Episod : JANTAN DURJANA

Pada mulanya aku tidak begitu menghiraukannya kerana terdapat lebih 200 permintaan untuk menjadi rakan FBku. Ada juga mereka yang pernah menendang aku keluar daripada senarai ‘friendlist’ mereka tetapi sekarang ‘merengek-rengek’ meminta aku supaya menerima mereka sebagai rakan FB. Dunia ini macam-macam ada.

Dalam kalangan mereka , ada satu nama berbaur Pantai Timur juga memohon menjadi rakan FBku. Itupun sudah lebih 2 bulan aku biarkan sahaja kerana aku agak memilih juga sesiapa yang ingin menjadi rakan FB. Ada yang bernama Melayu tetapi gambar warga Bangladesh. Ada juga bernama orang Barat tetapi wajah seperti orang Taiping. Ada juga nama manusia tetapi gambar haiwan buas. Semua pemohon aku biarkan dalam senarai menunggu.

Setelah membuat pemeriksaan ringkas dan mengenali ‘rakan’nya di dalam profile akhirnya aku ‘accept’ juga pemohon ini. Salam perkenalan dihulurkannya kepadaku melalui ‘messenger’ tetapi aku membalasnya selepas 2 minggu kemudian. Pada hantaran ‘messenger’ menunjukkan pokul 2.00 pagi. Tiada perbualan lanjut antara kami. Hanya selepas seminggu hantaran kali kedua aku terima.

“Hi, abang,” tulisnya.

“Hi,” jawabku ringkas.

“Abang buat apa?,” tanyanya lagi. Jam pada skrin telefon bimbit menunjukkan pukul 1.45 pagi.

“Baru nak tidur, “ aku membalas pertanyaannya.

“Lewatnya abang tidur,” balasnya.

“Dah biasa tidur lewat,” jawabku.

“Tak elok taw tidur lewat,” katanya lagi dan aku membacanya dengan gaya golongan ‘nyah’ berbual-bual. Itulah gaya golongan ‘nyah’ apabila bercakap suka menggunakan kata ‘taw’. Tiada sambungan perbualan itu lagi.

Selang sebulan , dia muncul semula selepas pukul 3.00 pagi. Aku tidak membalasnya serta-merta.

“Hi, abang,” tulisnya di dalam ‘messenger’.

“Hi,” balasku pendek.

“Abang ok tak?,” tanyanya.

“Ok,” jawabku ringkas

“Saya nak jumpa abang boleh?,” tanyanya dan inilah kali pertama dia menyatakan hasrat ingin berjumpa denganku. Aku pun tidak mengenalinya secara dekat hanya melalui Facebook. Jadi, pada aku tidak ‘sesuai’ memandangkan dia selalu muncul awal pagi sahaja. Bukanlah aku menuduhnya ‘hantu’ atau perkara-perkara pelik tetapi hantaran ‘message’nya pada awal pagi menjadi tanda tanya kepada aku. Aku pula kalau telefon bimbit berbunyi di tengah-tengah malam dibimbangi ada perkara penting atau ‘emergency’.

 

Lama juga aku tidak menerima ‘messenge’nya bukan kerana aku terlalu berharap tetapi aku kategorikan dia seorang yang misteri. Beberapa hari yang lalu, aku menerima hantaran ‘message’ daripadanya. Kali ini dia mula bertanya tempat tinggalku. Aku yang lurus bendul berkongsi maklumat tempat tinggalku sedangkan aku sangat berhati-hati berkaitan maklumat peribadi kecuali atas urusan perniagaan. Kalau sekadar untuk berkenalan aku kurang berminat.

 

Hantaran kali ini lebih ‘menyesakkan’ dadaku apabila dia mengajak aku berjumpa. Aku tidak berjanji sama ada aku dapat berjumpa dengannya atau sebaliknya. Namun, kata-katanya dia ingin mengurut aku menjadikan aku tertanya-tanya di dalam hati, “ Siapakah dia sebenarnya?.” Muridku bernama ‘Magesh’ pun tidak pernah menawarkan diri untuk mengurut aku apatah lagi ‘flying kiss’ hanya lirikan mata dan senyumannya masih terbayang-bayang.

“Kurang ajar punya jantan durjana, “ sumpahku di dalam hatiku.

“Abang suka berurut tak?,” dia mengulangi kata-katanya lagi.

Aku tidak membals ‘message’nya itu dan aku tidak berfikir lama. Aku terus ‘block’nya daripada menghantar ‘message’ kepadaku lagi daripada mendera emosiku bahkan aku juga telah ‘block’nya daripada senarai ‘friendlist’ ‘Facebook’ aku. Namun begitu, lelaki misteri ini masih dapat membaca kenyataan dank omen aku di dalam paparan ‘Facebook’ aku. Misteri !.

  

Comments

Popular posts from this blog