Episod : JANGAN ADA DUSTA ANTARA KITA

Jeff (bukan nama sebenar) merupakan seorang eksekutif yang ternama di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Jeff amat disenangi boss dan rakan-rakan sepejabat. Selama lebih 15 tahun berkhidmat sudah beberapa kali Jeff menerima pelbagai anugerah daripada majikannya.
Ketampanan Jeff juga dicemburui rakan-rakan lelakinya di pejabat. Memang Jeff pandai bergaya apatah lagi rakan-rakan perempuan boleh cair melihat Jeff. Salah seorangnya Mona , gadis yang lahir dan dibesarkan dari Kuala Lumpur. Sudah tentu Mona juga seorang gadis yang pandai bergaya. Rakan-rakan perempuan lain yang cuba mendekati Jeff terpaksa memendam perasaan kerana Mona.
Jeff sebenarnya bukanlah terlalu terpesona dengan Mona tetapi sikap gedik Mona terpaksalah Jeff melayannya. Jeff dan Mona sering keluar bersama sewaktu 'lunch' dengan kereta BMW Jeff. Perasaan irihati rakan-rakan perempuan di pejabat yang sama meluap-luap.
"Dia ingat dia lawa," cebik Rina (bukan nama sebenar) .Rina juga ada menaruh hati terhadap Jeff dan sanggup melakukan pembedahan kosmetik untuk menguruskan badannya yang sebelum itu agak gempal. Namun, usahanya dilihat sia-sia kerana Mona seakan-akan mengawasi Jeff sepanjang masa.
" Kau jangan hairan sangat dengan kelakuan Maimunah tu ( nama sebenar Mona) dan Jaafar ( nama sebenar Jeff) . Jaafar tu pun melayan Mona kerana terpaksa," kata Kathy( bukan nama sebenar) kepada Rina.
"Hah, aku pun selalu tengok si Jaafar tu stres juga dengan Maimunah asyik nak berkepit," ujar Rina dengan wajah masam. Perbualan mereka terhenti tiba-tiba apabila Mona melintas di hadapan mereka.
"Mengumpatlah tu ," kata Mona dengan meninggikan suaranya dan menjeling Rina dan Kathy.
"Mana ada," kata Rina sambil Kathy mengangguk mengiyakan kata-kata Rina itu. Mona terus berlalu ke bilik Jeff.
"Hei, Mona ," kedengaran suara Jeff menyambut Mona sebelum Mona menutup pintu bilik. Rina dan Kathy sama-sama mencebek bibir.
Hari itu, boss memperkenalkan seorang staf baharu. Staf yang berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur itu juga tidak kurang kacak. Mata Mona menjeling tajam ke arah staf yang baru hendak mengambil tempat duduknya.
'Hi, I Mona ," sapa Mona menghulurkan tangan . Masing-masing berjabat tangan dan berbual mesra seketika. Mata-mata di dalam pejabat itu melihat drama Mona.
"Saya Kay ( bukan nama sebenar ) ," ujarnya memperkenalkan diri.
"Sedap nama U, Kay ," ujar Mona sambil melabuhkan punggungnya di buju meja Kay. Kay hanya tersenyum melihat gelagat Mona. Jeff keluar dari biliknya dan melintas di hadapan Mona dan Kay. Jeff tersenyum melihat Kay .
"Nanti kita 'lunch' sama ,OK?," kata Jeff kepada Kay. Kay mengangguk. Mona tertoleh melihat Jeff.
"U berdua dah saling kenal ke?," tanya Mona.
"Kay ni junior I di uni dulu," jawab Jeff. Kay hanya tersenyum mendengar jawapan Jeff. Mona juga tersenyum sama.
"Wah, sekarang dah ada tiga ' lunch partner'," balas Mona. Masing-masing terhambur ketawa. Rina menjenguk di balik 'partison' meja.
Jeff dan Kay diberikan tugas bersama oleh boss. Jadi, mereka kerap berbincang dan keluar menemui pelanggan syarikat. Enam bulan sudah berlalu, Mona berasa sedikit kecewa kerana Jeff seperti sudah mengabaikannya sejak Kay bertugas di syarikat itu.
"Kau nampak si Maimunah tu. Padan muka dia ," Rina memulakan perbualannya semasa turun makan di warung tepi jalan.
"Betul.Padan muka dia ," tambah Kathy bagai mencurahkan minyak ke api.
"Kau kata nak 'diet'," ujar Kathy apabila melihat Rina menjamah mi goreng. Rina tersipu-sipu.
