EPISOD : CABAR 

Semasa puteri sulungku Tahun 6 sebuah sekolah rendah di Andalas, seorang guru matematik telah memarahinya kerana puteriku tidak menyertai kelas tuisyen yang diadakan di rumahnya. Sesampai di rumah , air matanya tumpah semahu-mahunya. Lantas, aku bertanya ,"Mengapa?"..

"Cikgu kata kakak bodoh dan takkan lulus matematik UPSR"..Mengucap panjang aku.
"Tak pe , Kak. Buktikan kakak boleh dapat A Matematik !," kataku memberikan semangat. Isteriku mencadangkan aku membuat aduan kepada Guru Besar, aku jawab ," Jangan buang masa".
Alhamdulillah puteriku mendapat 4A 1B ( Sains) dalam peperiksaan UPSR. Aku sempat melihat air muka guru matematiknya yang duduk di pentas semasa pengumuman UPSR. Masam dan merengus. Alhamdulillah, kecemerlangan puteriku dalam Matematik dibuktikan lagi dengan pencapaian cemerlang 9A dalam PMR di SMAT Hishamudin. Puteriku ditawarkan menyambung pelajaran di SBP Gombak di Tingkatan 4&5 . Keputusan SPM yang cemerlang melayakkannya melanjutkan pelajaran ke UIAM Gombak dalam jurusan Akaun dan Ekonomi.

Semasa di UIAM, puteriku aktif dalam Kelab Matematik dan beberapa kali menjadi presenter Math di sekolah-sekolah. UIAM telah menghantarnya ke China untuk satu persidangan berkaitan matematik dan ekonomi antara universiti-universiti antarabangsa.

Alhamdulillah, kini puteriku telah menjadi seorang akauntan .Setelah berpindah randah dari Petronas KLCC ke Sunway dan kini bertugas di sebuah universiti bertaraf internasional . Puteriku juga merangkap sebagai pengawas akaun familiku dan PUSAT TUISYEN SISWA.

Ayahnya je tak pandai matematik





Comments