AYOH

21 Ogos 2002...
Akhirnya Ayoh pergi tidak kembali
Tika Ayoh melayan cucu-cucu
Ayoh rebah tiba-tiba
Kemudian Ayoh tersedar ketika.
Ring ! Ring ! Ring !
"Ayoh pengsan," kata ibuku cemas
Kereta kupandu laju
Membelah jalan raya sesak
Menuju Pelabuhan Klang.
Dari jauh kulihat jiran tetangga dan sahabat
Memenuhi perkarangan rumah
"Sabar,Cikgu," ujar Haji Sagak
Air mata mengalir laju
Aku kehilangan kata-kata.
"Singgah masuk rumah dulu," laung Ayoh
"Esok orang datang lagi," balasku.
Ayoh melihat aku hilang dari pandangan.
Tidak sampai 12 jam semalam kutinggalkan
Suara Ayoh masih terngiang-ngiang
Dan air mata semakin laju.
Tubuh Ayoh terbujur kaku
Ibuku terpaku di sisi Ayoh
Tiada air mata yang menangisi
Bacaan Yasin memenuhi ruang tamu
Aku melihat wajah Ayoh tenang
Di pembaringan.
Aku keluar menemui Hj Sagak
Kawan rapat Ayoh
"Saya dah uruskan semua,Cikgu," kata Hj Sagak
"Terima kasih, Tuan Haji"
" Kita tunggu tukang mandi jenazah dalam perjalanan," ujar Hj Sagak
Kawan-kawan Ayoh semakin ramai dan berbilang bangsa
"Ini anak lelaki saya. Dia suka baca buku," kata Ayoh memperkenalkan aku kepada kawan-kawannya.
Satu persatu memori hadir di mataku.
Ayoh dibaringkan dengan cermat
Air jirusan membasahi tubuh Ayoh
Kami 3 beradik lelaki turut membantu
Memandikan Ayoh untuk kali terakhir
"Kakimu gosok selalu guna berus," kata Ayoh sewaktu memandikan aku di tepi telaga
Seluruh anggota tubuh Ayoh bersih.
Ayoh dikapankan di ruang tamu
Kemudian seorang demi seorang
Mengucup Ayoh untuk kesekian kali
Air mata tidak tertahan meluncur laju
" Mu jaga kakokmu kalau aku tak ada," pesan Ayoh
Wajah kakakku sugul dan sedih
Ayoh meninggalkannya pada hari lahirnya
Selamanya tarikh hari lahirnya sama tarikh pemergian Ayoh.
Ayoh dibawa ke tanah perkuburan Lipat Kajang
Selepas Asar tubuh Ayoh siap disemadikan
Pesan Ayoh aku sematkan di hati
Janjiku kepada Ayoh kutunaikan
Kini tanggungjawab Ayoh di bahuku
Semoga Ayoh damai di sana
Amin Ya Rabbal Alamin
(Al Fatehah ..dibaca).
Azahar Ahmad, Khairi Kamil and 72 others
35 Comments
Like
Comment
Share

Comments

Popular posts from this blog