"Entahlah, aku dah tak ada selera nak berdiet bagai. Si Jeff pun tak pandang aku yang sudah ramping ini, " kata Rina sambil disambut ketawa oleh Kathy.
"Makanlah puas-puas, " balas Kathy.
Selepas 'meeting' projek pembinaan kondominium dengan boss, masing-masing berbisik apabila melihat Mona bermasam muka dengan Jeff. Kay yang berdiri di sisi Jeff tersenyum kerana seakan menyedari ada sesuatu yang tidak kena.
" Tadi muka si Maimunah masam mencuka ," bisik Rina kepada Kathy. Mereka ketawa kecil tetapi menekup mulut masing-masing agar tidak didengari Mona.
"Kau orang ni tak ada kerja lain," tiba-tiba Harun muncul di belakang mereka.
"Harun , jaga sikit mulut kau tu, ye," kata Kathy. Harun dan Rina hampir ketawa sama. Harun , budak pejabat di syarikat itu sangat rapat dengan Rina dengan Kathy.
"Kalau aku adu kat Mona, nasiblah korang," ujar Harun seperti mengungut Rina dan Kathy.
"Banyak cantik muka kau, Harun. Tak padan kau ye," jawab Kathy sambil bercekak pinggang. Rina dan Harun menyambung ketawa lagi.
"Nah, ambil sikat kau. Semalam aku jumpa bawah meja. Kau ke hulu ke hilir dengan sikat," kata Kathy sambil tersenyum-senyum.
Sudah hampir setahun, Kay di pejabat itu. Banyak kejayaan dicapainya hasil kerjasama dengan Jeff. Mona mula berasa cemburu melihat keakraban Kay dan Jeff.Hal ini turut disedari Rina dan Kathy. Bukan rahsia lagi, Jeff dan Kay sering dilihat keluar bersama sewaktu 'lunch' . Tinggallah Mona di pejabat dan kadang kala menyuruh Harun membelikan nasi ayam bungkus di seberang jalan.Harun memang rajin membelikan makanan untuk rakan-rakan sepejabatnya kerana biasanya Harum mendapat upah.
Suasana suram di pejabat dapat dirasai oleh Rina dan Kathy serta Harun. Mona juga sesekali mendekati mereka dan berbual-bual sama sejak Jeff tidak lagi memberikan perhatian kepadanya. Pada suatu petang, Jeff melewati meja Rina untuk ke 'pantry' pejabat. Mata Rina mengekor langkah Jeff. Tidak lama kemudian, Kay juga memasuki 'pantry' . Rina melambai Kathy dan Harun. Mereka berjengket-jengket merapati bilik 'pantry' . Masing-masing melekapkan telinga ke dinding 'pantry'.
"I tak suka U mendekati Mona," kedengaran suara Kay agak jelas kerana tidak mengetahui Rina,Kathy dan Harun sedang mencuri dengar perbualannya dengan Jeff.
"Alah, Kay. U jangan bimbang. Kita kan sudah lama kenal," ujar Jeff. Rina dan Khaty mengintai di celah langsir yang terbuka sedikit pada dinding cermin 'pantry' .Kay memeluk pinggang Jeff.
"Jangan ada dusta antara kita," kata Kay kepada Jeff. Jeff memeluk erat pinggang Kay.
Rina dan Kathy terbeliak melihat aksi yang tidak diduga itu. Harun cepat-cepat berlari ke bilik air dan kedengaran Harun muntah di singki.
Rina dan Kathy segera beredar ke meja masing-masing dengan seribu kenusykilan dengan apa yang didengar dan dilihat mereka tadi. Akhirnya, pecah ketawa mereka dan Harun sudah kembali ke mejanya. Mona yang melihat mereka terpinga-pinga kerana tidak mengetahui hal sebenar. Rina,Kathy dan Harun masih ketawa di bawah meja.
Jeff dan Kay keluar dari 'pantry' dengan wajah yang ceria. Mona melihat Jeff dan Kay. Rina, Kathy dan Harun melihat Mona dengan wajah simpati.
"Kaulah punya pasal , Harun," kata Rina sambil disambut ketawa terkekeh-kekeh antara mereka.
"Hhmmm. Lawan pedang la nampaknya," kata Harun lalu menekup mulutnya dan berlalu pergi meninggalkan Rina dan Kathy di meja.
"Kau cakap apa ,Harun. Kau jangan lari," kata Kathy mengejar Harun .Rina ketawa berdekah-dekah.

Comments

Popular posts from this blog