Episod : Rumah Sewa

Tahun 1989, aku membuat untuk mendirikan rumahtangga pada usia 22 tahun. Pada masa itu, baru 2 tahun aku bekerja tetap sebagai guru di sebuah sekolah swasta di Klang. Jadi, setiap bulan aku memberikan duit gajiku kepada ibuku untuk persiapan wang hantaran dan majlis walimatulurus. Akhirnya, pada tanggal 28 Julai kami dinikahkan di Kampung Meru, Klang selepas Isyak. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menangguhkan majlis walimatulurus atau istilah lain 'nikah gantung' .
Bermulanya kehidupan kami sebagai suami isteri selepas enam bulan.Jadi, kami suami isteri 'berdating' hampir setiap hari dan bergayut di telefon pula setiap malam. Begitulah perjalanan hidup kami seawal usia perkahwinan seperti lirik sebuah lagu ' aku di sini engkau di sana'.
Usai majlis walimatulurus, aku menetap di rumah mentua memandangkan aku tidak mampu memiliki rumah sendiri. Selepas setahun kemudian, lahirlah puteri pertama kami dan kami membuat keputusan untuk berdikari tinggal di rumah sewa. Sebuah rumah sewa di hadapan rumah mentuaku menjadi tempat kami berteduh daripada hujan dan panas. Pada masa itu, gajiku hanyalah RM220 sebulan dan isteri juga bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat di bangunan MARA ,Klang.
Kami hidup ala kadar sahaja dan selepas dua tahun, lahir puteri kedua kami. Gajiku dinaikkan RM500 sebulan dan aku meminta isteriku berhenti kerja demi menjaga dan mendidik puteri-puteri kami. Kemudian , kami berpindah ke sebuah lagi rumah sewa di Pekan Meru. Dari rumah separuh papan ke rumah batu.
Pada ketika itu, harta kami hanyalah sebuah motosikal 'second hand' yang dibeli di sebuah kedai di Pelabuhan Klang. Setiap hari, motosikal itu meragam dan aku terpaksa menggunakannya kerana gaji bulananku tidak cukup untuk membayar sewa rumah RM150 sebulan, susu dan keperluan anak, makan minum dan sebagainya. Belum sampai cukup bulan duit gaji dah habis.
Selepas beberapa bulan menyewa rumah bati, tuan rumah ingin menjual rumah tersebut. Aku tidak mampu untuk membelinya dan terpaksa berpindah malam ke sebuah rumah sewa lain. Sebuah rumah sewa papan. Hari demi hari berlalu, lahir puteri ketiga. Kata orang, "setiap anak Allah telah menyediakan rezeki masing-masing" .
Akhirnya, pada tahun 1994 kami membeli sebuah rumah dua tingkat di Sentosa,Klang. Berakhirlah episod rumah sewa selepas tiga kali berpindah randah. Hidup ini tidak mudah asalkan kita mahu berusaha dan tidak berputus asa .
May be an image of 3 people
All reactions:
Shaiful Iman Shahbudin, Shahnon Mohamad and 51 others

Comments

Popular posts from this blog