Episod : CATATAN

Entahlah pagi-pagi ni tengok 'posting' orang bekerja rasa rindu suasana bekerja dulu. Pukul 6 pagi dah siap-siap pakai 'uniform' kerja baju kemeja, seluar 'slack', tali leher dengan beg galas. Hulur duit kat isteri beli barang masak. Suruh anak-anak turun cepat nak hantar ke sekolah. Sekolah Rendah Taman Sri Andalas dan Sekolah Menengah Agama Tinggi Hishamudin. 'Start' kereta Toyota Unser panaskan enjin. Sarapan di sekolah nanti. Jalan sesak kalau pukul 6.30 tak keluar rumah lagi. Betul jalan raya dah sesak dan membebel kejap anak-anak siap lambat tadi. Sampai juga di sekolah anak-anak tepat waktu sebelum pagar ditutup. Terus memandu ke sekolah jalan lengang lagi sebab baru pukul 7.30 pagi. Sampai sekolah cari parkir . Masukkan duit dalam mesin kupon parkir kemudian letak kupon atas 'dash board'." Selamat pagi,Cikgu". Dua tiga orang pengawas tertunduk-tunduk mengucapkan selamat kepada Guru Disiplin. Naik lift tingkat 2. Keluar lif, " Selamat pagi,Cikgu" . Dua tiga orang pengawas lagi ucap selamat. Pintu kaca dibukakan. "Selamat pagi, Cikgu" . Dua tiga orang kerani ucap selamat di hadapan pejabat. " Cikgu, nanti ada 'meeting' pukul 10.00 pagi di bilik 'meeting' beritahu PA. "OK" . Berjalan ke bilikbl guru. "Selamat pagi, Cikgu" "Good morning ,Sir" Selamat Pagi,Cikgu" Good morning, Sir" . Bertalu-talu ucapan sebelum sampai di muka pintu bilik guru. "Good morning" giliran aku pula memberi ucapan kepada beberapa orang rakan sekerja. Letak beg keluar semula ke ruang pejabat. " Macamana borang semalam? " . "Semua dah kira,Cikgu," beritahu PA. "Nanti kira sekali lagi" ,arahan diberi. "Cikgu mau minum teh ke milo". " Bagi teh,aunty" . "Ok, Cikgu " Aunty berlalu ke bilik pentry. "Hello,boss " sapa kawan sekerja. Senyum bila dengar dia orang nak bodek pagi-pagi. "Cikgu, hari ni nak buat 'spot check'? " Buat. Cari 'handphone' dan 'rokok' ". " Selamat pagi,Cikgu" sapa Pengetua. "Cikgu nanti ada meeting, 10 pagi?" " Ada , Cikgu " . " Orang HQ nak turun ". " OK " . "Selamat pagi ,Cikgu" . Semua bangun tanda hormat. "Selamat pagi" . "Hantar semua homework minggu lepas" "Assigment dah siap?" . "Yang tak siap jumpa saya di bilik guru". Jam menunjukkan pukul 10.00 pagi. Loceng rehat berbunyi. Masuk bilik 'meeting'. Jam 11.00 pagi , 'meeting' selesai. Hanya minum teh tak ada sarapan. Turun mencari sarapan. Jam 11.30 pagi. Masuk kelas . "Selamat pagi,Cikgu" . " Ketua kelas, kumpulkan semua buku letak di bilik guru" . "Ok, Cikgu" .Jam pukul 1.00 petang . Loceng balik berbunyi. " Terima kasih,Cikgu" Ucap murid satu kelas. Keluar kelas ke pejabat. "Cikgu, semua borang dah lengkap" bagi tahu PA. " Semua bayaran dah kira?" "Sudah, semuanya RM60 ribu,cukup" . "Bagus, terima kasih kerana menolong" . " Saya bagi RM300 , esok belanja semua orang makan." " Terima kasih,Cikgu" . " Cikgu,semua borang dah 'ready' . Duit pun cukup" ."Terima kasih,Cikgu" . "Ring,Ring,Ring". " Give Cikgu Azmi three hundred"."Ok,Sir" . Jam pukul 2.15 petang. Berhenti solat Zohor. Jam pukul 2.50PM. Dari bilik solat ke bilil guru. Siap-siap masuk kelas tuisyen di Tingkat 3. Tekan butang lif. "Selamat petang, semua" Guru memberi salam kepada murid-murid tuisyen. Keadaan sudah terbalik. Jam 4.30 petang. Semua kerja di sekolah dah selesai. Turun ke pejabat. Lepak sekejap sembang dengan kerani, akauntan sekolah , rakan-rakan sejawatan . Solat Asar. Jam 5.30 petang. " Saya balik dulu" . Sampai di rumah 'student' personal kelas. Selesai tuisyen 7.30 malam. 'Start' kereta ke surau atau masjid berdekatan. Usai solat Maghrib dan zikir serta berdoa. Masuk kereta memandu ke rumah 'student personal kelas. "Cikgu,sudah makan?" tanya tuan rumah. " Belum lagi. Tak sempat" . Jarum jam pukul 10.00 malam . Pandu kereta pulang ke rumah . Sampai rumah 11.00 malam. Makanan sudah terhidang di atas meja. " Bang, esok budak nak duit bayar tambang rombongan sekolah. Duit beli baju uniform 'Taekwando' sekolah pun bayar esok" " Ambil duit dalam dompet. Selesai makan , terus mandi. Solat Isyak. , Zikir dan doa panjang. Jarum jam pukul 12.00 pagi. Tidur. Esok kerja lagi.

Comments

Popular posts from this blog