EPISOD : POLIGAMI


Kisah tahun 2005 , tahun kedua di UPM. Jam 8.00 pagi prof.dah tercegat depan dewan kuliah dan mengagihkan kertas tugasan masing-masing. Kena pada aku nombor metrik J29617 'Enakmen Undang-undang Nikah Cerai dan Poligami Negeri Selangor" .Tepuk dahi aku."Kenapalah tajuk assignment ni aku dapat," keluh aku sendirian. Assignment mesti dihantar kepada prof.sebelum exam sem.

Keesokan pagi, aku memandu ke Pejabat Agama Daerah Klang yang terletak sebelah pejabat ibusawat Telekom. Di seberang jalannya atas bukit tersergam Mahkamah Klang . Setelah memparkir kereta Toyota Unser 1.8GLX warna coklat gelap di tempat parkir, aku melangkah ke pintu pejabat .
Ini kali kedua aku ke situ. Kali pertama , aku mengambil borang untuk bernikah tahun 1989. Semasa itu , Ustaz Tuan Haji Asmunghi , Kadi Daerah Klang.Aku memohon borang nikah di kaunter tingkat atas yang berlantaikan kayu. Jadi, bunyi tapak kasut berdekuk-dekak apabila berjalan di lantai kayu.
"Cik, saya nak minta borang nikah," pintaku kepada seorang kerani bertugas. Wajah kerani tersenyum-senyum mengambil borang di dalam tray di tepi mejanya.
"Siapa yang nak kahwin?" tanya kerani itu lagi.
"Sayalah ," jawabku spontan. Sekali lagi kerani perempuan itu tersenyum-senyum. Aku pun jadi pelik melihat gelagat kerani itu.
"Encik isi borang ini dengan lengkap kemudian hantar ke sini untuk temuduga," beritahu kerani itu
Aku pun memasukkan borang nikah itu ke dalam beg.
Sebaik sahaja aku menoleh .
"Anta buat apa sini," tanya Ustaz Sulaiman.
"Ambil borang nikah ,ustaz."
"Bila nak nikah ?"
"Bulan Julai ,Ustaz"
"Mari ikut saya masuk office". Aku menurut langkah Ustaz ke officenya yang bersebelahan dengan kaunter pertanyaan.
"Ada temuduga lepas isi borang nikah. Tapi , dah ada sini Ana saja yang interview Anta," kata Ustaz Sulaiman tersenyum. Sebenarnya, aku dan Ustaz sudah kenal sebelum ini kerana kami sama-sama pelanggan Bank Islam cawangan Klang. Oleh sebab servis di kaunter bank macam siput , kadang-kadang Ustaz meminta aku menolong memasukkan wangnya ke dalam akaun. Begitulah sebaliknya kalau Ustaz sampai dulu di bank, aku meminta Ustaz menolong aku memasukkan wang ke dalam akaun. Akhirnya, kami menjadi kawan. Semasa itu, belum ada mesin CDM seperti hari ini.
"Ana tak payah tanya macam-macam kerana Anta tak ada masalah ," kata Ustaz sambil mencatit sesuatu di dalam borang nikah. Aku disuruh membaca Syahadah, Surah Fatehah , Al-Ikhlas, Doa Qunut dan rukun nikah . Kebetulan , aku sudah menghafal rukun nikah jadi tiada masalah aku menjawabnya. Ustaz senyum saja apabila aku laju menjawab.
"Jom, ikut saya jumpa kadi," kata Ustaz. Kami beredar dari office ke office Tuan Kadi . Setelah pintu diketuk dan memberikan salam kami masuk ke bilik Tuan Kadi.
"Ustaz , ini saudara saya nak sign borang nikah," kata Ustaz Sulaiman merujuk aku kepada Tuan Kadi.
"Anta bukan ke dari Surau Flat LPK?," tanya Ustaz Asmughi.
"Betullah , Ustaz," jawabku . Wajah Usraz tersenyum mesra. Aku dan beberapa orang kawan sebaya menjadi penanggah di surau setiap kali program kuliah. Tugas kami ialah melayan penceramah dan tetamu surau makan dan minum seusai kuliah.
