Episod : PULANG

 

Dari jauh . kelihatan seorang jururawat sedang menolak Mia menggunakan sebuah kerusi roda. Hati Sham melonjak gembira. Sham tersenyum lebar memandang Mia dan memeluk Mia erat-erat . Jururawat hanya tersenyum melihat Sham memeluk Mia.

“Doktor telah benarkan isteri encik pulang ,” kata jururawat dan menolak perlahan kerusi roda merapati katil.

“Terima kasih, nurse,” balas Sham dan Mia memandang jururawat sambil mengucapkan terima kasih.  Sham mengemas barang-barang peribadi Mia di atas meja di tepi katil . Mia membaringkan diri di atas untuk berehat.

“Abang tau tak , Mia rasa sedih abang tak datang semalam , “ kata Mia perlahan .

“Maafkan abang,  Mia. Abang terlelap , “ kata Sham.

“Mia buka mata , abang tak ada di sisi Mia, “ sambung Mia lagi.

“Maafkan, abang ,Mia.”

“Tak pa, abang,  Mia tahu abang penat . Sudah berhari-hari abang menemani Mia di hospital, “ kata Mia mengeluh kecil. Sham memandang Mia dan tersenyum.

 

Hanya beberapa orang jururawat yang bertugas pada pagi itu. Kebanyakan mereka bercuti sempena hari raya . Seorang doktor sedang bertugas melawat pesakit dari sebuah katil ke sebuah katil sambil ditemani seorang jururawat . Manakala, jururawat yang bertugas di kaunter memakai baju baharu . Seorang pesakit sedang terbaring di atas katil tanpa sesiapa di sisinya. Usianya pun sudah lanjut barangkali lingkungan 80-an. Barangkali juga , anak-anaknya akan datang sebentar lagi , fikir Sham .
“Apa yang abang pandang ? , “ tanya Mia .

“Tak , abang kasihan melihat makcik itu bersendirian. Di manakah anak-anaknya?,” jawab Sham dengan wajah sedih. Pandangan Sham masih ke arah makcik yang sedang terbaring di atas katil.

“Makcik itu tinggal sebatang kara, abang . Semalam makcik tu dibawa dari rumah kebajikan ke sini ,” balas Mia.

“Dia tak ada keluarga . Kasihankan makcik tu, “ sambung Mia lagi. Sham hanya mendiamkan diri memandang makcik itu semula.

“Abang ada bawa rendang ayam dan ketupat untuk Mia, “ kata Sham sambil membuka bekas makanan di atas meja .  

“Siapa masak, abang ?,” tanya Mia spontan.

“Sofea, jiran sebelah rumah kita yang tolong masakkan,” jawab Sham sambil tersenyum.

“Baik betul Sofea . Nak menolong masakkan rendang dan ketupat ,” kata Mia sambil mencip-cipkan bibirnya. Sham tersenyum melihat Mia menikmati rendang ayam dan ketupat kegemarannya. Sham mengambil bekas makanan kecil dan memasukkan beberapa ketul rendang ayam dan ketupat . Sham bangkit dan menuju ke arah katil makcik yang terbaring sendirian.

  

“Asalamualaikum , makcik .”

“Walaikumsalam,” jawab makcik dengan suara yang perlahan dan terketar-ketar. Sham menoleh Mia yang sedang menjamu rendang ayam. Makcik bangkit dari perbaringan.

“Saya ada bawakan rendang ayam dan ketupat untuk makcik, “ kata Sham sambil membuka bekas makanan. Makcik hanya tersenyum melihat Sham dengan mata berkaca. Sham memegang bekas makanan dan makcik mengambil seketul rendang dan ketupat ke dalam pinggan plastik di tepi katil.

“Makcik makan ye,” kata Sham sambil tersenyum. Makcik mengangguk lemah dan Sham meninggalkan makcik makan rendang ayam dan ketupat yang diberinya. Sham kembali ke katil Mia . Mia masih lagi menikmati rendang ayam dan ketupat dengan berselera.

 

“Wah, rendang ayam dan ketupat , “ kata doktor sambil tersenyum . Tiba-tiba doktor dan jururawat sudah berada di hujung katil. Jururawat mengambil bacaan tekanan darah Mia dan memberikan fail kepada doktor. Doktor membelek-belek fail dan tersenyum.

“Isteri encik sudah boleh balik hari ini . Minggu depan isteri kena datang lagi untuk pemeriksaan , “ kata doktor muda itu. Sham tersenyum mendengar kata-kata doktor.

“ Terima kasih , doktor . Selamat Hari Raya doktor , nurse, “ ucap Sham dan Mia tersenyum melihat doktor. Mia terlupa mempelawa doktor dan jururawat merasai rendang ayam dan ketupat di tangannya. Doktor dan jururawat ke katil sebelah.

