Episod: Hanya Seorang Kawan
1984 tahun paling mendukacitakan aku kerana aku hanya layak mendapat keputusan SAP dalam peperiksaan SPM. Keputusan yang mengecewakan ibu bapa aku. Namun, aku bukan seorang yang cepat mengalah walau apapun cabaran yang mendatang. Setelah aku berjaya meyakinkan ibu bapaku akhirnya aku diberi peluang kedua untuk menyambung pelajaran di Tingkatan 6 . Pengajian STPM selama 2 tahun dari tahun 1985 hingga 1986.
Aku mendaftarkan nama di sebuah sekolah swasta yang terkenal di bandar Klang . Yuran bulanan sebanyak RM60.00 ditanggung oleh bapaku walaupun di bawah aku ada 3 ora g lagi adik-beradik yang bersekolah . Hari pertama di sekolah itu seperti rakan-rakan baharu yang lain memang berasa agak janggal. Sejak Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 , aku bersekolah di Sekolah Dato Hamzah ( SDH), Pelabuhan Klang. Sebuah sekolah yang dikhaskan kepada pelajar lelaki sahaja tetapi di sekolah baharu aku pula pelajar-pelajar bercampur lelaki dan perempuan .
Aku telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengawas tetapi entah mengapa berlaku krisis dalaman menyebabkan pihak sekolah melucutkan jawatan Ketua Pengawas. Aku dilantik sebagai Ketua Pengawas yang baharu manakala dia dilantik sebagai Timbalan aku ( isteriku ) . Sebagai Ketua Pengawas tanggungjawab besar diamanahkan di atas bahuku namun kerjasama erat antara kami menjadikan tugasan lebih mudah dan teratur.
Aku tiada menyimpan apa-apa perasaan terhadapnya kerana ketika itu aku sedang 'berteman' dengan seseorang . Jadi, tugasan dijalankan secara profesional tanpa emosi atau rasa 'jatuh cinta'. Pakaian rasmi seirang pengawas berwarna hijau pucuk pisang dan berseluar putih serta berkasut hitam manakala pengawas perempuan berbaju kurung warna pucuk pisang dan berkain hijau gelap. Hubungan kami hanyalah sebagai kawan biasa sehingga kami menamatkan pengajian menduduki peperiksaan STPM (1986).
Selepas peperiksaan tamat , salah seorang rakan kumpulan kami mencadangkan kami berjalan-jalan sambil bercuti ke kampung seorang guru kami di Perlis, Indera Kayangan. Pemergian kami ke sana telah mendapat keizinan daripada ibu bapa masing-masing . Lalu, kami dan beberapa orang rakan lain bertolak ke Perlis. Gembira kerana pertama kali dapat berjalan jauh dan seronok kerana rakan-rakan rapat ikut serta.
Sepanjang perjalanan ke Perlis, kami singgah di beberapa buah tempat untuk menjamu selera dan berehat sebentar. Keadaan van Nisan Vanete yang sempit dan terpaksa berhimpit-himpit seperti tin sardin menambahkan kegembiraan. Aku dan dia hanyalah kawan biasa walaupun nampak kemesraannya kerana aku seorang lelaki yang berpegang teguh pada kesetiaan pada yang satu. Namun , di sebalik tawa riang ada hati yang sedang menanggung kepedihan . Tanpa kusedari kawan yang kuanggap teman istimewa yang juga ikut serta dalam rombongan itu sedang menahan rasa. Aku tersepit antara seorang kawan biasa dan seorang teman istimewa di hati. Apakah salah dan dosaku ???...
Comments
Post a Comment