Episod : KITA KAWAN BIASA

Kisah ini sudah berlalu lama lebih 30 tahun dulu tetapi masih terngiang-ngiang suaranya yang manja dan wajahnya yang mulus. Apabila dia melihat aku sedang duduk , dia akan mendekati aku dan tersenyum.
"Hei, awak buat apa?," tanyanya lalu melabuhkan punggung di kerusi di depanku. Aku hanya tersenyum kerana aku berasa sedikit lucu dengan sikapnya.
'Awak suka saya tak?," tanyanya tanpa segan silu. Itulah yang melucukan aku.
"Kenapa?," balasku.
"Saya suka awak," katanya lagi meminta jawapan balas dariku. Aku bersikap acuh tak acuh sebabnya aku tidak berasa hal ini sangat serius. Aku menganggapnya sebagai kawan biasa tetapi dia suka mendesak aku.
"Cakaplah," ulangnya lagi.
"Cakap apa?," tanyaku dengan sengaja mahu mempermainkannya. Aku hampir ketawa melihat dia memunjungkan bibirnya yang nipis.
"Cakaplah, saya suka awak," katanya seperti mengajar aku.
"Tak naklah."
"Kenapa tak nak?"
"Tak jujur. Tak ikhlas."
"Hmm. Awak malukan?" .Dia terus mendesak aku. Aku melepaskan pandangan ke luar tingkap. Kenderaan berbondong-bondong di jalanan. Hari sudah hampir senja. Langit jinggan semakin menipis.
Keadaan ini berterusan selama beberapa ketika. Dia sering mencari peluang untuk mendekatiku. Aku pun tidak pernah cuba mengelak daripadanya. Bukan kerana aku sayang atau cinta kepadanya tetapi aku berasa dia memerlukan rakan untuk mendengar luahan perasaannya.
"Awak saja kawan saya," katanya memulakan perbualan sambil tersenyum.
"Awak tak suka saya, ya?"
"Suka," jawabku dengan nada panjang. Dia tersenyum mendengar kata-kataku.
"Baru sekarang awak mengaku suka saya."
"Eh, saya suka saja tau bukan sayang," kataku sambil ketawa.
"Awakkan suka sakitkan hati saya," dia mencebekkan bibirnya. Tapi, riak wajahnya menunjukkan dia berasa sangat gembira mendengar kata-kataku. Dia sangat jujur dan tidak pandai berpura-pura. Tidak seperti rakan-rakan perempuan yang lain terlalu memilih yang 'perfect' . Aku bukanlah seorang yang pandai bergaya seperti rakan-rakan yang lai. Mereka mempunyai abang dan kakak yang bekerja dan mempu membelikan pakaian dan kasut yang bergaya. Tapi, aku anak lelaki sulung dan belum mempunyai pendapatan sendiri untuk bergaya seperti mereka. Aku tidak mahu meminta-minta daripada ibu bapaku kerana aku sedar wang lebih penting untuk tujuan yang berfaedah. Namun , aku memendam keinginan untuk bergaya jika aku sudah mempunyai wang sendiri suata masa nanti.
"Awak suka sakitkan hati saya," ujarnya seraya melemparkan pandangan jauh dan kosong. Kadang-kadang aku berasa simpati juga kepadanya bukan aku hendak menyakiti hatinya. Aku tahu dia ikhlas untuk berkawan denganku. Tapi, aku belum bersedia ke arah itu. Aku mahu menikmati usia remajaku dengan melakukan perkara yang aku suka , iaitu menulis.
"Kalau saya kata kit berkawan saja," kataku mahu mengujinya. Dia hanya diam membisu dan memandang lantai. Suasana hening seketika. Aku membiarkan dia memikirkan kata-kataku tadi.
"Ya, saya tahu saya bukan jenis perempuan yang menjadi pilihan awak," kata-katanya itu menyebabkan aku tersentak dan rasa bersalah. Aku telah memadamkan harapannya untuk mengikat hati kami berdua. Wajahnya berubah muram. Aku ingin meminta maaf kepadanya tetapi keputusan itu akan menjerat aku nanti.
Namun, tanpa kusangka bahawa pertemuan itu yang terakhir aku dengannya. Dia membawa hatinya yang kecewa jauh ke daerah lain. Tiada sesiapa pun mengetahui hal dirinya. Aku pula berasa kesal kerana menghampakan harapannya. Sejak itu, aku tidak pernah terserempak dengannya di mana-mana. Mungkihkah dia sudah berkeluarga kini dan mempunyai cahaya mat . Harapanku hanyalah ingin meminta maaf kepadanya kerana melukakan perasaannya tetapi aku tetap dengan pendirianku bahawa kita kawan biasa.

Comments