SALAHKU KERNA MENYINTAIMU
Pagi itu seperti biasa aku ke pejabat untuk menjalankan amanah di bahuku.
"Dah lama sampai?," aku menegur Liz dan beberapa orang kakitangan pejabat tersenyum-senyum memandang kami. Liz melepaskan 'hand bag' di atas meja dan melemparkan senyuman.
"Baru saja sampai," jawab Liz ringkas dan melirikkan mata memandang wajahku dalam-dalam. Aku beredar ke bilik dan melabuhkan punggung di atas kerusi berlapik kulit.
Jari-jemariku pantas menekan butang 'power' laptop di atas meja . Aku membaca peti email yang sarat dengan pelbagai tugasan dan arahan daripada ibu pejabat. Sesetengah email kucatit pada kertas nota berwarna-warni dan kutampal pada papan kenyataan di tepi meja.
"Kerja tak pernah habis," dengusku sendirian.
"Tok!Tok!Tok!."
"Masuk!". Aku membetulkan tali leher yang tergantung.
"Encik Zain. Ini ada sepucuk surat untuk Encik Zain." Aku menyambut surat dari tangan Liz. Liz tersenyum memandang aku.
"Kenapa? Dari tadi asyik tersenyum-senyum," kataku dengan nada ramah.
"Encik Zain dah lupa ya?," Liz berteka-teki denganku.
"Lupa? Lupa apa?"
"Hari inikan hari jadi saya," ujar Liz.
"Alamak, maaf Liz saya lupa sangat-sangat," balasku sambil menyusun sepuluh jari seolah-olah meminta maaf atas kealpaan aku. Liz salah seorang kakitangan di pejabatku dan merangkap setiausaha aku.
"Nanti saya belanja Liz 'lunch' ," kataku untuk memujuk Liz yang memuncungkan bibirnya. Walaupun Liz setiausaha aku tetapi mesra.
......bersambung
Comments
Post a Comment