"Saya keluar dulu,Ustaz," kata Ustaz Sulaiman dan bersalaman dengan Ustaz Asmughi dan aku.
"Terima kasih, Ustaz," kataku kepada Ustaz Sulaiman.
"Tahniah. Nanti jemput tau," kata Ustaz Sulaiman lalu keluar dari bilik.
Pertemuan aku dengan Ustaz Asmughi tidak lama dan Ustaz mencatit sesuatu di dalam borang dan cop mohor Kadi Klang.
"Bakal orang rumah orang mana?" tanya Ustaz Asmughi.
"Orang Meru, Ustaz."
"Saya ramai kawan orang sana banyak orang Jawa," kata Ustaz.
"Ye, ustaz. Bakal isteri orang Jawa."
""Anaknye sopo?," tanya Ustaz dalam dialek Jawa.
"Anak Haji Solahudin,Ustaz," kataku.
"Ooo..itu saya kenal. Wak Haji Mero. Orang hebat tu.Pendekar Mero. Orang kaya Mero" kata Ustaz. Aku hanya tersenyum mendengar kata Tuan Kadi.
"Adiknya Haji Hambali ,Imam Masjid Al Sharif Mero," kata Ustaz lagi.
"Betul, Ustaz." Aku hanya tersenyum dan mengangguk.
"Alhamdulillah,selesai." Ustaz menyerahkan borang nikahku semula dan memberikan sedikit nasihat tentang hal berkaitan rumah tangga. Nasihat Tuan Kadi kupegang hingga sekarang .
"Sabar nombor satu!" . Aku meninggalkan bilikTuan Kadi dengan perasaan syukur kepada Ilahi dan gembira kerana segala urusan dipermudahkan. Asalnya hendak mengambil borang nikah sahaja tetapi semuanya selesai pada masa yang sama.
Aku melangkah tangga pejabat. Di luar koridor , beberapa orang pasangan suami isteri sedang menunggu giliran. Ada yang berbual-bual dan ada yang sedang menangis . "Inilah sandiawara dunia"( Kata Seniman P. Ramlee). Aku mengetuk pintu lalu memberikan salam.
"Encik, boleh saya bantu?" tanya seorang pegawai lelaki bersongkok. Tubuh kurus dan kulit agak gelap.
"Saya nak minta borang nikah dan borang poligami ," kataku spontan. Beberapa pasang mata kerani perempuan yang sedang duduk di meja sebelah memandangku dan tersenyum.
Barang kali mereka pasang telinga mendengar peebualan kami.
"Eh, mana satu ni. Nikah ke poligami,?" tanya pegawai itu semula.
"Dua dua," jawabku.
"Encik kena jumpa Ustaz dulu di dalam," katanya.
Aku masuk ke dalam pejabat setelah pintu dibukakan.
Aku dibawa berjumpa derngan seorang pegawai di dalam sebuah bilik.
"Asalamuailaikum,Ustaz,"aku memberikan salam.
"Wailaikumsalam.Apa saya boleh bantu,Tuan?," tanya pegawai itu dengan mesra.
"Sebenarnya begini ,Ustaz." Aku mengeluarkan sepucuk surat dan kad metrikku. Ustaz membacanya dan melihat kad metrikku.
"Oh, faham," kata Ustaz sambil tersenyum.
Ustaz mengarahkan seorang kerani untuk mengambilkan borang yang kuminta. Sejurus kemudian pegawai lelaki yang menyambutku di meja kaunter menyerahkan borang nikah dan poligami. Wajahnya serius. Aku diam sahaja.
Ustaz membuka laci mejanya dan memberikan aku sebuah buku berkaitan undang-undang keluarga Islam .
"Tuan boleh pinjam buku ini untuk rujukan," kata Ustaz. Setelah itu , aku meninggalkan Pejabat Agama Daerah Klang menuju ke rumah. Aku sudah membuat rancangan khas untuk isteriku apabila sampai di rumah nanti.

Setiba di rumah , seperti biasa makanan dan minuman sudah terhidang di atas meja. Seperti biasa juga , aku dan isteri berbual-bual semasa makan sambil aku memuji kepandaiannya memasak. Kata cerdik pandai , petua memikat hati suami pikatlah perutnya!
