Episod : Aku Pengawas


Gambar ini dirakam di tingkat 3 bangunan baharu Sekolah Dato Hamzah Pelabuhan Klang (SDH). Masa ini tahun 1984 aku di Tingkatan 5 Science 2 bermakna tahun ini tahun akhir aku bersekolah di SDH.

Aku sudah dipilih menjadi pengawas sejak aku di Tingkatan 2. SDH merupakan sebuah sekolah yang terdiri daripada pelajar lelaki sahaja. Perangai pelajar-pelajar di sekolah ini hanya Tuhan yang tahu. Kes gaduh hampir setiap hari dari Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 5 dan ada pula geng tertentu. Tak tahulah aku geng nombor berapa. Suasana huru - hara yang sering tercetus di sekolah ini menyebabkan SDH digelar Sekolah Dalam Hutan.

Setiap minggu , kami para pengawas akan bergilir-gilir menjalankan tugas mengikut jadual yang disediakan oleh Ketua Pengawas sekarang Kapt(B) Yusof Musa. Kalau nasib tak baik , nama naik bertugas di kantin. Ini yang malas. Kalau bergaduh segala pinggan mangkuk gelas berterbangan dan silap-silap pengawas kena simbah mi kari. Kes gaduh ini alan dirujuk kepada guru pengawas sekolah kami, Mr.Siva dan Mr.Jaya.

Sebut saja nama mereka dah kecut perut . Rasa nak terkencing kerana mereka ini sangat garang. 'Public Canning ' normal di sekolah ini. Setiap hari ada. Sekali kena libas sedas satu sekolah boleh dengar . Suasana akan sunyi seketika dan riuh rendah selepas kedengaran 'Zzaasss!'. Rotan saja sebesar ibu jari dan panjang sedepa. Antara rela dengan tak rela saja bila disuruh beratur depan pejabat sekolah untuk menerima hukuman rotan mandatori.

Kalau Mr.Siva yang merotan bolehlah diampun lagi tapi kalau Mr.Jaya mengucap panjanglah. Siapa suruh gaduh ? Tadah sajalah punggung kalau sekali kena libas kira bernasib baiklah tapi selalunya dua kali libas. Selepas kena libas seminggu masih duduk termenung . Tak tahu kenapa.

Kami pengawas diwajibkan berpakaian kemas dan bergaya dari hujung rambut sampai hujung kasut. Kami dijaga oleh Puan Julie Mark macam mak angkat pengawas. Puan Julie akan membetulkan ikatan tali leher dan sapu-sapu bahu kami kalau blazer yang kami.pakai ada habuk atau rambut. Punyalah sayang Puan Julie kepada kami macam anak sendiri. Bahasa sangat sopan dan lemah lembut. Sentiasa tersenyum dan berasa bangga melihat kami. Puan Julie hanya berbahasa Inggeris apabila bercakap dengan kami.

Tugasan paling direbut ialah mengawas pagar sekolah. Kenapa ? Pelajar-pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Tengku Ampuan Jemaah ( STAJ) dan Sekolah Menengah Perempuan Raja Zarina (RZ) jiran sebelah SDH lalu lalang di depan pagar. Pagi-pagi lagi, 7.20 dah terpajak depan pagar dengan blazer bagai. Kami juga memakai lencana besi yang tertulis ' PENGAWAS' dan logo sekolah macam kad kuasa polis di poket baju kemeja biru.

Pengawas yang bertugas di pagar sekolah selama seminggu berpeluang main mata dengan pelajar-pelajar perempuan yang lalu lalang. Macam-macam fesyen. Aduhai. Macam-macam stail dan gaya untuk menarik perhatian mereka. Tersenyum-senyum dan ketawa yang dibuat-buat. Masing-masing sudah remaja 'sweet 17'. Ada juga kawan-kawan aku yang jatuh hati dengan pelajar perempuan sekolah sebelah hingga ke jinjang pelaminlah.

Jadi pengawas ini macam satu pengiktirafan sekolah kepada mereka yang terpilih. Bukan saja kekemasan , kelakuan yang terpuji malah kecemerlangan akademik menjadi syarat untuk dipilih sebagai pengawas sekolah. Acara khas akan diadakan di dewan sekolah dan penyampaian watikah oleh Ketua Polis Daerah Klang pada masa itu. Rasa bangga dan
semangat yang tinggi apabila menyarung blazer pengawas dengan logo sekolah sebesar tapak tangan. Puan Julie akan membetulkan pemakaian blazer kami.

Pengawas sentiasa menjaga disiplin yang tinggi kerana kami juga akan kena 'bambu' dengan guru-guru pengawas jika berlaku sesuatu yang serius seperti mengelat menjalankan tugas. Kami mempunyai bilik khas dan tandas khas untuk kegunaan semasa berada di sekolah. Layanan pihak sekolah kepada kami memang 'tip top'. Semua arahan oleh guru-guru pengawas dalam Bahasa
Inggeris (BI). Aku bukanlah pandai sangat BI tapi fahamlah arahan-arahan diberikan oleh guru-guru pengawas. Kadang-kadang mengelak terserempak dengan mereka kerana tak tahu nak jawab dalam Bahasa Inggeris.

Pengawas juga kena tahan sabar. Kadang-kadang kami berhadapan dengan pelajar-pelajar yang berkelakuan macam samseng. Mereka sengaja tidak berpakaian kemas untuk provok pengawas. Baju seragam sengaja tidak dimasukkan ke dalam seluar. Kalau diarahkan masukkan baju kita pulak disuruh buat sendiri dengan muka bengis. Aku pernah dicabar mengikat tali kasut seorang pelajar yang sengaja tidak mahu mengikat tali kasutnya. Memang aku tak layan pelajar yang sengaja provok atau nak cari gaduh.

Kalau nak diceritakan sampai esok tak habis.Tapi yang tak boleh dilupakan punyalah 'smart ' pun makwe tinggal macam tu saja
🤣🤣 
Edit
All reactions:
Abdul Halim, Norhaini Hashim and 21 others

Comments

Popular posts from this blog