“Abang ada bawakan pakaian baharu Mia. Nanti Mia pakai ya, “ kata Sham dan Mia menutup kembali bekas makanan lalu diletakkan di tepi katil. Sham meletakkan beg pakaian di atas katil dan Mia mengambil baju raya yang dibawa Sham .

“Pakailah, tentu cantik isteri abang , “ kata Sham memuji Mia dan Mia ketawa kecil .

“Abang ni tak sabar-sabar tunggu Mia balik nak suruh Mia pakai baju raya , “ kata Mia .

“Tahun lepaskan Mia beraya di hospital tapi tahun ni dapat beraya di rumah , “ kata Sham gembira .

Mia turun dari katil dan membawa pakaian ke bilik persalinan . Sham membelek-belek telefon bimbitnya dan banyak ucapan Selamat Hari Raya daripada rakan-rakan sekerjanya dan kawan-kawannya . Sham tersenyum membaca madah hari raya yang dikongsi oleh kawan-kawannya melalui ‘whatsapp’ dan ada juga yang bertanya khabar Mia.

“Abang .” Sham menoleh.

“Wah, cantiknya isteri abang ,” kata Sham melihat Mia yang sudah berpakaian baharu.

“Abang ni suka sangat puji Mia, “ balas Mia tersenyum.

“Eh, betullah abang cakap bukan main-main. Mia memang cantik , “ ujar Sham tersenyum .

 

Sham mengemas barang-barang Mia di dalam almari kecil di tepi katil Mia dan bekas makanan. Sham akan membawa Mia pulang ke rumah. Kemudian , muncul Sofea di hadapan kaunter jururawat.

“Sofea !,” laung Mia kepada Sofea yang berdiri tidak jauh dari katilnya. Sofea melambai-lambaikan tangan . Mia dan Sofea berpelukan .

“Kakak dah sembuh?,” tanya Sofea melepaskan pelukan. Sham tersenyum memandang Sofea.

“Alhamdulillah. Terima kasih Sofea memasakkan rendang ayam untuk kakak. Abang Sham ni menyusahkan Sofea saja, “ kata Mia dan Sofea duduk di sisi katil . Sham membawa bekas plastik untuk dibuang ke dalam tong sampah di hujung pintu wad.

“Tak pa, Kak. Memang Sofea pun nak masakkan untuk kakak. Kasihan abang Sham semalam beli itu ini terus hantar ke rumah minta tolong Sofea masakkan,” ujar Sofea dan tersenyum.

“Abang Sham mana tahu memasak , “ kata Mia lalu mereka berdua ketawa kecil.

“ Mengumpat abang ya, “ kata Sham tiba-tiba muncul.

“Tak , kak Mia kata abang dah tak sabar-sabar nak bawa kakak balik rumah , “ ujar Sofea sambil ketawa kecil . Mia dan Sofea memang mesra bagaikan adik-beradik.

“Hari ni Kak Mia dah boleh balik, “ kata Sham .

“Eh, betul ke kak ?,” tanya Sofea semula dan memeluk bahu Mia. Mia mengangguk mengiyakan kata-kata Sham.

“Kalau begitu , saya hantarkan Kak Mia balik rumah . Sofea pun memang nak balik rumah . Kawan Sofea , Ain ada di dalam kereta . Sofea singgah sekejap kerana tadi sudah berjanji dengan abang Sham nak singgah tengok Kak Mia, “ kata Sofea gembira.

 

Sofea membawa Mia pulang ke rumah dengan menaiki kereta dan Sham menunggang motosikal menyusul mereka. Tidak lama kemudian , mereka telah sampai di hadapan pagar rumah . Sofea membuka bonet kereta mengambil beg pakaian Mia dan Sham pun sampai di pagar . Mia melangkah masuk ke dalam rumah dan Sofea meletakkan beg Mia di atas sofa .

“Duduklah dulu Sofea , “ pelawa Mia manakala Sham menuju ke dapur.

“Tak palah kak, kawan Sofea ada di luar tu. Nanti petang Sofea datang , “ kata Sofea menoleh ke arah kawannya, Ain di tepi kereta.

“Sofea balik dulu , Kak , “ ujar Sofea dan memeluk Mia erat-erat dan gembira kerana Mia sudah pulang ke rumah .

“Abang Sham baru jerang air , “ kata Sham muncul dari dapur tiba-tiba.

“Tak pa , abang Sham . Petang nanti Sofea datang , “ jawab Sofea sambil tersenyum memandang Sham dengan spontan Mia memandang Sham dan Sofea. Mia menundukkan kepala memandang lantai.

 

(bersambung ……)

Comments

Popular posts from this blog