Episod : Rindu, T .


T ,

Warkah ini sudah lama kusimpan kemas di dalam hati ini. Entahlah sebenarnya aku dalam penasaran. Kalau kautanya tentang hati ini memang aku amat mencintaimu, T . Tapi, kalau kautanya padaku tentang perasaan ini entahlah aku sudah hilang kata-kata. Mengapa ?

Ingat tak lagi , hari itu kita bersama-sama keluar ke bandar . Aku menjemputmu di asrama tempat tinggalmu dengan teman-teman sekerja. Memang sudah kelazimannya begitu. Kita akan keluar bersiar-siar pada hujung minggu. Tapi, hari itu wajahmu muram, T. Mengapa, T ?

T,

Masihkah ingat apabila aku bertanya kepadamu. Tika itu kita di dalam perut bas Srijaya dalam perjalanan ke kota metropolitan Kuala Lumpur. Kau hanya memandang ke luar tingkap dan membisu seribu bahasa. Akulah penanti yang setia secebis jawapan. Aku hanya inginkan kata-kata jawapan yang jujur dari bibirmu.
'Benarkah T sudah ada orang lain ?". Tika itu aku amat mengharapkan jawapan darimu sendiri. Aku ada mendengar cerita teman-temanmu memberitahuku kau sering berjumpa dengan seseorang . Sewaktu itu, aku sedang menunggumu di tangga asrama tetapi tidak muncul-muncul. Teman-temanmu memberitahuku dengan wajah simpati. Aku terus pulang tanpa menemuimu hari itu.

Selepas hari itu, aku lebih banyak termenung memikirkan siapakah temanmu itu. Adakah temanmu dari kampung datang melawatmu ? Atau , seorang teman baru pengganti diriku ? Kau sering mengelak untuk berjumpa denganku. Beberapa kali aku mengirim warkah melalui teman rapatmu. Aku tidak pasti sama ada warkah itu sampai di tanganmu atau tidak . Tapi, tahu tak dalam diam saya bertanya khabar dirimu melalui teman-teman seasrama. Maafkan aku, T.

Tuhan telah menjawab pertanyaanku apabila kita terserempak di sebuah pusat beli-belah . T, aku tidak akan berasa hati sekiranya kau sudah membuat pilihan sendiri. Kau mempernalkan aku kepada teman barumu. Kami berjabat tangan tapi kau melempar pandangan daripada menatap wajahku. Aku faham perasaanmu saat itu dan sebenarnya aku sudah pasrah .

T,

Selepas peristiwa yang tidak diduga itu kita tidak lagi bertemu seperti selalu . Kau semakin menjauhkan diri daripaku. Akhirnya, aku sedar siapa diriku. Maafkan aku kerana merinduimu dalam diam . Rinduku kepadamu bukan keterpaksaan dan rinduku tidak pernah padam. Tidak pernah, T.

Sekeping kad undangan yang kau kirimkan kepadaku masih kusimpan kemas hingga hari ini. Pada mulanya aku berhasrat untuk memenuhi undanganmu tapi aku tidak mahu kebahagiaanmu hari itu . Aku tahu kau akan berasa serba salah andainya aku hadir nanti. Tidak mengapalah, T.


T ,

Pada hari kau di pelaminan dengannya, sudah berada jauh dari ibu kota . Aku melangkah pergi membawa diri ke sebuah kota yang menyimpan seribu memori pahit dan manis. Warkah ini tetap akan kusimpan di dalam hati ini , T. Semoga T berbahagia selamanya bersama dia. Maafkan aku , T. Selamat Tinggal, T.

Comments

Popular posts from this blog