Episod : KERENGGA

Kerengga atau nama saintifiknya Oecophylla smaragdina ( Fabricius,1775) berasal dari subkeluarga Formicidae. Kerengga mudah ditemui di pokok buah-buahan. Oleh sebab itu, manusia berperangai seperti kerengga kata-kata yang keluar dari mulutnya ' manis'.
Kerengga bersaiz besar daripada semut biasa dan berwarna merah tetapi manusia yang bersifat seperti kerengga bernafsu besar untuk berkuasa. Kerengga mempunyai 6 kaki bersamaan 3 pasang tetapi manusia hanya ada sepasang kaki namun langkahnya lebih pantas terutamanya berhadapan kes saman cepat cabut lari.
Kerengga suka makan larva manakala manusia kerengga suka makan rasuah.Kata manusia kerengga : seseorang itu belum dikatakan bersalah selagi belum dibuktikan bersalah di mahkamah. Contohnya , rasuah ialah sedekah! Kerja kerengga adalah menghapuskan serangga yang hendak merosakkan tanaman tetapi manusia kerengga merosakkan manusia yang lain.
Di negara kita terdapat sebuah kampung bernama Kampung Pulau Kerengga yang terletak Marang, Terengganu. Kampung Pulau Kerengga atau Pulau Kerengga antara destinasi pelancongan yang menarik di negeri ini selain Pulau Redang, Pulau Kapas dan Pulau Perhentian. Penggunaan nama kerengga bagi tujuan menunjukkan sikap pengacau sebagai kurang tepat memandangkan nama kerengga digunakan untuk menarik pelancong tempatan dan asing. Tuduhan seumpama itu sebenarnya adalah kerana kebusukan hati seseorang.
Terdapat satu daripada cara untuk menghapuskan kerengga adalah menabur garam pada sarangnya. Gigitan kerengga sangat menyakitkan jika menjadi mangsa. Manusia kerengga juga perlu diatasi segera agar tidak merosakkan masyarakat manusia lain . Ingat , kerengga menyebabkan kerosakan !

Comments

Popular posts from this blog