Episod : Alor Setar ( Hari-hari Terakhir )
Semalam, sekembali
dari Kuala Perlis selepas bersiar-siar di Padang Besar, aku memandu kereta ke
Alor Setar. Jalan raya lengang dan pemandangan indah di sepanjang perjalanan.
Di Padang Besar , banyak kedai ditutup barang kali kesan Covid-19 yang melanda
seluruh dunia. Harga barang-barang yang dijual sama dengan harga di sini dan
kami hanya menjamu mata. Di seberang kedai Padang Besar lama terdapat sebuah
bangunan baharu “Padang” yang juga menjual barang-barang seperti di kedai-kedai
lama. Malahan, pengunjung lebih tertumpu
di sini kerana terdapat gerai makanan dan minuman serta buah-buahan. Suasana di
“Padang” baharu lebih meriah.
Dalam
perjalanan pulang, kami singgah makan pulut mangga dan mi celup. Memang terasa ‘pure’
masakan Thai kerana kedudukan Padang Besar hanya bersebelahan pintu masuk
Thailand. Selesai makan, kami bergerak ke Alor Setar sambil melayan lagu-lagu
retro yang diputarkan oleh Radio Klasik. Jadi, percutian ke Kedah/ Perlis
selama 3 hari 2 malam amat menyeronokkan. Kami banyak menikmati pelbagai jenis
makanan yang disyorkan kawan-kawan seperti laksa, dan peknga ikan termenung
yang dapat dicari di merata-rata kedai di tengah-tengah Alor Setar.
Lewat petang
itu, kami sempat singgah di Menara Alor Setar yang menjadi mercu tanda kota
yang telah berusia 250 tahun ini. Terdapat banyak berbagai-bagai tarikan
seperti kereta elektrik, kudapan dan peniaga menjual cenderamata. Kami sempat
merakam beberapa foto sebagaim kenang-kenangan semasa berkunjung ke Alor Setar.
Semalam , kami melewati Istana Anak Bukit yang indah pada waktu malam dan
kediaman rasmi Menteri Besar Kedah yang unik dengan reka bentuk tradisional.
Di kiri dan
kanan hotel penginapan kami di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontigen Kedah juga
terdapat banyak kedai makan yang dibuka dari pagi hingga malam. Hanya malam
semalam, banyak kedai yang kami kunjungi rata-rata ramai pengunjung. Kami
singgah makan ‘supper’ di sebuah Restoran Amineras selepas bulatan depan
Maybank. Ada persembahan kumpulan ‘buskers’. Setelah duduk dan menunggu agak
lama, tiada pramusaji yang datang mengambil pesanan sebaliknya mereka
mengadakan ‘family meeting’ di sudut kedai. Aku bangun semula dan bertanya sama
ada mereka hendak berniaga atau tutup kedai? Pertanyaan maut itu disambut
dengan mulut tauke restoran terlopong memandang aku. Pesanan diambil dan tidak
sampai 10 minit kami angkat kaki meninggalkan restoran itu.
Kami
berlegar-legar di sekitar Stadium Darul Aman yang terdapat pasar malam di
perkarangan stadium. Kami tidak jadi berhenti di situ kerana tujuan kami
bercuti hanyalah untuk menikmati makanan tempatan dan mengenali tempat-tempat
menarik di sini. Perbezaan antara Alor
Setar dan Kota Bharu ialah malamnya lebih hidup dan banyak kedai makan. Malam
di Kota Bharu lesu dan usang !
Comments
Post a Comment