EPISOD : MARUAH
EPISOD : MARUAH
Sebagai guru disiplin, saya mempunyai akses untuk mendapat maklumat detail setiap murid di sekolah saya. Faham-fahamlah, murid yang sambung belajar di sekolah swasta datang daripada pelbagai latar. Seorang muridku beberapa kali ditangkap pengawas kerana merokok di kawasan sekolah. Beberapa kali amaran telah diberikan. Rotan sudah puas aku libas sedikitpun tidak berbaloi. Lantaran itu, aku membuat keputusan untuk melawat keluarga muridku. Setibanya aku di rumahnya, aku disambut oleh bapa muridku masuk. Bapa muridku melabuhkan punggungnya di atas sofa dan aku ? Aku turut melabuhkan punggung di atas sofa tapi bapa muridku melarang aku duduk di atas sofa sebaliknya aku disuruh duduk di atas lantai simen sambil si bapa menghisap rokok di depanku. Bapa muridku sudah tahu tujuan aku datang kerana anaknya digantung persekolahan. Katanya, aku seperti tidak faham sifat lelaki memang nakal dan tanpa rasa segan berkata dia berkongsi rokok dengan anaknya. Aku pula rasa malu . Niat hatiku untuk mengajak si bapa bersama-sama membantu menasihati dan membimbing anaknya tidak kesampaian sampai ke akhirnya. Aku pulang dengan perasaan sugul. Alangkah sayangnya, seorang anak disia-siakan sedang Allah anugerahkan anak sebagai suatu amanah. Muridku tersengih melihatku di muka pintu apabila bapanya menyuruh aku balik .Semua ini menjadikan aku seorang yang kental jiwa. Jika hari ini orang perlecehkan aku , aku hanya tersenyum kerana aku kasihan melihat 'kesesatannya' .Semoga mereka menemukan jalan pulang !

Comments
Post a Comment