Episod : ALMARI LAMA

 

Sejak lahir , almari lama itu sudah ada tetapi selalu dialih ke sana ke sini supaya kelihatan kemas walaupun menyakitkan mata yang memandangnya.  Abah sayang sangat almari lama itu. Kata abah , almari lama itu dulu di rumah datuk  . Setelah datuk meninggal dunia , abah membawa almari lama itu balik ke rumah . Pak Long pun tidak menunjukkan minat untuk mengambil almari lama itu..

Pak Long abang abah yang sulong pernah menawarkan abah sebuah almari baru tapi abah menolak mentah-mentah . Kata abah , almari lama itu ada ‘sentimental value’. Akhirnya , Pak Long beralah dengan abah . Cuma Pak Long pernah memberitahu aku kalaulah abah sudah tidak berminat dengan almari lama itu , Pak Long akan membuangnya tanpa bersisa .!

Sikap abah yang sayang akan barang-barang lama sebeanrnya diwarisi daripada datuk .  Di rumah datuk bukan saja almari lama , jam dinding lama yang sudah tercabut jarum, kerusi lama kusyen yang sudah koyak rabak , peti televisyen dan lama gambarnya pun sudah lama lenyap daripada pandangan serta sebuah kipas lama yang sudah patah bilah-bilahnya pun masih ada ada tapi datuk paling sayang almari lama itu . Maksu Kiah  adik abah yang bongsu pernah menawarkan datuk untuk membuatkan kabinet baru tapi datuk tak mahu . Kata datuk , almari lama itu masih boleh dipakai lagi. Hajat Maksu Kiah tidak tercapai kerana Maksu Kiah sudah berniat jika mendapat duit bantuan , dia hendak membuatkan kabinet baru untuk datuk.

Datuk telah lama meninggal dunia pada usia 96 tahun . Datuklah yang membeli almari lama itu kalau tak silap sekitar tahun 1980-an . Sudah 41 tahun almari lama itu masih disimpan di rumah abah.  Sesekali , aku pulang ke rumah abah , aku membuka pintu almari lama itu. Tiada makanan disimpan di dalamnya tetapi yang ada tiub basikal lama , lampu picit yang sudah hilang punat , sikat kutu , dan sebatang tongkat lama . Aku hanya menggelengkan kepala melihat sikap abah.

Pernah abang Long aku mengajak abah ke kedai perabot untuk menggantikan almari lama . Semasa di kedai , ayah menunjukkan sikap protesnya. Semua perabot yang cantik-cantik lagi tahan lama abah tidak berkenan di hati . Akhirnya , abang Long membawa abah pulang ke rumah . Wajah abang Long masam mencuka dan sepanjang perjalanan pulang abang Long tidak bertegur sapa dengan abah mahupun mengajak abah berbual-bual. Aku yang duduk di kerusi belakang malas nak campur tangan kerana usia aku masih mudah , bak kata orang tua – tua . “Abah lebih dulu makan garam “.  

Minggu lepas , semasa aku pulang ke rumah abah , hatiku berasa sedikit lega . Kata abah dia hendak ubah almari lama. Aku bersyukur kerana selama ini kami adik-beradik sudah berusaha memujuk abah supaya menggantikan almari lama . Namun sangkaan aku meleset , abah mengajak aku memindahkan almari lama ke belakang manakala meja lama dialihkan ke tempat almari lama itu. Teringat aku sebuah sintcom “ Pi Mai Pi Mai Tang Tu “. Aku hanya tersenyum sinis .

Pada aku , almari lama itu sudah tiada fungsi lagi kerana menunggu masa menyembah bumi . Keadaan almari lama sudah mula mereput walaupun dulunya almari lama itu dibuat daripada kayu berkualiti tetapi sudah dimamah usia . Seeloknya , almari lama itu kalau pun abah sayang nak buang diletakkan di belakang rumah pun sudah dikira bagus. Tidaklah sakit mata dan sakit hati setiap masa melihat almari lama di situ. Rumah sudah cantik kerana baru diubah suai 18 bulan yang lalu sayangnya isi perabotnya masih lama . Citarasa abah tidak sama dengan citarasa anak-anak abah.

Aku memberitahu abang Long supaya tidak lagi mendesak abah menukarkan almari lama itu . Bukan sahaja, memenatkan otak untuk memikirkannya malah menyakitkan hati . Kalau dilawan cakap abah dikatakan menderhaka  pula . Abah tetap abah . Hanya menunggu masa saja almari lama itu roboh dengan sendirinya !

Comments

Popular posts from this blog