Episod : Antara Dua Darjat..
Aku berhenti menjadi guru di sekolah swasta pada tahun 2005. 2 tahun sebelum itu , aku sudah 'established' dalam perniagaan tuisyen dan 2 tahun terakhir itu juga aku tidak bergantung kepada gaji kerja hakiki sebagai guru . Bermakna , aku tidak menggunakan gaji yang dibayar oleh pihak pengurusan sekolah dan atas situasi itulah juga aku yakin aku boleh berdirikari.
Langkah pertama yang mesti aku lakukan ialah 'marketing' .Pengalaman bekerja 'part time' menjual mesin fotostat sedikit sebanyak membantu aku dalam mempromosikan PUSAT TUISYEN SISWA. Aku melawat dan berjumpa Pengetua sekolah untuk mendapatkan kebenaran mengedarkan 'flyers' kepada murid-murid. Sebagai balasan kerjasama pihak sekolah, aku menyampaikan 'talk' tentang motivasi.
Semua plan berjalan lancar sehinggalah di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Klang baru timbul masalah. Aku berjumpa dengan seorang guru wanita bertudung labuh selaku Penolong Kanan Sekolah (PK). . Aku menerangkan tujuan kedatangan aku . PK bertanya serba sedikit tentang pusat tuisyen aku.
Rupa-rupanya di sebalik pertanyaan itu ada maksud tersirat.
"Cikgu tak malu ke," tanya PK tiba-tiba.
"Malu apa,Cikgu? Saya tak faham? ," tanya aku sejujurnya.
"Murid tuisyen Cikgu ramai Cina dan India. Cikgu mengajar murid bangsa asing !," kata PK memandang tepat wajahku. Aku agak malu dan terkejut dengan pertanyaan itu dan pada fikiranku soalan itu berbau mengejek.
"Saya mengajar sesiapa yang nak menuntut ilmu. Tidak kiralah bangsa apa," kataku berterus-terang. Aku juga ingin membalas pertanyaan PK sama ada dia malukah mengajar di sekolah itu yang terdiri daripada murid-murid berbilang bangsa? Pertanyaan itu aku diamkan sahaja di dalam hati.
Barang kali, PK tidak berpuas hati dengan jawapan aku. Aku tidak dibenarkan menyampaikan 'talk' dan mengedarkan 'flyers' di sekolah itu. Pada aku , PK tidak layak berdiri di situ sebagai seorang PK yang berfikiran 'rasist' lagipun PK membawa imej Islamik. Jadi, fahamlah aku bahawa gambaran luaran tidak sama dengan isi dalaman. Sehingga hari ini , aku tidak begitu taksub dengan imej luaran seseorang tidak kiralah siapa dia. Aku mempunyai pendirian dan prinsip sendiri yang aku yakin serta percaya.
Ada beberapa muridku datang dari sekolah berkenaan dan aku ada bertanya serba sedikit tentang PK di sekolah mereka. Betullah sangkaan aku sepertimana pertanyaan PK kepada aku. Peliknya , kalau PK berasa dia tidak sepatutnya mencurahkan ilmu dan menjalankan tugas di sekolah berbilang bangsa adalah lebih tepat dia patut LETAK JAWATAN !.

Comments

Popular posts from this blog