Episod : JANJIKU
..janganlah kau berkata benci
walau hatimu tak sudi
biarkanlah anganku ikut bayang-bayangmu
Hakikat yang harus kutelan meskipun pahit. Pabila , kau bersikap dingin terhadapku. Kau benci kepadaku. Aku ingin meminta maaf namun kau menolaknya bahkan kau juga tidak ingin melihatku lagi. Bagaikan orang gila aku mencari-carimu namun kau tetap melarikan dirimu. Entah ke mana.
Teman-temanmu seolah-olah menyembunyikanmu daripadaku. Apakah salahku dan dosaku ? Kemesraanku dengannya hanyalah sekadar teman. Kau pula menganggap aku curang dalam hubungan ini. Dan, akhirnya aku mengalah kepada takdir. Jika itulah kehendakmu mahu menjauhi diriku, aku pasrah.
..kanku cari jalan yang sunyi
untuk menghindar darimu
ku berjanji di dalam hati
takkan lagi kumenjumpaimu...
Hari-hari yang kulalui terasa kosong. Setiap kali kulalui jalan-jalan yang pernah kita ke sana hatiku berasa pedih. Di ruang mataku tergambar wajahmu yang tersenyum kepadaku namun ianya menjadi kabur kerana air mata ini yang tak tertahan..
..kau yang telah membuat luka di hatiku
kau yang telah membuat janji-janji palsu
kau yang selama ini aku sayangi
kau merubah cintaku jadi benci...
Sikap bencimu kepadaku tidak pernah berpenghujung. Aku masih mengharapkan suatu hari nanti kau akan kembali menemuiku. Hati ini masih sepi daripada sirna kebahagiaan. Kau sanggup meninggalkan aku tanpa jawapan. Dan tanpa pesan.
...Takkan kuulangi
sampai akhir nanti
cukup derita sampai di sini..
Andainya , kau benar-benar mahu memutuskannya , nyatakanlah. Aku sudah bersedia menerimanya. Tiada kata-kata puitis yang dapat memujuk hatimu. Kutahu kau tidak ingin memaafkan aku atas kesalahan yang tidak kutahu.
..
Melalui teman-temanmu , akhirnya kutahu kau kini sudah ada penggantiku sedangkan aku di sini sakit menderita menantimu. Patutlah , kau terus melarikan dirimu. Aku tidak menyimpan secebis dendam kepadamu. Hanya yang ingin kukatakan ' terima kasih atas segalanya '.
...sepanjang kita masih terus begini
takkan pernah ada damai bersenandung
kemesraan antara kita berdua
sesungguhnya keterpaksaan saja...
Lama aku cuba melupakanmu sehingga hadirnya. Walaupun kadang kala aku cuba mengelakkannya kerna aku masih menaruh harapan daripadamu. Aku tidak mahu kesengsaraan ini berulang kembali. Namun , aku juga tidak mahu membiarkan hati ini meratap sepanjang masa.
senyum dan tawa hanya sekadar saja
sebagai pelengkap sandiwara
berawal dari manisnya kasih sayang
terlanjur kita hanyut dan terbuai...
Lantaran itu, sedikit demi sedikit kubuka ruang hati ini untuknya. Kemesraan itu terlalu pantas yang disulami kemanisan buah cinta. Dia hadir pada saat aku semakin mahu melupakanmu. Namun, suatu hari , tiba-tiba kau muncul di tengah-tengah kemesraan yang baru berputik.
..mengapakah kita harus berjumpa
di kala kau telah berdua
berdosakah diriku kepadanya
pabila aku menyintaimu...
Kau hadir dengan wajah sugul cuba menyembunyikan kesedihanmu. Kau menceritakan segala deritamu kepadaku. Aku hanya mampu mengenang saat bahagia kita yang kau tinggalkan.
..kembalilah kau kepadanya, sayang
biarkanlah diriku sendiri
doaku selalu menyertaimu
semoga kau berdua bahagia...
Pertemuan kita disedarinya. Puas kucuba menjelaskannya namun semua itu tidak berbekas di hatinya. . Hanya yang dapat kutitipkan kepadamu agar kau mengecap kebahagiaan yang selama ini kau cari.
...hanya pesanku
jangan lupa kirimkan khabarmu
bila suatu hari
dia membuat kecewa di hati
batin ini takkan rela
mendengarmu hidup menderita..
Kutahu dia ikhlas dalam hubungan ini namun kehadiranmu semula bukan suatu yang direncankan. Kasihanku kepadanya kerana dia telah meletakkan harapannya kepadaku agar suatu hari dia kuangkat menjadi suri hatiku. Aku telah menceritakan kepadanya segala-galanya tentang kita. Aku berterus terang kepadanya.
...memang kau bukan yang pertama bagiku
pernah satu hati mengisi hidupku dulu
dan kini semua kau katakan padaku
jangan ada dusta di antara kita, kasih...
Aku berserah kepada-Nya andai inilah takdirku. Akhirnya, kau melangkah pergi membawa hatimu yang luka dan aku mencarinya semula kerana ingin kuberitahu kepadanya bahawa dia tidak berangan-angan sendiri. Dan kebahagiaan yang kujanjikan kepadanya itu hingga kini.
..dulu sudah kuberikan semua rinduku
dulu sudah kuberikan semua mimpiku
tiada lain di hatiku
hanyalah dirimu aku sayangi...
Comments
Post a Comment