Episod : MENGENANG SEORANG TEMAN


Andai kutahu begini pengakhirannya pastiku berundur lebih dahulu. Perkenalan singkat ini tidak menjanjikan apa-apa yang istimewa . Namun , secebis rasa mulai berbunga . Dan, kau turut merasainya. Begitulah permulaan yang manis.

Hari demi hari masa terus berlalu dan kita semakin saling memahami. Lebih banyak masa yang terluang kita bersama-sama menyusuri hari. Kemesraan yang terjalin bukanlah diminta-minta tetapi hadir dengan sendiri. Betapa aku yang selama ini menganggap sepi itu bahagia tetapi kehadiranmu lebih membahagiakan.

Setiap detik dirasai amat berharga pabila kita berdua. Kadang-kadang kita berkongsi kisah luka yang muram dan kejam. Senja tidak selamanya rembang . Apabila teman yang kuanggap setia pergi tanpa berita. Tinggallah aku dengan pertanyaan dan persoalan yang tak pernah terjawab. Kadang-kadang aku terfikir akan salahku hingga kau menyepikan diri.

Akhirnya kuterima sebuah jawapan . Sepuluh jari kau susun memohon kemaafan dan sekeping kad undangan kau layangkan kepadaku. Benarlah kata teman-teman bahawa kau sebenarnya sudah mempunyai teman istimewa tatkala aku ternanti-nantikanmu.

Memori antara kita tak pernah terpadam dan selamanya tak akan terpadam. Kusimpannya kemas jauh di sudut hatiku yang paling dalam. Kutatap gambarmu berulang kali dan setelah kau bergelar permaisuri kepada sultan yang bertakhta di hatimu aku sudah berjanji untuk melupakan. Dulu , kau pernah berjanji untuk bersama-sama namun semua itu hanya sebuah ilusi.

Kini, hatiku sudah memiliki kekuatan baharu. Jauh di sudut hatiku luka yang kau tinggalkan masih berbekas dan pedihnya masih terasa. Biarlah kebahagiaan itu datang sendiri suatu hari nanti kerna aku pernah berjanji tidak akan mencari seorang penggantimu. Sedangkan , semua rasa yang ada di hati ini sudah kuberikan sepenuhnya kepadamu.

Comments