Episod 122 : Cameron Menangis

Sebenarnya tanpa ribut tanpa petir tiba-tiba terriiingiiin (ikut gaya iklan Al-Khaulah)nak ke Cameron Highland. Lebih-lebih lagi anak bujangku ada di rumah dan bolehlah menjadi 'driver'. Kami mengemas pakaian satu beg dan bergerak pada jam 12.30 tengah hari dari Klang dan berhenti solat di R&R jam 2.00 petang.
Usai solat, kami meneruskan perjalanan menuju ke Cameron Highland melalui Tapah . Cuaca mendung dan hujan renyai-renyai di sesetengah tempat. Kami mengekori sebuah kereta 4X4 yang bergerak seperti siput mendaki jalan berbengkang-bengkok. 'Line' telefon pun semput-semput sepanjang jalan. Aku menghantar whatsapp kepada anakku di Shah Alam supaya menempah bilik hotel. Tanpa banyak tanya sebuah bilik di Hotel Rainbow yang terletak di tengah-tengah pekan kecil Brinchang bersebelahan Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highland siap 'dibooking' dan dibayar.
Di pertengahan jalan sebelum Ringlet, kami mengekori sebuah bas ekspres dan kereta-kereta bersusun di belakang. Setibanya di Brinchang jam menunjukkan pukul 4.30 petang diiringi hujan yang turun selebat-lebatnya. Suhu dingin membungkus tubuh. Setelah 'check-in' bilik 205, kami meletak beg pakaian dan keluar semula mencari kedai makan. Kami singgah makan di sebuah ' foodcourt' di seberang Stesen Minyak Shell . Nasi goreng ikan masin, kue teaw dan mi hoon sup serta segelas air limau berharga RM24.00.
Selepas makan, kami berjalan kaki pulang ke hotel untuk berehat. Hujan masih turun lebat. Kami berehat di hotel menunggu waktu Maghrib dan selepas itu aku hendak meronda-ronda mencari port ''steamboat' .."yummy"..

Comments

Popular posts from this blog