Episod : HALIM

Dari jauh kulihat Halim sudah tercegat menunggu aku. Sudah menjadi kebiasaannya, membantu aku membawa beg sekolahku ke bilik guru.
" Asalamualaikum,Cikgu!," sapa Halim tersengih-sengih.
" Wailaikumsalam. Macam ada buat salah je," jawabku sambil berteka-teki. Halim terus mencapai beg sekolahku yang seperti beg Doktor Ismadi dalam filem ' Ibu Mertuaku' .
Kami sama-sama menaiki tangga bangunan sekolah .
" Cikgu, saya lupa nak buat latihan Cikgu semalam," beritahu Halim tanpa menoleh wajahku.
" Dah agak dah. Memang saya dah agak"
" Tapi, Cikgu jangan marah. Saya janji esok saya hantar latihan ," sambung Halim.
" Janji esok tau. Jangan asyik berjanji"
" Saya janji ,Cikgu ".
Halim meletakkan beg aku di atas meja.
Halim murid Tingkatan 3 yang akan menduduki Sijil Rendah Pelajaran ( SRP). Tubuhnya gempal dan kulitnya agak gelap. Rambutnya saling tak tumpah seperti pelakon filem ' Hulk' manusia yang bertukar menjadi raksasa hijau. Walaupun Halim ada masalah pembelajaran tapi dia sentiasa ceria baik dengan guru-guru mahupun kawan-kawannya di sekolah.
" Asalamualaikum, Cikgu," ucap Ketua Kelas apabila aku melangkah masuk bilik darjah.
" Wailaikumsalam, semua. Duduk."
Wajah murid-muridku lihat satu persatu. Halim menunjukkan kepala hampir menyorok di bawah meja.
" Sharifah, awak kumpul semua buku latihan. Letakkan di atas meja saya"
" Baik, Cikgu ", jawab Sharifah sambil tersenyum .
" Cantik juga budak ini," bisik hati kecilku.
" Kenapa Cikgu senyum-senyum,?," tanya Wi spontan apabila melihat aku tersengih-sengih sendirian
" Eh, awak ni sibuklah".
" Cikgu. Jangan macam-macam ," ujar Wi sambil diikuti ketawa beberapa orang murid lain. Walaupun aku seorang guru disiplin tetapi aku tidaklah sepanjang masa garang . Apabila ada masalah disiplin aku akan bersikap tegas tiada kompromi.
" Cikgu, Halim tak bawa buku," beritahu Sharifah sambil melerek matanya kepada aku.
" Saya tahu . Semalam beg sekolah dia terkena hujan ," kataku sambil memandang Halim. Halim sejak tadi berwajah cemas tersenyum sampai telinga apabila aku 'melepaskannya' hari itu .
Selepas loceng akhir berbunyi , semua murid bersegera menyimpan buku dan alat tulis. Halim ke depan meja aku menolong aku mengemas buku-buku di atas meja.
" Esok hantar buku," kataku seperti berbisik. Halim mengangguk-angguk. Halim membawa beg aku ke bilik guru kerana aku akan mula mengajar tuisyen pada pukul 2.00 petang nanti.
Kenangan sewaktu alam sekolah amat mengesankan jiwaku. Sudah berpuluh-puluh tahun aku meninggalkan alam sekolah selepas aku memilih untuk berhenti mengajar pada tahun 2005 dan menjalankan perniagaan pusat tuisyen sendiri.
Suatu petang , aku terserempak dengan Jamal bekas muridku sekitar tahun 90-an.
" Asalamualaikum,Cikgu. Lama tak jumpa ,Cikgu," sapa Jamal sambil bersalam dan memeluk aku.
" Eh, Jamal. Tak perasan saya tadi" .
" Cikgu apa Khabar?"
"Alhamdulillah, baik."
" Cikgu masih mengajar lagi?," tanya Jamal.
" Masih. Tapi sekarang saya mengajar di pusat tuisyen saya sendiri," jawabku .
" Baguslah ,Cikgu. Jadi 'boss' sendiri," sambung Jamal tersenyum.
" Saya ni, Mal. Dah lama tak jumpa si Halim. Kawan sekelas awak," spontan aku teringat akan Halim . Jamal tidak berkata apa-apa.
" Sejak habis SRP dulu tak pernah jumpa Halim. Katanya kerja ' office boy' kalau tak silap saya".
" Halim yang badan besar tu?," tanya Jamal.
" Ye la. Halim mana lagi kat sekolah tu. Selalu tolong angkat beg sekolah saya dari bawah naik bilik guru." Jamal tidak mencelah.
" Kalau Mal ada nombor Halim boleh saya telefon dia bertanya khabar."
" Tapi,Cikgu. Halim dah tak ada."
" Tak ada?".
" Halim meninggal lama dah. ' Accident ' jalan raya ," beritahu Jamal nada suaranya mengandung kesedihan.
" Allah. Allah. Allah."
" Masa dia meninggal tu dia bujang lagi, Cikgu" sambung Jamal.
" Innalillahiwainailahirojiun."
Mataku berkaca dan wajah Halim tiba-tiba muncul di ruang mataku sambil tersenyum.
" Semoga awak ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,Halim. Amin ya rabbal alamin," doaku jauh di sudut hati.
Pertemuan aku dengan Jamal berakhir di situ namun kami tetap berhubung sehingga sekarang .

Comments

Popular posts from this blog