Episod : Geram

Hari ini aku ada 'appointment' di hospital kerajaan. Pada kad 'appointment' tercatat 11.00 pagi. Sebelum bergerak ke hospital , aku memandikan isteri dan memakaikan pakaiannya. Selepas itu, aku memasak 'speggheti cabonara' kesukaannya. Usai menyuapkannya sarapan aku mengambil pakaian yang sudah berbasuh sebekum Subuh tadi di dalam mesin basuh dan menjemurnya di ampaian. Pokok-pokok di halaman rumah kusiram agar tidak layu di tasik madu.
" Saya nak pergi ke hospital . Awak tunggu di rumah, ya," beritahuku kepada isteri. Seperti biasa tiada respons daripada isteri. Aku meminta anakku menempah 'grab' untuk membawa aku ke hospital . Sebuah kereta Bezza muncul di harapan rumahku selepas 5 minit menunggu.
" Selamat pagi, uncle," sapaku kepada pemandu grab . Kami bersembang seketika . 'Uncle' mula meluahkan perasaan kurang senangnya tentang beberapa isu semasa . Aku hanya mendengar dan tidak menambah apa-apa.
" Biarlah dia meluahkan isi hatinya, " bisik hati kecilku. Isu ' Linex' ,isu kuil, isu air tercemar , isu pelaburan , isu Amerika , isu Johor dan macam-macam lagi bagaikan peluru penabur. Satu-persatu 'uncle' ceritakan kepadaku dan aku hanya mendengar. Aku tidak 'berselera' hendak komen .Tidak sampai 10 minit, aku dah sampai ke Klinik Harian, HBTAR.
Aku segera ke kaunter bayaran . Kemudian ke Tingkat 1 Klinik Perubatan. Aku memasukkan kad ' appointment ' ke dalam kotak yang disediakan. Bermulalah ' pengembaraan masa'' menunggu panggilan doktor bertugas. Jam di tangan menunjukkan pukul 11.25 pagi. Pesakit masih ramai yang menunggu giliran. Banyak perkara yang bermain di fikiranku. Masalah kesihatan isteriku yang semakin hari semakin merosot . Urusan bank yang berkaitan dengan isteriku untuk diselesaikan segera. Fikiranku berserabut. Kubuka ' apps Al Quran' dan mula membaca Surah Al Baqarah sambil duduk menunggu panggilan doktor.
Resah mulai menular di dalam tubuhku. Jarum jam menunjukkan pukul 1.00 petang. Tidak lama lagi waktu Zohor. Aku ke surau di Tingkat 1 dan aku mengimami solat Zohor . Ada beberapa orang jemaah termasuk kakitangan hospital. Usai bersolat dan menadah tangan berdoa kepada-Nya, aku kembali ke Klinik Perubatan semula. Nombor giliran masih belum muncul di skrin . Tunggu dan terus menunggu. Seorang wanita yang agak berusia mula marah-marah kerana terlalu lama menunggu. Jam menunjukkan pukul 3.00 petang.
Kelas tuisyen personal sepatutnya pada pukul 4.00 petang terpaksa aku batalkan dan aku kerugian RM300.
" Sorry madam. Today class cancel. I masih di hospital ," jari-jemariku menaip butang 'handphone'.
" It's OK ,Cikgu. Take care , ya," balas 'madam'.
Pukul 3.55 petang, nomborku dipanggil.
' Nombor 5244 bilik 52' . Aku segera menuju ke bilik rawatan. Seorang doktor dan pembantunya menunggu aku.
" Maaf, Encik. Rekod perubatan Encik hilang," kata doktor perempuan.
" Macamana rekod saya boleh hilang," tanyaku .
" Sudah cari tapi tak jumpa," kata jururawat yang membantu doktor di sebelah.
" Encik tahu ubat apa yang Encik ambil?," tanya doktor.
" Ala, saya tak ingat semua," jawabku jujur kerana sememangya aku tidak ambil tahu jenis-jenis ubat yang aku makan. Slip ubat sudah kuserahkan kepada pihak farmasi untuk dipos ke rumah beberapa bulan dulu.
" Jadi macamana sekarang ?," tanyaku kepada doktor dengan suara keras.
"'Tak sepatutnya rekod perubatan saya boleh hilang," aku meluahkan rasa kecewa.
" Encik ada periksa bacaan gula di rumah ?," tanya doktor mengalihkan topik.
" Tak ada. Bacaan gula saya selalu turun naik 7,8 kadang-kadang 11 selepas sarapan," jawabku.
" Encik berpuasa hari ini?," tanya doktor lagi.
" Ya," jawabku ringkas. Jururawat memandang aku . Eh, ingat aku tak puasa ke !.
" Nanti saya tanya farmasi ubat yang Encik makan," kata doktor. Aku terus bangun dan keluar dari bilik tanpa disuruh.
" Doktor ingat saya suka buang masa datang sini," kataku sebelum menutup pintu bilik.
" Semua ini buang masa aku !, " bentak aku di dalam hati. Geram.
Tidak lama kemudian , jururawat memanggil aku masuk berjumpa doktor.
" Bacaan gula Encik sentiasa turun naik. Kadang-kadang 6, 7 dan 8 ," ujar doktor cuba berlembut denganku.
" Encik ada makan sebelum maken ubat," tanya doktor lagi.
" Saya makan sahur kemudian makan ubat."
" Ini slip ubat Encik . Surat ambil 'sample' darah Encik bulan 10, ya. Kita jumpa 'next appointment' bulan November ," beritahu doktor .
" Terima kasih, doktor," ujarku. Sebagai guru, jangan sesekali lupa mengucapkan terima kasih walaupun hatimu disakiti !.Aku segera turun ke tingkat bawah menuju ke farmasi. Tepat-tepat pukul 4.30 petang kaunter farmasi ditutup tetapi nasib menyebelahi aku. Petugas farmasi memberikan nombor giliran.
" Berapa lama saya kena tunggu untuk ambil ubat ?," tanyaku.
" Farmasi tutup pukul 5.00 petang . Sekejap lagi Encik boleh ambil ubat," jawab petugas.
Sementara menunggu nombor giliran aku membelek-belek telefon bimbitku. Jam menunjukkan pukul 5.00 petang. Nombor giliranku berbunyi. Dalam sejarah , 5 jam 30 minit urusanku di HBTAR selesai. Kalau 5 jam memandu rasanya dah sampai PULAU PINANG . Geram !!!

Comments

Popular posts from this blog