Selesai makan , pinggan dan gelas dibasuh dan diletakkan di atas rak tepi singki. Kemudian, aku naik ke atas untuk membersihkan diri. Borang nikah dan borang poligami aku letakkan di atas meja 'master bedroom'. Memang aku sengajakan !
Aku keluar semula petang itu untuk mengajar dan akan balik ke rumah selepas 11 malam..Sejak berkahwin isteriku sudah dapat menyesuaikan diri dengan rutin harianku. Perkara ini penting supaya masing-masing saling mempercayai. Walaupun , ada kawanku yang mengajar aku 'tektik' balik lewat namun pada aku keselesaan adalah di rumah.
Selesai makan lewat malam , aku ke atas untuk membersihkan diri dan solat. Borang nikah dan poligami masih terletak di atas meja dengan malas. Isteriku telah pun tidur atau pura-pura tidur aku pun kurang pasti. Aku terus baring dan menarik gebar . Tunggulah reaksi esok. Badan aku terlalu letih kerana sepanjang hari sibuk ke Pejabat Agama kemudian mengajar .
Pagi-pagi, sudah tersedia sarapan 'favorite' aku mi hoon goreng dan teh o. Hanya ada dua orang yang pandai memasak mi hoon goreng , ibuku dan isteriku. Tiada perbualan seperti kebiasaannya. Suasana di meja makan dipeluk sepi . Di dalam hati, aku ketawa terbahak-bahak tetapi kusimpan ketawa itu dalam-dalam. Aku buat-buat serius . Aku mencapai beg sandang dan tali leher di atas kerusi. Isteriku di dapur mencuci dan mengemas pinggan mangkuk serta cawan.
Dalam perjalanan ke sekolah , otakku ligat berfikir mencari idea cara untuk membuka mulut isteriku. Setidak-tidaknya , dia akan bertanya tentang surat itu. Atau , dia akan mengkeronyok aku malam nanti. Atau, tiada makanan dan minuman di atas meja menanti kepulanganku dari tempat kerja . Bermacam-macam andaian berlegar di benak fikirku.
Aku sampai di rumah seperti biasa, hampir 11 malam. Di atas meja di bawah tudung saji , makanan dan minuman telah tersedia. Aku menikmati makan lewat malam sambil menonton televisyen. Selepas makan , aku membaca surat khabar dan kemudian melayan rancangan televisyen . Kira-kira jam 1 pagi, aku naik ke atas.
Borang nikah dan poligami kupandang kosong tidak terusik. Isteriku sudah lama dibuai mimpi. Aku segera mandi dan selesai solat Isyak , aku menyemak jadual harian esok hari. Aku merebahkan badanku yang letih .
Tiba-tiba, aku berasa leherku seperti dicekik dengan kuat. Aku meronta-ronta untuk melepaskan diri . Lagi kuat aku meronta-ronta lagi kuat cekikan pada leherku. Aku cuba menjerit sekuat - kuat hati tapi jeritanku tersekat di kerongkong. Seluruh badanku berpeluh.
"Bang, bang , bang." Aku membuka mata. Isteriku di samping aku .
"Kenapa ni, macam kena kejar hantu?," kata isteriku.
"Mengigaulah," kataku perlahan dan badanku berpeluh di bilik berhawa dingin.
"Ada hati nak kawin lagi. Dengan hantu pun takut ," kata isteriku seperti menerajang tubuhku hingga terjatuh dari katil.
"Tak adalah , itu borang assigment je," kataku berterus terang . Dalam samar-samar lampu di tepi jalan yang menerobos langsir bilik isteriku menunjukkan penumbuknya yang tak sebesar mana. Isteriku mencekik leher aku dan aku hanya ketawa berguling-guling cuba melepaskan diri . Kami ketawa terkekeh-kekeh .
Keesokan pagi , sarapan pagi telah terhidang di atas meja. Selesai makan aku sudah bersiap-siap hendak ke tempat kerja. Isteriku baru keluar dari bilik dan rambutnya masih berbungkus dengan tuala...


Comments