Episod : Keterpaksaan
Pabila kita harus menerimanya kerna keterpaksaan pedihnya terasa hingga kini. Keterpaksaan menerima pemergian dan keterpaksaan menerima kepulangan. Begitulah takdir yang sudah tertulis.
Kembali mengingati kisah silam membuatkan hati menanggung pilu. Kau pergi tanpa meninggalkan pesan dan tanpa khabar sekian lama. Aku menjadi separuh gila mencarimu namun harapan itu sedikit demi sedikit terhakis.
Lama juga ruang hati ini terbiar kekosongan . Aku cuba melupakan segala kenangan indah itu namun amat sukar bagiku. Saban waktu aku mencarimu. Kemesraan yang kita cipta terhapus begitu sahaja. Namun , rindu tetap teguh di dalam diri ini. Sebenarnya , aku mengejar bayang-bayangmu yang tidak tercapai oleh tanganku.
Akhirnya, kutemui teman yang sudi menerima diriku yang serba kekurangan ini. Kemesraan terjalin dan cinta kembali berputik. Hari demi hari, kasih semakin erat dan janji diikat. Beberapa tahun telah berlalu dan janji akan menjadi suatu kenyataan.
Tiba-tiba, kau muncul kembali. Mengapa sekarang ? Alasan demi alasan kau berikan . Tapi, mengapa sekarang ? Dan kusebut namamu di depannya. Kutahu hatinya retak seribu tatkala itu. Akhirnya , aku memilih kesetiaan !
Biarkan kemesraan berlalu
bersama kesunyian yang padu
akan kusebut namamu selalu
namun ada rindu yang lebih dari itu.
Kasih di mana janji
dan kau teruskah lari
dariku yang menanti
engkaukah itu ....
Sepi Berulang Rindu
-SUDIRMAN ..
Comments
Post a Comment