SALAHKU KERNA MENYINTAIMU
Pagi itu seperti biasa aku ke pejabat untuk menjalankan amanah di bahuku.
"Dah lama sampai?," aku menegur Liz dan beberapa orang kakitangan pejabat tersenyum-senyum memandang kami. Liz melepaskan 'hand bag' di atas meja dan melemparkan senyuman.
"Baru saja sampai," jawab Liz ringkas dan melirikkan mata memandang wajahku dalam-dalam. Aku beredar ke bilik dan melabuhkan punggung di atas kerusi berlapik kulit.
Jari-jemariku pantas menekan butang 'power' laptop di atas meja . Aku membaca peti email yang sarat dengan pelbagai tugasan dan arahan daripada ibu pejabat. Sesetengah email kucatit pada kertas nota berwarna-warni dan kutampal pada papan kenyataan di tepi meja.
"Kerja tak pernah habis," dengusku sendirian.
"Tok!Tok!Tok!."
"Masuk!". Aku membetulkan tali leher yang tergantung.
"Encik Zain. Ini ada sepucuk surat untuk Encik Zain." Aku menyambut surat dari tangan Liz. Liz tersenyum memandang aku.
"Kenapa? Dari tadi asyik tersenyum-senyum," kataku dengan nada ramah.
"Encik Zain dah lupa ya?," Liz berteka-teki denganku.
"Lupa? Lupa apa?"
"Hari inikan hari jadi saya," ujar Liz.
"Alamak, maaf Liz saya lupa sangat-sangat," balasku sambil menyusun sepuluh jari seolah-olah meminta maaf atas kealpaan aku. Liz salah seorang kakitangan di pejabatku dan merangkap setiausaha aku.
"Nanti saya belanja Liz 'lunch' ," kataku untuk memujuk Liz yang memuncungkan bibirnya. Walaupun Liz setiausaha aku tetapi mesra.
Tengah hari itu, aku mengajak Liz keluar bersama untuk 'lunch'. Aku meminta Liz memilih sendiri tempat makan kerana hari ini hari jadinya.
"Kita makan biasa-biasa sajalah," ujar Liz apabila aku menyuruhnya memilih tempat makan.
"Boss la yang pilih sebab boss yang nak belanja," balas Liz. Liz lebih selesa memanggil aku boss kerana dia kakitangan bawahan aku. Tapi, aku lebih suka kalau Liz memanggil aku Encik Zain kerana tidak terlalu formal. Setelah beberapa ketika Liz mengajak aku ke Subang Jaya.
" Ramai orang kata makanan di sini sedap," kata Liz bersungguh-sungguh.
" Saya ikut saja kalau pilihan awak, " ujarku sambil tersenyum. Liz senyum-senyum malu kerana hari ini dialah 'boss' .
Kami sampai selepas setengah sejam perjalanan dari bandar K. Agak susah juga mencari tempat parkir yang berdekatan restoran itu. Akhirnya, ada sebuah kereta yang hendak keluar parkir dan aku keretaku parkir dengan cermat supaya tidak mengganggu pengguna jalan raya lain. Kami memilih tempat duduk yang agak ke belakang kerana suasan di dalam restoran agak sesak.
"Liz nak makan apa, oder saja," pelawaku. Liz tersenyum sambil membelek-belek menu di restoran itu.
"Boss, Liz nak makan 'chicken chop ' ," ujar Liz dengan suara manjanya. Aku mengangguk tanda setuju.
"Saya oder ' beafsteak ' saja ," kataku kepada pelayan yang sudah berdiri di tepi meja kami.
"Ada apa-apa lagi nak tambah?"
"Tambah 'soup noodle'," pesan Liz kepada pelayan.
"Maaf, boss . Hari ini Liz makan banyak sikit ," kata Liz sambil tersenyum dan menampakkan lesung pipitnya.
"Hari ini kan hari 'special' Liz." Kami sama-sama ketawa kecil.
Sepulang dari 'lunch' , banyak mata memandang kami.
"Amboi, 'lunch' tak ajak kami pun," sapa Wati sambil tersenyum simpul.
"Esok saya belanja ' you all'."
" Yeaa, esok boss belanja ," kata Watie sambil disambut gelak ketawa kakitangan lain.
Comments
Post a Comment