Andainya...

Andainya hari semalam
Kita bertanya khabar
Tentang kehidupan
Tentang rasa
Akan tersingkap kemesraan
Yang murni.
Andainya hari ini
Kita menyapa lagi
Tanda prihatin
Kepedulian bukan disengajakan
Andainya hari esok
Kita tidak lagi bisa berbicara
Maafkanlah aku
Kerana tiada yang menjanjikan
Pemergian ini pasti...

Nukilan
CHE AZMI CHE WIL
BANDAR BUKIT TINGGI 2
12112024

Comments

Popular posts from this blog