Episod : Pengharapan
Seandainya, pengharapan ini suatu penantian yang tidak berpenghujung hanya kekecewaan yang terus melingkari diriku. Aku kini terkurung oleh perasaan yang amat pilu. Hanya kuharapkan suatu sinar cahaya abadi di hujung penantian ini.
Seandainya ,takdirku begini aku reda menerimanya, Tuhanku. Suatu masa kehidupan ini pernah melalui episod keindahan sehinggalah segala-galanya hilang sekelip mata. Maha hebat ujian-Mu untukku, Tuhan . Kini, tanpa sinar bahagia kutempuhi hari-hari yang mendatang.
Seandainya, kekecewaan ini akhirnya akan berterusan takkan kubiarkannya merosakkan diri ini. Biarlah apa-apa pun rintangannya kuharapkan suatu kedamaian akan singgah jua tika pengharapan hanyalah tinggallah pengharapan. Suratan takdir sudah tertulis sebegitu.
Seandainya, kebahagiaan itu bukan lagi milikku hanya kepada-Mu aku tetap bersepah. Bahawa penantian ini suatu keresahan dan kegundahan perasaan yang terbawa-bawa dalam kekecewaan
Comments
Post a Comment