Tahun 2004 aku diterima melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) setelah 18 tahun menanti peluang keemasan ini kerana faktor kewangan ibu bapa dan pengkhianatan halus sehingga aku gagal menghadiri temuduga ITM (1986).

Sepanjang proses Pengajian Jarak Jauh itu pelbagai onak dan duri kuhadapi. Aku membiayai sendiri kos pengajianku yang mencecah hampir RM26K dengan menggunakan wang gajiku dan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP). Pada masa yang sama, anak-anakku masih bersekolah dan setiap kali aku ke UPM pada Sabtu dan Ahad atau ke Pusat Pembelajaran di Kampus UiTM Seksyen 17 mereka sangat teruja menghantar ayah mereka ke 'sekolah'.
Sepanjang masa aku memberikan motivasi kepada anak-anakku agar terus belajar dengan rajin supaya dapat melanjutkan pengajian ke universiti. Aku menjadikan diriku sebagai contoh kepada mereka. Aku terpaksa membahagikan masa antara belajar ,kerja dan keluarga.
Aku jarang-jarang menghadiri majlis keluarga seperti kenduri ,majlis perkahwinan atau perjumpaan. Isteriku menjadi wakil aku hingga ada yang sanggup melemparkan kata-kata pedas," Mana suami dia macam tak ada suami." Kata-kata itu ditelan isteriku bulat-bulat.
Akhirnya, aku berjaya juga menamatkan.pengajian selama 4 tahun dalam jurusan Degree Bahasa Melayu dan Linguistik dan konvokesyen berlangsung pada tahun 2008 penuh kemeriahan dan warna-warni. Setelah itu , seorang demi seorang anakku melanjutkan pengajian ke universiti. Anak sulung ke UIAM dalam jurusan Degree Perakaunan , anak kedua di UMS (Sabah) dalam jurusan Degree Sains Enviroment, anak ketiga di Kolej Politeknik MARA dalam jurusan Diploma Perakaunan dan anak keempat di UTeM ,Melaka dalam jurusan Degree Enginering Automotive dan anak kelima masih menuntut di kolej.
Bersyukur aku kepada Allah swt kerana memberikan kekuatan dan semangat jitu.menempuh kehidupan ini .Meskipun ada yang mengatakan isteriku 'tidak pandai' sebagai bahasa sopannya namun bagi aku dan anak-anak bahawa isterikulah 'Professor' dalam keluarga.

Comments

Popular posts from this blog