Episod : DIA
Setiap hari saya bangun pukul 5 pagi dan bersiap-siap untuk solat Subuh di masjid sebelum itu saya kejut isteri suruh bangun saya sudah sediakan baju seluar seluar tuala di bilik mandi supaya dia tak tercari-cari baju seluar ( nanti bilik berselerak ) dan isteri sudah tidak wajib bersolat kerana dia lupa tertib berwuduk, rukun solat dan rakaat solat ( masalah ini sudah dirujuk kepada ustaz dan Imam di masjid ) usai solat Subuh saya singgah di kedai membeli sarapan roti telur (favorite isteri) sesampai rumah selalunya dia tak bergerak lagi apa pun tak buat suruh mandi tukar baju yang dipakai semalam kemudian baju seluar saya kumpul di dalam mesin basuh masukkan sabun dan 'softlan' untuk cucian dia akan berdiri di depan mesin basuh sampai mesin tu spin baju seluar kemudian dikeluarkan dari mesin basuh untuk dia jemur dan saya akan ulang menjemur di ampaian kerana pakaian dijemur tunggang -langgang selesai kerja rumah saya siapkan ubat-ubatan dia dan ubat-ubatan saya sendiri sambil menunggu dia makan ubat kerana selalu dia terlupa makan ubat saya sediakan dia akan bertanya kepada saya "Nak minum apa ?" " Teh O saja " dan dia ke dapur dan sampai di meja makan dengan segelas air sejuk Cuckoo 
) tidurlah wahai permaisuri saya selongkar dapur macam tikus mencari makanan ( dia sudah tidak lagi memasak seperti dulu dan saya akui dia memang pandai memasak ye la anak dara kampung mesti pandai masak anak dara bandar pun pandai masak kalau rajin ) saya menanak nasi satu pot je ( makan sorang ) dan goreng sambal telur disulami air sejuk atau terlebih rajin buat nasi goreng usai 'dinner' dirikan solat Isyak dan tonton BULETIN UTAMA mengikuti isu-isu semasa sampai pukul 11.30 malam 'check handphone' lagi jadual kerja esok atau ada 'appointment' hospital atau urusan di bank jarum jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam lalu rebahkan badan memandang siling kosong dan membiarkan air mata membasahi pipi terasa panas kemudian 'check handphone' lagi tengok 'Whatsapp FB' kadang-kadang ada 'parents student' nak 'cancel' atau ubah jadual terlintas di ingatan tentang anak-anak tempoh hari memberitahu saya ,"Kita orang nak hantar ibu ke pusat jagaan " Bila?" "Mungkin bulan depan" dan saya terdiam tidak berkata apa-apa sama ada setuju dan tidak tetapi saya diberitahu oleh anak-anak pusat tersebut khusus untuk penjagaan dan pemulihan pesakit Demithia yang dikendalikan oleh beberapa orang jururawat terlatih jadi saya pun bersetuju dengan saranan anak2 itu manakala segala kos bayaran bulanan pula akan ditanggung oleh anak-anak sepenuhnya barang kali mereka sedar bahawa ayah mereka sudah terlalu penat menjaga ibu mereka yang tidak sihat dan saya menoleh memandang beg pakaian di tepi katil yang selalu kami bawa bercuti kerana nanti saya akan mengemas kain baju dan keperluan dia selama dia berada di pusat itu nanti tentu rumah terasa sunyi dan 'kehilangan' tetapi demi kebaikan dia saya relakan terima kasih kepada anak- anak yang prihatin.. minum je la nanti saya buat sendiri teh O kegemaran saya selepas sarapan saya membersihkan dapur cuci pinggan mangkuk susun di atas rak mengelap 'table top' di dapur menyapu sampah dan mengemop lantai juga membuang sampah di dapur selesai urusan tadi dia sudah pun duduk lepas sarapan tadi menonton TV saya segera bersiap-siap hendak pergi mengajar bermula pukul 9 pagi maka tinggallah dia seorang diri di rumah sambil saya memantau situasi dia melalui CCTV yang dipasang di rumah selepas pulang dari mengajar saya suruh dia bersiap-siap pakai tudung yang saya pilih ( nanti entah apa-apa tudung dia pakai ) sambil memeriksa cara dia pakai tudung rambut terkeluar senget ke kemudian kami pergi 'lunch' apabila selesai 'lunch' saya bawa dia ronda-ronda dejat-dekat ( kalau tak ada kelas sampai Sanak Bernam saya pergi) ikut je putaran stereng sambil borak-borak " Dulu kita pernah lalu sini ada kedai jual pisang goreng" kata dia lalu saya tersenyum kerana dia masih ingat laluan tersebut ( inilah terapi minda seperti disyorkan oleh doktor ) sesampai di rumah jarum jam menunjukkan pukul 2 petang saya dirikan solat Zohor dan dia memasang TV sambil berbaring di sofa sekejap berdiri sekejap duduk menonton TV sesekali tertidur saya pula berkemas buku nota hendak pergi mengajar pukul 4 petang saya rebahkan badan seketika melepaskan penat dan tidak lupa set jam 'handphone' pukul 3.15 petang bangun tidur ( selalunya tak lelap pun) kemudian bergerak ke tempat mengajar tinggallah dia seorang diri menonton TV dan saya akan pulang ke rumah hampir pukul 10 malam terus 'check' bilik tidur dia sudah tidur cantik pulak dia berbaju kurung lengkap siap bertudung tidur lena ( mana la dia nak pergi kondangan malam-malam buta ni ).
Comments
Post a Comment