Episod : Keris Terbang
Dalam kehidupan ini manusia akan sentiasa diuji. Kekayaan, kemiskinan, kedukaan dan kegembiraan juga sebahagian daripada ujian Allah kepada hambanya untuk menguji keimanan dan ketakwaan mereka.
Kenaikan pangkat sebagai seorang pegawai bagi Idris (bukan nama sebenar ) adalah rezeki mereka sekeluarga. Idris berasa amat bersyukur kerana tidak menyangka akan dinaikkan pangkat pada usianya yang hampir bersara.
Paip air disingki rumahnya mengalirkan darah. 'Shower' di bilik mandi dan segala punca air di rumahnya hanya mengalirkan darah pekat. Kejadian yang menakutkan ini dialami Idris sekeluarga sehingga isterinya jatuh sakit.
" Ring! Ring ! Ring ! " .Deringan telefon beberapa kali disambut oleh bapa mentuaku. Aku yang sedang menonton televisyen bersama-sama di ruang tamu menoleh seketika ke arah bapa mentuaku.
" Baik. Malam esok bawa semua yang ada ke mari . Bawa sama jaring besar . Sebelum pukul 12 malam sudah ada di sini," kedengaran suara tegas bapa mentuaku memberikan arahan. Gagang telefon diletakkan.
"Azmi, malam esok kau ada ke mana-mana ?," tanya bapa mentuaku.
" Tak ada, Pak. Kenapa ?" .
" Esok kita ada operasi," jawab bapa mentuaku. Aku tidak bertanya tentang operasi yang dimaklumkan kerana perkara itu sudah menjadi kebiasaan bagiku.
Keesokan malam, sebuah jentera bomba tiba di halaman rumah bapa mentuaku. Aku yang sedang melayan puteriku di rumah menjenguk dari tingkap.
"Inilah operasi yang bapak cakap semalam," detik hati kecilku.
Beberapa orang anggota bomba kukira dalam 8 hingga 10 orang yang lengkap berpakaian seragam sedang bersalam-salaman dengan bapa mentuaku yang sudah menunggu kedatangan mereka. Aku turut bersalam-salaman dengan anggota-anggota bomba yang sedang mengeluarkan jaring dari tempat simpanan barang . Sebuah jaring berukuran 6x10 di rentangkan di atas tanah halaman rumah .
Jarum jam menunjukkan detik 11.50 malam. Suasana pada malam itu sangat nyaman. Angin sepoi-sepoi bahasa dan dingin sesekali menyapu wajah. Hanya kedengaran bunyi cengkerik dari kebun getah di tepi rumah bapa mentuaku.
"Angkat jaring," arah bapa mentuaku. Masing-masing mengikut arahan . Kami disuruh memijak bahagian bawah jaring manakala bahagian atas dipegang dengan kuat. Jaring seperti tembok yang menghalang sebarang 'serangan'.
" Pegang kuat-kuat jangan dilepaskan apa-apa pun jadi ," kata bapa mentuaku. Kami menghadap ke jalan besar. Setelah memeriksa kedudukan kami sudah bersiap sedia bapa mentuaku melangkah ke hadapan. Kami yang memegang jaring membelakanginya.
Tepat jam 12 malam , bapa mentuaku membuka langkah silat. Langkahnya kemas dan gagah. Itulah sebabnya bapa mentuaku juga dikenali sebagai Pendekar Wak Haji di kampung. Tiba-tiba, ribut kencang melanda. Diikuti lolongan anjing bersahut-sahutan dan memanjang. Kilat sambar-menyambar di langit. Suasana tenang tadi bertukar 'huru-hara'. Aku bersama-sama anggota-anggota bomba tetap memegang kuat jaring dan kata-kata bapa mentuaku supaya memegang jaring dengan kuat walau apa-apa pun terjadi tetap kami patuhi.
Bapa mentuaku masih bersilat di hadapan kami. Secara tiba-tiba bapa mentuaku mengelak sesuatu dan kami di belakangnya 'dirempuh' sesuatu yang sangat kuat dan hampir-hampur jaring yang kami pegang terlepas. Kali kedua kami 'dirempuh' tetapi kami tidak dapat melihatnya dengan mata kasar. Bapa mentuaku terus membuka langkah silat dan beberapa kali tubuhnya mengelak 'sesuatu'.
Selepas 5 minit ' bertarung' akhirnya suasana yang 'huru-hara' tadi menjadi tenang setenang-tenangnya. Tiada lagi ribut kencang dan tiada lagi lolongan anjing-anjing. Bapa mentuaku segera mengambil sesuatu yang jatuh ke tanah lalu membawa masuk ke bilik khas yang dijadikan bilik rawatan. Aku dan anggota-anggota bomba lain melepaskan jaring dan mengikuti bapa mentuaku masuk ke bilik tersebut.
Mata masing-masing memandang sebilah keris kecil berkarat tanpa sarung berukuran tapak tangan. Di dalam hatiku berkata," keris inilah yang terbang merempuh jaring tadi."
" Inilah tuju-tuju kena sihir, " kata bapa mentuaku selepas membacakan sesuatu pada keris di tangannya.
Sejak peristiwa itu, kehidupan Idris dan keluarganya kembali pulih . Tiada lagi kejadian aneh menimpa mereka sekeluarga . Jadi, beringatlah " walaupun rambut sama hitam tetapi hati lain-lain" ...
Comments
Post a Comment