Episod : Sepi Seorang Perindu
Betapa sepinya hidup
Seorang Perindu..
"Mi, itukan bot yang kita lihat semalam. Mungkin baru balik dari pelayaran yang jauh. Lihat, beburung camar turut menyambut kepulangan si pelaut " .
" Ya, setiap pelayaran pasti akan kembali berlabuh . Begitu juga , pelayaran umpama perjalanan yang penuh cabaran dilambung ombak ada tikanya tenang dan ada tikanya meresahkan, " kataku sambil memandang wajahmu yang putih dan bersih. Kau hanya membalas senyumanku.
"Mi, kalaulah pelayaran itu umpama perjalanan menempuh ombak mengapa kita sanggup mengharunginya?," soalmu.
" Kerana sayang," jawabku ringkas. Kau tersenyum kembali memandangku.
" Tapi, Mi sanggupkah kalau kehilangan saya?"
" Demi sayang, Mi sanggup!"
" Apa maksud, Mi?" Wajahmu sedikit berkerut.
" Mi, sanggup berkorban jika itu membuatkan awak bahagia.
Kau memalingkan wajah jauh ke tengah laut. Bot yang tadi menghimpit pelantar jeti sudah ditambat dengan kemas supaya tidak hanyut.
" Mari saya hantar awak pulang," ujarku mesra.
" Hari sudah lewat petang. Sebentar lagi tirai malam menutup senja, " sambungku lagi.
Kami berjalan beriringan meninggalkan jeti yang semakin sunyi ditinggalkan menanti hari esok.
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu kumerinduimu..
Tiada sesiapa yang mampu menolak segala takdir-Nya. Rasa sepi sangat menyakitkan. Pelayaran hubungan kita terhenti di tengah jalan. Kau telah memilihnya daripada aku. Selama itu , aku menanggungnya sendirian dan sepi seorang perindu.
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata..
Comments
Post a Comment