Episod :
TAKBIR RAYA
“Kringgg ! Kringgg ! Kringgg! “
.
Sham terjaga daripada tidur
dan bingkas bangun mencapai telefon bimbitnya.
“Encik
, sila datang ke hospital segera !,” kedengaran suara jururawat.
“Mengapa
dengan isteri saya ?,” tanya Sham dalam keadaan masih mamai. Sham terlelap
setelah kepenatan tadi . Jarum jam di dinding menunjukkan pukul 7.00 petang . Tiada
jawapan .
“Ya,
ya . Saya datang sekarang , “ balas Sham tergesa-gesa. Sham segera menukarkan pakaiannya
dan mencapai kunci motosikal . Motosikal meninggalkan perkarangan rumah menuju
ke PPUM . Sham menunggang motosikal Yamaha Y15 selaju mungkin . Jalan raya agak
lengang kerana ramai yang sudah meninggalkan bandar pulang ke kampung untuk
menyambut hari raya . Hati Sham berdebar-debar . Masih terngiang-ngiang di
telinga Sham kata-kata Doktor Sundram , “
Isteri encik OK ! “.
Sham
memparkir motosikal di ruang yang disediakan di tepi bangunan hospital. Sham
pantas menekan butang lif bagaikan siput lif bergerak perlahan ke tingkat atas.
Sham terus meluru ke wad yang menempatkan Mia .
“ Maaf , encik . Doktor sedang
melakukan pemeriksaan terhadap isteri encik , “ kata jururawat apabila melihat
Sham muncul di wad. Ketika itu , langsir di katil Mia ditutup rapat dan hanya kelihatan
kaki beberapa orang doktor dan jururawat di bawah langsir separas betis.
Kebimbangan
Sham memuncak . Sekejap duduk sekejap berdiri . Tidak lama kemudian , kain
langsir ditolak dan kelihatan sekumpulan doktor dan jururawat mengelilingi Mia.
Mia kelihatan terbaring tidak bergerak. Sham segera mendekati katil Mia dan
Doktor Sundram memberitahu Sham bahawa Mia mengalami kompilasi semasa rawatan
namun keadaan Mia stabil.
“Mia. Mia. Abang datang , Mia, “ bisik Sham di telinga Mia. Seorang jururawat
sedang berdiri di sisi katil. Air mata Sham mengalir laju.
“Mia.
Mia. Mia, “ bisik Sham sekali lagi. Mata Mia bergerak-gerak tetapi masih
terpejam rapat. Sham bersyukur kerana Mia memberikan reaksi.
“Encik, biarkan isteri berehat , “
beritahu jururawat . Sham memandang jururawat dan mengangguk . Sham menarik
kerusi plastik di sisi katil dan melabuhkan punggungnya. Sham menghela nafas
dalam-dalam . Hati Sham begitu bimbang sekiranya berlaku perkara yang buruk
terhadap Mia.
Kedengaran
takbir raya dari corong radio di atas meja salah seorang pesakit . Air mata
Sham mengalir laju melihat keadaan Mia seorang isteri yang sangat baik .
Malam
itu , Sham menunggu Mia sedar semula di sisi Mia. Jarum jam tangan menunjukkan
pukul 11.00 malam .
“Kalau
encik nak balik dulu dan berehat . Kami boleh menjaga isteri encik , “ kata
seorang jururawat yang baru menggantikan ‘shif ‘ malam itu. Sham hanya
mengangguk lemah . Sebelum meninggal Mia di perbaringan Sham mengucup dahi Mia ,
“Esok, abang datang Mia kerana esok hari raya , “ bisik Sham di telinga Mia.
Mata Mia bergerak-gerak dan air mata Mia mengalir di hujung kelopak mata. Sham
melangkah meninggalkan Mia sementara waktu dengan hati yang berat. Sham pasrah
kepada takdir Allah Maha Esa.
Seawal
pagi , suara takbir berkumandang di corong
surau berdekatan rumah Sham. Sham sedang bersiap-siap dengan sebuah pakaian Mia
. Sham hendak melihat Mia memakai pakaian baharu pagi hari raya itu . Sham
tidak sabar melihat Mia menyarung baju baharu .
