer’ , aku sekali lagi
meminta seorang ejen hartanah untuk meneruskan rancangan menjual rumah. Ejen
ini diperkenalkan oleh seorang jiranku yang tinggal tidak jauh dari rumahku.
Seperti yang dijanjikan, seorang ejen wanita telah melawat rumahku.
Kedatangannya kami sambut dengan mesra dan dia satu-satunya ejen wanita yang
hadir untuk urusan penjualan rumah. Beberapa keping gambar telah dirakam untuk
tujuan dokumentasi bagi kegunaan syarikat hartanah.
“Saya akan mendapatkan nilai harga semasa rumah Encik.
Saya juga akan mendapatkan carian maklumat rumah ini,” kata ejen bernama Suhana
penuh yakin.
“Puan tidak perlu tergesa-gesa kerana ada beberapa
urusan lain dengan pihak bank yang perlu diselesaikan,” kataku secara serius.
Hal ini masih menjadi isu antara aku dengan pihak bank yang enggan bekerjasama
dalam hal berbangkit. Kini, menanti respons daripada pihak bank atas beberapa
persoalan dan aku Wanita muda hebat daya fikir akan berjaya suatu hari nanti.
Comments
Post a Comment