Episod: Kau Datang Lagi Mengganggu Fikiranku
Sesudah Subuh tadi, aku membelek telefon bimbitku untuk melihat jadual kerja dan 'appoinment' hari ini. Hari ini 'appoinment ' dengan doktor gigi di Klinik Anika, Klang. Klinik ini sudah wujud lebih 40 tahun semasa bangunan Hospital Klang yang lama di atas bukit. Bangunan Klinik Anika ini pun merupakan bangunan lama di daerah Klang.
Sebelum sampai di klinik aku dan isteri singgah makan di sebuah restoran di hadapan Masjid Kota Raja, Kampung Jawa. Sejak semalam aku teringin makan soto. Usai sarapan, aku memandu keretaku menuju ke Klinik Anika yang tidak jauh dari Istana Alam Shah.
Isteriku kusuruh menunggu di dalam kereta dan aku terus ke tingkat 1 yang menempatkan klinik periodontik. Aku melapor diri di kaunter dan seorang jururawat bernama Norhayati. Oleh sebab sudah hampir setahun aku menerima rawatan di sini, kami sudah saling mengenali. Usai pendaftaran, seorang doktor memeriksa tekanan darahku menggunakan mesin khas. Bacaan tekanan darahku pagi ini 143/93 dan agak tinggi.
Tidak lama menunggu, namaku dipanggil oleh seorang jururawat. Aku mengikutnya ke bilik rawatan. Doktor gigi sudah menunggu aku dan aku berbaring di atas sebuah kerusi khas. Aku diminta memakai cermin mata khas bagi.mengelakkan pancaran 'spotlight' di atas kepalaku. Sebelum pemeriksaan dan rawatan , aku berkumur- kumur dengan ubat pembasmi kuman berwarna biru.
Setiap kali aku menerima rawatan gigi, hatiku akan berdebar-debar . Degupan jantung dirasakan laju. Kata orang hanya yang berani saja akan menyerah diri kepada doktor gigi. Aku membuka mulut dan doktor yang memeriksa aku meminta seorang jururawat pembantu mencatit data tentang keadaan gigiku. Selesai membuat data , doktor memulakan pemeriksaan. Masalah poket gusi yang bengkak sudah pulih. Gigi geraham bahagian bawah sudah mula rosak bermula dari akar gigi.
" Hari ini kita beri ubat pada gigi. Jadi, kita tidak 'operate' gigi ," kata doktor gigi yang fasih berbahasa Melayu. Encik Hafiz jururawat lelaki yang berada di situ tersenyum melihat aku tapi hari ini Encik Hafiz tidak bertugas di bilik rawatan itu. Ada 4 ruang bilik rawatan di tingkat atas. Aku membayangkan kesakitan yang amat apabila doktor melakukan 'injection ' pada bahagian gusi tetapi hari ini tiada 'injection' . Ah, leganya rasa hatiku.
Doktor memasukkan ubat cecair yang berasa cengkih di dalam lubang gigi geraham yang sudah digerudi pada bulan lepas. Proses rawatan ini tidak menyakitkan tetapi melenguhkan kerana aku terpaksa membuka mulut hampir 20 minit. Rawatan tersebut selesai selepas sejam. Kemudian , seorang doktor pakar berada di sisiku dan mendapat taklimat daripada doktor gigi.
Beberapa soalan diajukan terutamanya perkara berkaitan sejarah perubatan yang pernah aku terima. Aku memaklumkan doktor pakar bahawa aku pernah mengalami dua kali serangan 'mild stroke' pada tahun 2019 dan jangkitan virus Covid-19 pada tahun 2021. Aku juga pernah mengalami 'mild heart attack ' berserta Covid -19 pada awal tahun ini. Penjelasan yang aku sampaikan kepada doktor pakar tadi menyebabkan rancangan untuk melakukan 'operation' terpaksa ditunda. Lagipun, aku telah menerima emel dari hospital bahawa tarikh pemeriksaan jantungku pada 11 Oktober 2023 di Hospital Serdang .
Selepas perbincangan antara aku, doktor gigi dan doktor pakar keputusan ditetapkan bahawa operasi 'operate' akan dilakukan selepas pemeriksaan jantungku. Aku diberikan beberapa batang berus gigi khas yang mesti digunakan setiap hari untuk memastikan gigiku sihat walafiat.
Sewaktu dalam perjalanan pulang, kami singgah makan tengah hari nasi ayam di Andalas. Sepinggan nasi berkongsi dua. Sekarang aku dan isteri kurang makan nasi atau hanya makan sekali sehari. Kesihatan lebih utama ketika usia sudah memanjat '5 series' .
Comments
Post a Comment