“Tok!
Tok! Tok!” . Pintu diketuk beberapa kali .
Sham
segera ke pintu lalu membuka pintu.
“Asalamualaikum
, Abang Sham. Selamat Hari Raya , abang , “ ucap Sofea di muka pintu dengan
pakaian merah sedondon. Wajah Sofea sangat cantik selepas bersolek . Sofea
mengenakan selendang pemberian Mia .
‘Wailaikumsalam,
Sofea, “ jawab Sham tergagap-gagap melihat Sofea di muka pintu .
“Ini Sofea masakkan rendang
dan ketupat yang abang suruh semalam , “ kata Sofea sambil menghulurkan dua
bekas ‘ tupperware’. Rendang dan ketupat masih panas.
“Bagaimana keadaan Kak Mia,
abang,? ,” tanya Sofea spontan .
“Alhamdulillah
, Sofea. Cuma Kak Mia belum sedar semasa abang balik semalam , “ jawab Sham.
“
Nanti Sofea singgah di hospital . Pagi ni Sofea ada jamuan hari raya di ofis, “
ujar Sofea.
“Wah,
patutlah pakai cantik-cantik pagi ni, “ usik Sham . Sofea hanya ketawa kecil .
Sham hanya tersenyum .
“Selamat
Hari Raya , abang Sham. Maaf Zahir Batin kalau Sofea ada buat kesalahan selama
kita berjiran , “ ucap Sofea.
“Abang
pun begitu , Sofea. Doa-doakan Kak Mia cepat sembuh dan dapat pulang ke rumah ,
“ kata Sham dengan suara sebak . Suasana diam seketika .
“Insyallah
, bang . Kirimkan salam Sofea kepada Kak Mia ye, “ ujar Sofea lalu meninggalkan
Sham di pintu . Sebuah kereta sudah menunggu Sofea di hadapan rumah . Kereta
itu bergerak perlahan dan hilang dari pandangan Sham.
Sham
memasukkan dua bekas rendang ayam dan ketupat ke dalam bakul motosikal . Beg pakaian digalas dan motosikal Sham
menghala ke hospital . Sham tidak sabar-sabar hendak menemui Mia. Sebelum
meninggalkan rumah tadi , Sham tidak menelefon pihak hospital kerana Sham tidak
mahu mendengar jawapan yang membimbangkan hatinya. Jalan raya lenggang pada
pagi hari raya hanya sesekali kereta dan motosikal berselisih dengan Sham .
Sham berpakaian baju Melayu lengkap dengan sampin. Sampin itulah yang dipakai
Sham semasa diakad nikah dua tahun yang lalu .
Suasana di perkarangan
hospital juga lengang. Hanya beberapa orang jururawat dan doktor yang kelihatan
. Ada yang memakai pakaian baju raya . Meskipun hari raya mereka bertugas namun
suasana hari raya diraikan juga . Sham menegur seorang dua jururawat yang berselisih
dengannya . Butang lif ditekan dan hati Sham berdebar –debar . Sham berdoa
semoga Mia sudah sedar dan dapatlah Mia melihatnya berpakaian baju Melayu
lengkap dan sudah tentu akan menggembirakan hati Mia .
Sesampai di wad, Mia tiada di
katilnya . Sham memandang sekeliling . Hanya dua orang jururawat sedang
melayani seorang pesakit di katil di sebelah hujung wad. Hati Sham berdegup
kencang dan badan Sham berpeluh tiba-tiba.
“Di mana , Mia ?, “ pertanyaan
itu hanya bergema di dalam hati Sham .
Sham segera ke arah dua orang
jururawat yang sedang bertugas.
“ Puan , di mana isteri saya
?,” tanya Sham gugup. Wajah Sham cemas . Jururawat menoleh melihat Sham sudah tercegat
di tepi mereka . Kedua-dua jururawat berpandangan sesama mereka.
(bersambung …….)
Comments
Post a Comment