Episod : KERETA

Dulu-dulu tak terdetik nak bergambar dengan kereta cukuplah jasanya dikenang selama-lamanya. Angan-angan sewaktu bujang hendak membeli Mercedez tapi gaji RM110 sebulan sebagai tukang cuci pejabat dapat bergambar di sebelah kereta Ketua Pengarah pun jadilah. Sebelum memiliki kereta sendiri aku dan isteri serta dua orang anak (berempat) ke hulu ke hilir dengan bermotosikal bukan tak nak pinjam kereta tapi orang tak nak bagi pinjam .Kita pasrah sajalah. Semasa hari raya motosikal Suzuki RC80 itulah kenderaan kami hingga sampai Banting, Selangor kami beraya tapi dah macam sarkas. Kereta pertama aku ialah Perodua Kancil yang aku terpaksa beli kerana hadirnya anak ketiga dan tiada jalan lain melainkan terpaksa berhutang dengan orang untuk membayar deposit RM12K .Manakala, bayaran ansuran bulanan hampir RM300.00 . Memandangkan isteriku memiliki lesen kereta dan aku hanya mempunyai lesen L motosikal jadi isterilah yang memandu kereta setiap kali keluar rumah membeli barang-barang dapur atau bersiar-siar di Taman Tasik Shah Alam atau ke Orchad Square bandar Klang, Emporium Makan dan Great Wall untuk membeli-belah. Akhirnya, berjaya juga aku memiliki lesen memandu selepas dua kali mengulang ujian JPJ pada usia aku 32 tahun ketika itu. Aku melakukan tiga pekerjaan pada satu masa demi melangsaikan hutang kereta, motosikal rumah sewa serta keperluan anak isteri. Kuanggap rezeki anak-anak , dapatlah kami membeli sebuah kereta lagi Proton Iswara . Beberapa tahun kemudian sebuah Proton Wira selepas 'trade-in' Proton Iswara. Selepas itu ada lebihan duit mengajar tuisyen dapatlah merasa Toyota Unser ...hidup ini ada masa turun ada masa naik . Kalau bersabar pasti berjaya...INSYALLAH!

Comments