Episod : Anak Pendekar

Seawal perkenalan dengan bakal isteri tidak kutahu dia anak pendekar. Setiap kali aku menonton filem Pendekar Bujang Lapok ( PBL) aku akan terkenang almarhum bapa mentuaku. Kalau dalam filem PBL nama bapa si Ros , Pendekar Mustar. Nama sudah iras-iras bapa mentuaku , Pendekar Mahabon.
Namun, sepanjang tempoh berkenalan itu hanya sekali aku pernah berjumpa bapa mentua. Saling tak tumpah Pendekar Mustar. Apabila bercakap , orangnya tenang dan suka bergurau. Kedua-dua tapak tangannya akan dicengkam sambil mulutnya petah berceloteh tentang zaman dulu-dulu. Aku pula jenis suka sejarah rancaklah kami bersembang.
Walaupun begitu, batas pergaulan kami tetap dipelihara demi menjaga nama baik keluarga . Jadi, istilah 'dating' tak adalah sangat hanya kebetulan kami bekerja di Klang hanya berjalan sama ke stesen bas Klang-Banting di bawah Great Wall. Kalau nak diukur dari segi keberadaan , aku bukanlah pilihan tepat kerana ramai lagi jejaka kampung yang sudah memiliki kereta dan motosikal . Malah, keluarga mereka juga golongan berharta.
Apabila berbual-bual dengan bapa mentua, dia selalu menitipkan nasihat yang berguna. Satu persatu kuambil dan simpan sebagai pedoman masa depan . Nampaknya, bapa mentuaku amat senang dengan tingkah laku aku walaupun aku ini anak bandar . Adalah kekok sikit sana sini.
Setelah tiga tahun berlalu, akhirnya kami disatukan secara sah sebagai suami isteri . Sewaktu majlis persandingan ada juga persembahan silat pengantin di halaman rumah . Kemeriahan sangat terasa kerana keluarga isteri merupakan pengasas kampung. Datuknya yang membuka kampung itu dulu. Jadi, ramailah tetamu satu kampung.!
Sekarang segala-galanya tinggal kenangan manis yang akan tersimpan selama-lamanya di dalam sanubari ini. Aku hanya tersenyum mendengar lagu Jamal Mirdad " JAMILAH' ..
..adu du du du du JAMILAH gadis ayu anak Pak lurah
..adu du du du du NORIDAH gadis manis anak pendekar..

Comments

Popular posts from this blog