Episod 125 : Kena Scam

 

Cerita orang kena ‘scam’ dan menanggung kerugian beratus-ratus dan berjuta-juta ringgit membuatkan kita sentiasa berhati-hati agar tidak terkena ‘scam’.. Dalam berhati-hati itu juga aku hampir terkena ‘scam’ apabila aku menerima panggilan telefon daripada nombor yang tiada dalam ‘list’ telefon bimbitku .

“Asalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Encik Che Azmi Bin Che Wil.”

Kedengaran suara seorang perempuan muda.

“Walaikumsalam, “ aku menjawab panggilan itu.

“Saya Aina Bt Ahmad dari HQ Etiqa Takaful Kuala Lumpur. Begini encik, tuntutan insurans kemalangan encik sudah diluluskan sebanyak RM76,800.00. Wang tuntutan itu sudah dimasukkan ke dalam akaun Maybank encik.”

“Tuntutan berkaitan apa?,” tanyaku agak ragu-ragu.

“Tuntutan kemalangan encik pada bulan Julai 2021,” terang si pemanggil.

Aku terdiam kerana aku sendiri tiada membeli polisi insurans dengan Etiqa Takaful dan aku juga tiada akaun Maybank seperti yang diberitahu.

“Tapi saya tiada terlibat kemalangan jalan raya pada tahun ini. Lagipun, saya tiada akaun Maybank,” kataku lurus. Sebenarnya , saat itu aku sudah mengesyaki panggilan ini adalah panggilan ‘scammer’. Tapi, aku terus melayan si pemanggil.

“Boleh saya tahu nombor polisi saya ?,” tanyaku lagi.

“Nombor polisi encik : PAT 5300878.”

“Apa nombor akaun Maybank saya?,” tanyaku .

“Nombor akhir 4 digit Maybank encik ..4787 .” jawab si pemanggil.

 

Dalam hatiku berkata, sangat yakin si pemanggil menyebut nombor-nombor berkenaan.

“Begini encik, kalau encik rasa ragu-ragu saya akan minta Bahagian Telekomunikasi kami menghubungi encik. Tapi, encik perlu membuat ‘report’ di Balai Polis Pudu terlebih dahulu. Kalau encik pergi ke sana nanti saya akan menunggu encik di balai polis untuk membantu encik,” katanya dengan bersungguh-sungguh. Aku melayan saja dan isteriku yang duduk di sebelah hanya tersenyum apabila aku mencapai sehelai kertas dan aku menulis menulis ‘TIPU’.

 

“Saya tak dapat ke sana hari ini kerana saya sedang sibuk,” kataku.

“Tak pa , encik. Saya akan sambungkan encik kepada Balai Polis Pudu untuk bercakap dengan pegawai di sana,” kata si pemanggil.

“Ok,” aku menjawab ringkas.

 

Kringg..hanya sekali deringan.

“Hello,” kedengaran suara lelaki yang garau dan garang.

“Boleh saya tahu siapa yang bercakap?,” tanyaku dengan suara hampir sama, garau dan garang.

“Sarjan Osman.” Jawabnya dengan suara ditekan agar nampak lebih garang.

“Sorrylah , saya sibuk tak ada masa,” kataku lalu menekan punat mati pada telefon bimbitku.

Spontan, satu panggilan baharu masuk dan nombor baharu. Kedengaran suara Aina Bt Ahmad tadi.

“Hello encik .Kenapa encik letak telefon?,” tanyanya dengan suara memujuk.

“Sorry la. Saya tak ada masa. Saya sibuk .”

“Encik tinggal di mana ?”

“Klang.”

“Klang,” ujar si pemanggil seperti kehairanan.

“Ok,” kataku.

“Nanti saya akan call encik lagi.”

 

Perbualan terhenti setakat itu sahaja. Aku terus menghubungi jiranku seorang Pegawai Kanan PDRM di Bukit Aman dan dia memberitahu aku tentang panggilan ‘scammer’ itu. Jiranku menyuruh aku mengabaikannya kerana dia sendiri pernah dihubungi ‘scammer’ dan melayannya sehingga ‘scammer’ itu berasa ‘give up’.

 

Peringatan kepada diriku dan semua, kita hendaklah sentiasa berhati-hati juga tidak tamak dan aku juga hampir percaya apabila mendengar wang tuntutan RM76.800.00 sudah DILULUSKAN! KAYA KAYA …

 

Comments

Popular posts from this blog